RSS
people

Sekitar Pesta Buku 2009

pestabuku2009Hari ahad lepas saya kena pegi opis buat preparation untuk ISO audit. Dah banyak hari sebenarnya. Dah pening kepala nk membelek dokumen. Last2.. x sempat sampai ke opis.. terlajak brenti parking kat stesen komuter Shah Alam. Haha..

Kalo pikir keje tak kan abes iye dak? Untuk melegakan pening pale ni, saya decide nk pegi bersiar2 ke Pesta Buku Kuala Lumpur kat PWTC. Hehe. Walaupon niat nk cuci mata tengok buku je.. tapi saya dah kosongkan beg laptop. Cadang2 kot2 dapat buku free. Heh.

Sampai je kat PWTC tu…perghhhh.. ramai tak ingat beb. Senang cerita, kalo yang pegi ada air sembahyang tu memang batal lah.. ;-) Nk jalan sikit punya susah. Tapi… buku memang bayak tak ingat. Pening pale terus ilang dapat tgk buku2 yang best2. Dah penat pusing2 ketiga2 tingkat tu akhirnya saya terbeli buku2 nih:

  1. The Last TycoonsWilliam D. Cohan
  2. Micro TrendsMark J. Penn & E. Kinney Zalesne
  3. Legacy of Ashes Tim Weiner
  4. Kenapa Allah Murka? Mohammad Qayyum A. Badaruddin
  5. The New Jerusalem Michael Collins Piper
  6. Final JudgmentMichael Collins Piper
  7. The High Priests of WarMichael Collins Piper
  8. The GolemMichael Collins Piper

Buku nombor 1 sampai 3 tu derang pack skali. Harga sebenarnya RM82.50 untuk tiga2 buku tu tapi lepas diskaun dpt dalam RM53. Banyak diskaun tu. Kenapa dalam2 bertimbun2 buku kat pesta buku tu saya tak teruja nk beli buku2 ni (of course selain diskaun lah).? Sebab buku2 ni diterbitkan oleh Penguin Group. Selain dari penulis, saya akan pilih penerbit kalo ianya Penguin Group. Sebab stakat ni buku terbitan Penguin Group memang best2. Kalo korang baca kat belakang setiap buku terbitan Penguin Group pon derang akan cerita tujuan utama tertubuhkannya Penguin Group. Apa tujuan dia..?

Kalo nk tahu, pegi pesta buku naik tingkat atas sekali, pegi kat booth Pearson / Penguin Group. Ada gambar penguin kaler oren banyak2. Itu lah booth dia. Jangan risau..tingkat atas sekali memang lengang. Tak ramai orang. Buku2 ilmiah sket kat atas tu dan harga buku kat atas pon boleh tahan. Tapi kalo buku terbitan oversea RM53 untuk 3 bijik, pastu buku2 tu plak semua pernah menang anugerah memang sangat murah wa cakap lu.

Buku nombor 4 tu saya tak beli, tapi dapat. Haa kan dah kata. Bleh dapat free buku kat pesta buku. Tapi itu setelah memderma lah. Kat jalan nk masuk tu banyak tempat derma yang diberi hadiah buku.

Buku nombor 5 sampai 8 tu plak saya beli kat booth SABA Islamic Media. Itupon 4 buku pack skali dan harganya RM63 selepas diskaun. Sape2 yang dah tengok The Arrival macm yang Roy cerita kat blog dia, buku2 ni pon menarik untuk tahu apa lagi agenda geng2 Free Mason dan Yahudi ni buat untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Mungkin weekend ni nk pegi jalan2 lagi. Jumpa disana :-) Oh ya.. derang accept credit card. Kalo takut tergoda untuk swipe credit card, sila tinggal card kat rumah. Hehe.

-Fuad-

7 Comments | Tags: ,

Alif – Si Henset Baru

Selalunya saya jenis x kesah sangat pasal henset. Kalo hanset yang saya pakai tu mmg dah kong..macam hanset saya yang semalam..tiap kali nk call kena pakai speaker phone. Huhu.. Nk ckp romentik2 pon dah susah.

