RSS
people

Kayakah Orang Yang Banyak Tanah?

sawah-padi1

Beberapa hari lalu, Datuk saya telah menjual tanahnya. Ada konflik sikitlah dengan nenek saya. Nenek saya tak bersetuju tanah itu di jual. Bila ditanya pada Datuk saya kenapa dia hendak jual tanah tu, dia kata “Aku nk bayar zakat”.  Pada saya, saya sokong datuk saya. Dia jual pon pada anak dia jugak. Sama je, kalo dia simpan, nnti diwariskan pada anak dia jugak. Dengan cara jual kat anak, dia ada duit untuk keluarkan zakat atau bersedekah. Anak dia pon rasa dapat berbakti dan tanah tu tetap tak jatuh kat orang luar.

Saya tak terfikir sebelum ni, jika seseorang tu ada tanah seribu relung ataupon seribu ekar sekalipon, jika pendapatan nya sedikit, dia tetap layak menerima zakat. Siapa yang boleh terima zakat? Kita ikut Mazhab Syafie la kan, ada 8 Asnaf.

  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Fir Riqab (Pembebasan Hamba)
  6. Gharimin (Penghutang)
  7. Fi Sabilllilah
  8. Ibnu Sabil (Musafir)

Maksudnya hatta si Fakir tu ada tanah banyak (saya pon akan soal jugak kan, kalo dah ada tanah takkan la tak cukup makan lagi.. Jual je la tanah tu beli nasik. Ok2.. kita sembang hukum maka harusnya berdasarkan fakta, bukan andaian. Kalo dia tak nak jual tanah dia, dia masih dikategorikan fakir), dia tetap layak terima zakat. Tak da zakat tanah kan? ;-)

Maksudnya orang banyak tanah tak semestinya kaya. Tapi dia boleh jadik kaya kalo usahakan tanah dia dan hasilnya dia akan diwajibkan atas zakat harta macam zakat tanaman, zakat ternakan, zakat perniagaan dan macam2 lagi. Haaa..kan best camtu. Kata orang bulan puasa ni pahala amalan sunat seperti macam wajib dan yang wajib bertambah2 lagi. Jadik layakkan lah diri anda diwajibkan banyak perkara, walaupon kita tak nampak beza antara pahala sunat dan wajib, kita tahu yang wajib itu nilainya jauh lagi tinggi dari sunat.

Mesti ada pulak orang sembang pasal capital gain ngan cash flow kan.?  Ini kita sembang lenkali pulak. Bukan saya nk hasut jangan beli tanah, tapi saya galakkan usahakan tanah. Salah satu nk wajibkan zakat ialah kahwin, kan dah wajib banyar zakat fitrah untuk isteri pulak.  :-P

Memandangkan ni entry pertama lepas Ramadhan, saya nak mengambil kesempatan ni nk ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beribadat kepada semua. Sehingga berjumpa lagi.

Walk Away Message: Jangan Lupa Banyar Zakat Fitrah ye.. Hehe

-Fuad-

2 Responses to “Kayakah Orang Yang Banyak Tanah?”

  1. Hypnotic Blogger Says:

    Helo Encik Fuad,

    Very interesting thing you brg up here berkenaan tanah dan paying zakat on it.
    Sayangnya saya belom ada, tapi insyaallah 1 hari akan ada. That’s my goal.
    btw, saya baru sahaja hire seorang live-in pembantu rumah. Tiba-tiba terfikir, harus ke suami bayar zakat on her too, selain dari untuk isteri dan anak-anak? Hm…

  2. afuadibr Says:

    Eloo.. :-) Takpe..nnti boleh visualize dpt tanah banyak2..Insya Allah ada rezeki. Berminat jugak belajar teknik hipnosis ni. Setahu saya kita tak wajib bayar zakat untuk pekerja kita.

Leave a Reply