Ada jugak kesempatan nk malakar coretan di blog almari buku ni. Dalam kesibukan conduct training minggu lepas, saya dok baca lagi buku Awaken the Giant Within. Tebal lagi buku tu. Hehe ;-) Sambil2 tu dah berjaya habiskan buku baru bertajuk The Present karya Spencer Johnson.
Buku ni saya beli kat MPH, Giant Shah Alam. Kebetulan aritu MPH bagi voucher diskaun. MPH dia monitor sape beli buku selama 6 bulan, pastu berdasarkan jumlah tu dia bagi lah diskaun. Dua buku yang saya beli aritu:
1. The Present karya Spencer Johnson
2. Hikayat Amir Hamzah (Jilid 1) karya Abdul Latip Talib.
Jom kita cerita pasal buku bertajuk The Present. Antara buku terfemes Spencer Johnson ni ialah Who Moved My Cheese. Saya pernah buat ulasan buku ni. Macam buku Who Moved My Cheese jugak, buku kali ni The Present pon intro dia sama jugak. Kisah ada orang yang ada masalah, pastu ada sorang kawan dia nk berkongsi satu cerita. Moga2 dapat diambil iktibar dari cerita tersebut.

Maka mulalah dia bercerita kisah The Present. Intro macam ni Spencer gunakan supaya pembaca baca dengan fikiran terbuka. Mesti dia cuba tekankan secara hidden message, jangan jadi orang skeptical. Walau cerita ni ringkas, cuba ambik sebanyak mungkin pengajaran.
Secara ringkasnya, kisah The Present ni pasal seorang lelaki tua yang bercerita pada budak lelaki tentang sesuatu hadiah yang paling best skali yang digelar The Present. Kehebatan hadiah ni mengikut lelaki tua itu, jika seseorang dapat dia akan lebih menikmati segalanya dalam kehidupan dengan lebih baik dan mampu buat apa saja dengan lebih baik setiap hari.
Budak lelaki ni berharap suatu hari ada orang akan bagi hadiah The Present pada dia. Mungkin pada hari jadi nya yang akan datang. Semakin dia membesar semakin dia mahukan The Present sebab semakin dia matang, dia semakin tak gembira. Jadi..kat sini lah pencarian The Present bermula.
Okeh.. nk tahu kesudahan nya boleh dapat kan buku ni di mana2 kedai buku utama seluruh negara. Hehe. Kat MPH saya beli dengan harga RM37.90.
Buku ni banyak memberi pengajaran supaya kita sentiasa hadirkan diri dan fokus dalam kehidupan kita pada masa sekrang. Tak perlu lah kita terlalu mengenangkan perkara yang lalu tapi perlu belajar sesuatu daripadanya. Tak perlulah risau sgt pada masa hadapan tapi perlu merancang untuknya. Apa yang penting, beri yang terbaik pada masa sekarang, anda akan jadi orang yang tak suka bertangguh, jadi pendengar yang ikhlas dan seorang yang fokus dalam aktiviti harian.
Bila baca buku ni teringat saya tentang Solat. Allah ajar kita supaya fokus dan khuyuk secara 100% lima kali sehari. Itupun dalam 5 minit je setiap kali. Memang untuk sentiasa fokus adalah sangat susah sebab fikiran kita cenderung dok teringat kisah lama la, risau itu ini la. Dalam Solat, kita kena lupakan semuanya, fokus 100% pada ibadat mengadap Allah.
Solat sendiri dah ajar kita sentiasa fokus dan hadirkan fikiran kita sebaik mungkin.
Pada sape yang dah baca buku ni dan nk komen pon dipersilakan. Topik pasal present ni jugak dibincangkan dalam buku Fish! karya Stephen C. Ludin. Sehingga bersua lagi.
-Fuad-







November 8th, 2009 at 10:21 pm
Bro…
Mu dok mana ler ning?
Aku doh pindoh dok KL..
Bila2 free…kita kuar minum..
Apa no telepong mu?
Aku nak baca buku2 mu beli…
Thx
Syed
usrah Yusni JIM Penang
012-234-6697
December 2nd, 2009 at 4:39 pm
Lamo x dengar crito syeikh. Aku dok di Shah Alam. Insya Allah bilo2 kito tubik minum..
December 6th, 2009 at 6:22 pm
Salam bro. Nak tanye tntang buku The Da Vinci Code Fred Tam ada tak? apa2 email kawan ye bro.
Salam
January 5th, 2010 at 5:14 pm
Tak da lah bro.. Best ke?