Maka terbelilah oleh saya akan henset baru. Kali ni kira nk cerita pasal henset ni dengan promote sekali lah. Henset baru saya ni namanya Alif keluaran syarikat Linktel Communication Sdn. Bhd. dengan brand yang di gelar XIMAX.

alif

Cam kat dalam gambar tu lah rupa bentuk dia. Apa yang best pada saya ialah dia leh provide waktu solat dengan peringatan skali lah. Cuma pilih tempat, nnti dia akan kuar waktu solat dan boleh on-off azan bile dah masuk waktu. Tempat dia pon boleh tahan detail jugaklah, macam kat Kelantan, walaupun satu negeri waktu sama, still boleh pilih Machang ke Kota Bharu ke. Jadik sekrang dah x perlu tanya2 orang dah pukul brapa waktu solat.. :-)

Yang kedua bestnya dia masukkan skali tafseer Al-Quran dan Hadis. Ada seorang opis mate saya ni, kalo lepak ngan dia musti dia utarakan soklan pasal ayat Al-Quran. Dia akan tanya “Fuad, Surah 53, Ayat 2. Apa yang dia cakap?” Jawapan lazim saya, “Alamak..tak ingat la bang”. Tapi dengan adanya henset baru ni, bukan stakat terjemahan, tafsir sekali dia bagi. Hehe. Pasni silap la kalo kena tanya.

Jadik kalo dah tak de keje tu atau tengah lepak mana2  boleh la tekan henset nk baca tafsir al-quran atau hadis. Cuma masalah nya sekarang ni kedua2nya dalam bahasa Inggeris. Pada yang tak biasa ngan bahasa Inggeris leceh sket la nk layan.

Henset ni ada feature penunjuk arah qiblat tapi bukan pakai GPS.. still kena ada kompas (di bagi skali masa beli hp) nk tgk arah qiblat. Walaupon tak direct nk guna still satu feature yang bermanfaat.

Feature lain macam skrin kaler, touch screen (dtg ngan stylus skali), ada kamera 1.3 Meg, dan lain2 features tu adalah. Walaupon mmg cantik ada kaler & touch screen apa yang paling saya suka henset ni kerana Muslim Features yang ada pada henset ni. :-P

Saya dah sembang ngan technical head dia, saya suggest letak terjemahan dalam bahasa Melayu. Oh ya..dia ada satu feature yang menarik pada saya iaitu E-Book reader. Hehe. Leh baca e-book kat henset tuu. Saya suggest kat mamat tu, letak je terjemahan Al-Quran dalam bentuk e-book. Dia macam nk tgk market respon je dulu.

Satu point lagi saya tertinggal pasal bestnya henset ni, harganya ialah RM559 di pasaran. Tapi itu harga pasaran la. Ntah camne Ayah saya nama dia ada sebagai director company yang wat keluar henset ni, walaupon dia tak tahu pon kewujudan si Alif ni. Heh. So, dia dapat beli dengan harga yang murah. Maka dengan tak malunya saya mintak dia belikan dengan harga staff.

Apa yang lagi best rupanya2nya takdek limit staf boleh beli henset ni. Jadi saya mengambil peluang ni nak offer pembaca blog ni yang berminat nk beli Alif, boleh hubungi saya di emel afuad_ibr@yahoo.com atau nk call pon bleh 019-4117945 atau nk letak comment pon boleh. Harga nya RM370 untuk satu unit. Penghantaran percuma kat Mesia je lah. Kaler yang ada putih ngan hitam.

Lengkapkan hidup anda dengan Alif” – Hahak. Poyo tak tag line tu.? ;-)

-Fuad-

5 Comments | Tags:

Conteng Buku

Domain saya content nya telah di reset. Semua ilang. Huhu. Frust betul. Nasib baik ada wat export bulan 2 aritu. Post yang missing 2 jek. Tapi yang sedeynye link dah ilang. Nk kena ingat balik member2 online. Sape yang nama link ke blog dia x de kat kat blogroll tu bagitau la ye..

Gambar2 kat entry pon sume dah ilang. Adehh..  kena carik balik gambar2 tu sume. Kena build up balik slow2 la gamaknya. Apapon..arini xde banyak nk sembang. Dah tunggu domain ni ok dekat sebulan gak. Dah lupe dah nk berblog camne.. :-)

Baru balik dari outstation lagipon ni. Okeh..crita tak panjang..

