Hari ahad lepas saya kena pegi opis buat preparation untuk ISO audit. Dah banyak hari sebenarnya. Dah pening kepala nk membelek dokumen. Last2.. x sempat sampai ke opis.. terlajak brenti parking kat stesen komuter Shah Alam. Haha..
Kalo pikir keje tak kan abes iye dak? Untuk melegakan pening pale ni, saya decide nk pegi bersiar2 ke Pesta Buku Kuala Lumpur kat PWTC. Hehe. Walaupon niat nk cuci mata tengok buku je.. tapi saya dah kosongkan beg laptop. Cadang2 kot2 dapat buku free. Heh.
Sampai je kat PWTC tu…perghhhh.. ramai tak ingat beb. Senang cerita, kalo yang pegi ada air sembahyang tu memang batal lah..
Nk jalan sikit punya susah. Tapi… buku memang bayak tak ingat. Pening pale terus ilang dapat tgk buku2 yang best2. Dah penat pusing2 ketiga2 tingkat tu akhirnya saya terbeli buku2 nih:
- The Last Tycoons – William D. Cohan
- Micro Trends – Mark J. Penn & E. Kinney Zalesne
- Legacy of Ashes – Tim Weiner
- Kenapa Allah Murka? – Mohammad Qayyum A. Badaruddin
- The New Jerusalem – Michael Collins Piper
- Final Judgment – Michael Collins Piper
- The High Priests of War – Michael Collins Piper
- The Golem – Michael Collins Piper
Buku nombor 1 sampai 3 tu derang pack skali. Harga sebenarnya RM82.50 untuk tiga2 buku tu tapi lepas diskaun dpt dalam RM53. Banyak diskaun tu. Kenapa dalam2 bertimbun2 buku kat pesta buku tu saya tak teruja nk beli buku2 ni (of course selain diskaun lah).? Sebab buku2 ni diterbitkan oleh Penguin Group. Selain dari penulis, saya akan pilih penerbit kalo ianya Penguin Group. Sebab stakat ni buku terbitan Penguin Group memang best2. Kalo korang baca kat belakang setiap buku terbitan Penguin Group pon derang akan cerita tujuan utama tertubuhkannya Penguin Group. Apa tujuan dia..?
Kalo nk tahu, pegi pesta buku naik tingkat atas sekali, pegi kat booth Pearson / Penguin Group. Ada gambar penguin kaler oren banyak2. Itu lah booth dia. Jangan risau..tingkat atas sekali memang lengang. Tak ramai orang. Buku2 ilmiah sket kat atas tu dan harga buku kat atas pon boleh tahan. Tapi kalo buku terbitan oversea RM53 untuk 3 bijik, pastu buku2 tu plak semua pernah menang anugerah memang sangat murah wa cakap lu.
Buku nombor 4 tu saya tak beli, tapi dapat. Haa kan dah kata. Bleh dapat free buku kat pesta buku. Tapi itu setelah memderma lah. Kat jalan nk masuk tu banyak tempat derma yang diberi hadiah buku.
Buku nombor 5 sampai 8 tu plak saya beli kat booth SABA Islamic Media. Itupon 4 buku pack skali dan harganya RM63 selepas diskaun. Sape2 yang dah tengok The Arrival macm yang Roy cerita kat blog dia, buku2 ni pon menarik untuk tahu apa lagi agenda geng2 Free Mason dan Yahudi ni buat untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Mungkin weekend ni nk pegi jalan2 lagi. Jumpa disana
Oh ya.. derang accept credit card. Kalo takut tergoda untuk swipe credit card, sila tinggal card kat rumah. Hehe.
-Fuad-







April 24th, 2009 at 2:58 am
ade jmpe buku pasal nurmadihah 20A tak… teringin nak memiliki buku ini, menyingkap rahsia si genius dari kelatantan… saya ada url nya.. http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/2009/04/catatan-hati-nik-nur-madihah-kesusahan.html
April 24th, 2009 at 11:30 pm
Sedap membeli buku ya bang. pinjam sikit. huhu. tak sempat nak g.
May 6th, 2009 at 12:16 pm
Hmm…banyak koleksi buku. Apa kata join kami kat goodreads. Saya pun baru je join. Kira oklah.
http://www.goodreads.com/user/show/2257247
May 6th, 2009 at 2:25 pm
J_Hafiz: Tak terjumpa plak. Kena carik booth penerbit kot. Menarik buku tu..
Onn: Syeikh..mu balik mesia doh ko? Nak pinjam anytime.
Bayan: Menarik. Insya Allah saya join nnti. Mekasih sudi rekemen.
May 8th, 2009 at 11:11 pm
lambat lagi balik malaysia. gurau je nak pinjam. nanti cari sendiri buku.
May 14th, 2009 at 9:13 am
Onn: Adehh..lambat lagi balik. Gano plan nok nikoh ni..
June 3rd, 2009 at 10:22 am
Tahniah! kerana menerbitkan sebuah buku yang berkualiti Sempena Pesta Buku Peringkat Negeri Johor 2009 kami dapat membeli sebuah buku terbitan Hijjaz Publishing iaitu Catatan Hati Nik Nur Madihah. Terima Kasih.