Kali ni saya nk share pasal buku online yang best. Berbeza dengan ebook, pada saya online book ni lagi best. Antara yang best pasal buku online ialah… Saya bagi contoh la senang. Kalo kita baca buku yang kita rasa syok nak baca kita musti ada pendapat kita sendiri. Pada yang suka conteng2 buku..dia akan wat mark-up kat buku tu. Bayangkan apa yang kita mark-up tu penulis buku ni ambik pastu publishkan. Kira kita macam pembantu penulis la kan.

Satu lagi yang best buku online ni ialah, sebab dia ditulis secara online, maklumat yang ada dalam buku ni memang sesangat up to date. Jom kita tengok tajuk buku online yang memang syok saya dok layan sekarang ni:

www.conspiracyoftherich.com

Cuba teka sape pengarang dia. Robert Kiyosaki. :-D Sebagai follower buku Robert, apa yang boleh saya katakan, dasar pokok buku ni masih perihal peri pentingnya ilmu pengetahuan pasal kewangan. Bagaimana orang kaya di US membuat konspirasi supaya mereka lebih kaya dan yang miskin kekal miskin.

Sangat di syorkan untuk dibaca bagi semua lapisan masyarakat. Best yang dia ckp.. paling terukkn at least seseorang tu kena tahu definisi dan hubung kait antara hutang, cukai dan inflasi. Kalo itu pon tak tahu…anda dalam bahaya.

Alamak..sebut pasal cukai. Borang BE tak isi lagik. Nak balik isi borang BE plak. Adios

-Fuad-

Nota Selingan:

Saya tertarik dengan Video Blog dia. Saya ingat saya nk selit jugak lah video blog macam tu kat blog saya. Nnti saya cerita dalam next entry nape saya rasa video blog ni best kalo letak kat www.almaribuku.com

1 Comment |

Nombor Magik – 10 000

Apa yang korang dapat dari jadual kat atas? Oh oh oh.. data yang digunakan adalah contoh semata2.. tiada kene mengena dgn hidup atau mati. Sape yang berumur 30 thn harap tak terasa ye.. Huhu..

Okeh.. introduction duluk. Sekarang saya tgh baca buku Outliers, satu lagi buku yang best dari Malcom Gladwell. Secara ringkasnya buku ni cerita pasal rahsia kejayaan orang yang hebat2. Yang best nya motif utama si Malcom cuba ketengahkan, orang yang berjaya tidak hanya sebab kerajinan, bakat atau kekuatan mental tapi unsur nasib adalah sebab utama.

Contoh utama dia cerita pasal Bill Joy. Bill Joy ni boleh digelar sebagai programmer terhebat pada zaman dia. Dia telah menulis balik UNIX. Kalo korang familiar vi editor tu mamat ni lah yang cipta. Pastu dia jugak cofounder pada company Sun Microsystem. Pastu dia jugak menulis semula bahasa yang agak femes di panggil Java. (Mengikut sahabat saya orang jawa, ada jugak ura-ura mengatakan Bill Joy ni berdarah jawa. Walaupon saya agak skeptikal dengan fakta tu tapi layan jela.). Orang hebat2 ni biasalah, ramaila yang cuba kaji cara hidup dia sume. Dan dikatakan sejak kecik lagi Mak Ayah dia jenuh nak menjawab soklan2 dia yang sangat advance sehingga mereka terpaksa membeli bermacam2 buku nk melayan rasa ingin tahu si Bill nih. Masuk je skolah dia bukan saja dikalangan top student tapi digelar sebagai pelajar yang paling rajin belajar. Pastu panjang la cerita dia masuk University of Machigan dan sampai sekrang ni. Memang hebat dan orang disekelilingnya pon memang mengakui dia hebat sebab kerajinan dan kepandaian dia.

Lain plak cerita dengan si Malcom Gladwell yang mengatakan orang hebat ni jadi femes bukan saja sebab kerajinan, kepandaian ataupun semangat kentalnya tapi faktor2 nasib baik yang buat mereka dikenali ramai. Fakta kajiannya menceritakan perihal hukum yang digelar hukum 10 000 jam. The 10 000- Hour Rule. Satu kajian mendapati dikalangan pemaian biola, derang gredkan pemain biola ni ikut ke’terer’an derang. Didapati dalam satu kajian temumual, pemain biola terhebat semuanya menghabiskan lebih dari 10000 jam untuk berlatih. Kajian itu jugak menunjukkan tak kiralah orang itu berbakat ke, pandai ke, bila derang berlatih melebihi 10000 jam derang jadik terer.

Kajian tu jugak dibuat untuk pelbagai bidang, pemain piano, pemain basket ball, even para pencurik pon dengan belatih dengan lama mencecah 10000 jam baru derang dikategorikan orang yang terhebat. Malah dikatakan Mozart mula menulis lagu sejak kecik lagi, tapi selepas 10 tahun baru dia dapat hasilkan karya yang hebat. Kesimpulannya untuk jadi hebat, seseorang tu kena buat benda yang sama selama 10 000 jam.

Berbalik kisah Bill Joy tadi, yng dikatakan dia bernasib baik ketika itu ialah dikalangan orang zaman dia tak ramai yang boleh dapat kemudahan belajar programming. Dia bernasib baik sebab dia belajar kat University Machigan yang ada kemudahan lab computer. Pastu dia tinggal dekat dengan Computer Lab. Pastu Computer Lab tu pulak bukak 24 jam. Maka dengan kepintaran dan kerajinan saja Bill Joy tak kan berjaya. Dia bernasib baik dapat peluang untuk berlatih lebih dari 10000 jam buat programming berbanding orang lain dizamannya.

Dah abes dah mukaddimah.. ? Berbalik pasal jadual yang mula2 saya tunjuk kat entry ni. Masa baca Outliers tu saya terpikir, apa yang paling penting dalam hidup saya. Apa benda yang saya nk jadik hebat. Kalo saya decide nk jadik perenang yang hebat, saya dah kena mula spend masa kat kolam renang sebab nk cukupkan 10 000 jam tuh. Terbitnya pada fikiran saya, perkara paling penting ialah Solat. Itu amalan yang pertama akan di tanya diakhirat. Malah diduniani pon, jika seseorang tu jaga solat dan hebat dalam solatnya, Insya Allah dia akan memiliki karekter yang hebat. Agaknya dah kategori hebat tak solat saya. Itulah saya cuba buat kira-kira dan bundarkan umur kepada 30 tahun. Bundar je tau. Umur betul tak sampai 30 ye.. Hehe.

Assumption saya kononnya umur 10 tahun dan start solat. Pastu tak pernah miss sekali pon solat 5 waktu. Kira tak pernah buat solat jamak qasar. Pastu dalam setiap waktu ambik masa 5 minit. Kira tak pernah wat speed version la dlm solat. Setelah umur 30 tahun, spend masa untuk solat adalah 3042 jam sahaja. Perghh.. Eish.. kalo nk cerita pasal tak pernah miss solat tu pon dah susah. Pastu kalo umur 50 tahun, baru 6084 jam. Pastu kalo 70 tahun baru 9126 jam. Di ingatkan ye, tak pernah tinggal walau satu waktu pon. Agak-agak boleh idup lebih 70 tahun dak?

Kalo camni bila nk jadi hebat dalam solat. Itu tak cerita tiap kali solat kena khusyuk dan hadir makna lagi. Maka terpanggillah saya untuk menegur diri saya sendiri, tak da alasan lagi nk tinggal solat yang sunat-sunat ni. Itulah cara kalo rasa solat itu penting dan berazam nak jadi hebat dalam solat. Ini nasihat untuk diri saya sendiri sebenarnya. Kalo tak tulis takut jadi hangat-hangat tahi ayam plak.

Sehingga bersua lagi..

-Fuad-

Nota: Kalo muslimah pulak saya tak buat calculation plak masa solat dia. Itulah agaknya antara maksud Rasul Allah, lelaki ini lebih agamanya dari wanita. Bukan dari segi ilmu, tapi dari segi amalan. Itupon kalo betul2 buat amalan la kan..

1 Comment |

Telur Itik, Anjing dan Budak

Cahaya mentari menyelinap dibalik naungan daun getah masih mempu menerpa lantai tanah. Keindahan fenomena diwaktu subuh berlalu itu tidak dihiraukan oleh dia, dia si budak lelaki. Budak lelaki itu masih riang mencari bijik getah. Membelek2 semak samun tanpa hirauan sang pacat tengah mencari rezeki tatkala itu. Kantung plastik yang terikat rapi di pinggangnya kecil itu, masih ringan. Dia hanya mahukan yang terbaik. Keras, cantik dan saiz yang betul-betul nmpak sempurna. Sesekali ditepuk tamparnya badan yang tak dilapisi baju itu. Kesan gigitan nyamuk tak sedikitpon mengguris semangatnya mencarik bijik getah. Bijik getah yang dirasakan sesuai digosok-gosok di tanah lembut. “Nnti warnanya lagi cantik” – getus hati kecilnya dengan girang.

“Maaakkkk…!” dengan aksi melompat sekaki tinggi. Bedebuk..! Badan cilik itu masih tidak dapat melawan hukum alam yang dinamakan hukum graviti. Mukanya pucat. Terjengol didepannya seekor anjing yang agak besar. Bukan selalu dapat dilihat kelibat anjing dikebun getah. Usahkan kebun getah, kat kampung pun susah nk tengok anjing yang bersiar-siar menikmati suasana kampung. Dan pastinya batang idung anjing semesti sesuatu yang sangat ‘kadang-kadang’ dapat ditonton oleh budak kampung sepertinya.

Kaki kecilnya mahu diangkat seribu tapi masih menunggu arahan dari command centernya iaitu otak. Satu saat, dua saat, tiga saat, empat saat, lima saat.. Arahan tak kunjung tiba. Dia masih tersadai disitu dengan kadar macho yang sudah nyawa-nyawa ikan. Sesuatu telah mencurik perhatiannya. Sebijik telur. Otaknya masih berkira-kira. Sepanjang hidupnya… belum pernah dirasanya bertapa lembut mengunyah telur. Sebetulnya, dia tidak tahu telur itu lembut. Lidahnya tidak pernah diberi peluang untuk menafsir kesedapan sebijik, mahupun suku bijik telur. Eish..agak-agaknya inilah satu-satunya peluang untuk merasa telur sekali dalam hidupnya. Benaknya berbisik lagi. Sekurang-kurangnya dia boleh bercerita tentang rasa telur dengan cucu cicitnya nnti.

Dia bangun perlahan. Anjing masih diam. Berdiri disebelah telur yang putih dan mulus itu. Mahu di halau anjing, takut pulak diterkam tak semena. Maka, tunggulah si budak lelaki dengan taat disitu. Dek mungkin kerana merasakan si Budak Lelaki ingin menatap kehensemannya, si Anjing tetap tidak berganjak. Diamlah kedua makhluk Allah itu ditempat pertemuan pertama mereka. Keinginan merasa sebijik telur membuatkan setianya budak lelaki disitu. Sungguh, ini lah satu-satunya peluang merasa telur. Kekadang, menggigil jugak kakinya bila si Anjing menayang taringnya yang dijaga dengan baik itu. Telur punye pasal, tunggu tetap tunggu.

Setelah kira-kira setengah hari menunggu, ditakdirkan Allah Ta’ala, kebetulan seorang pakcik lalu di tempat kejadian. “Pakcik.. Pakcik! Boleh tolong halau anjing ni tak? Kita nk ambik telur itik tu tapi takutla. Teringin sangat makan telur” suara genitnya cuba meraih simpati.

Pakcik tersebut dengan sukarela menghalau si anjing. Kemudian dikutipnya telur dari tanah. “Nak.. Pakcik takde apa nk makan hari ni. Boleh tak anak bagi telur ni kat Pakcik?” Pakcik mengusap kepala budak lelaki.

Budak lelaki hanya mampu mengangguk.. Pulang lah dia dengan kecewa.

Moral of the story : Bersyukurlah jika dapat makan nasik dengan telur.

Nota: Budak lelaki tersebut tidak menceritakan kesedapan telur pada anak-anaknya, tapi dia menceritakan kisah tersebut supaya mereka menghargai rezeki kurnian Allah. Oh pada yang terpikat dengan budak lelaki itu, maaf dia sudah berpunya dan sudah mempunyai anak 10 orang. Tapi anaknya yg nombor 2 single lagi. Hahak.. ;-)

Anak Budak Lelaki,

-Fuad-

2 Comments |