RSS
people

Six Degree of Separation Theory Ver. 2 – The Rise of Connectors, Mavens and Salesmen

Rekod tajuk entry paling panjang sejak blog ni diwujudkan. Haha. :-P Okeh.. Ada dua sebab utama yang saya tergerak nk sembang pasal Six Degree of Separation Theory sekali lagi.

Pertama: Masa entry saya dulu (Klik disini untuk rujukan), saya pernah buat eksperimen. Rasanya dalam ramai2 yang setuju nk buat eksperimen tu, sorang jek yang betul2 buat. Dan hasilnya memang eksperimen tu berjaya. Orang terakhir yang kenal saya itu adalah staff MLNG di Sarawak tempat saya keje dulu. Masa pegi bagi training aritu terjumpa dia. Teringat balik saya pada eksperimen yang saya buat dulu.

Kedua: Saya tengah layan The Tipping Point dan dia cerita pasal teori ni sebenarnya akan betul2 berkesan dengan kehadiran sejenis spesis manusia. Ni kira tambahan maklumat la, pelengkap bagi teori ni.

Teori asal dia mengatakan bahawa (dalam bahasa senang nya) kalo saya tegur sape2 je yang saya jumpa kat mana2 pon. Kalo saya selidik punya selidik, rupa2nya dia dengan saya akan bersambung kurang dari 6 orang jek.

Kata Malcom Gladwell plak, teori ini hanya berjaya kerana kewujudan sejenis manusia yang dia gelar sebagai The Connectors. Jom kita kaji sifat2 spesis yang di gelar The Connectors ni.

  1. Dia kenal ramai orang
  2. Dia suka berkawan
  3. Kata Malcom “He has an instictive and natural give for making social connection
  4. Mereka enjoy dengan “weak tie” (ikatan yang lemah). Bermaksud dia tak perlukan masa yang lama untuk jd rapat dan sayang pada seseorang.

Saya ingat saya nk kumpul la list The Connectors kat Malaysia nih. Sebab derang ni spesel, kira macam cite Heroes la. Pada saya derang ni ada superpower atau bahasa lainnya anugerah yang Allah bagi kat derang yang tak sume orang dpt.

Tapi ada sejenis specis lagi yang lagi superb. Dia panggil The Mavens. Ni memang susah giler aa nk carik. Kalo jumpa orang camni memang layak simpan kat Muzium. Si Mavens ni antara ciri-ciri dia:

  1. Dia jenis yang tak ckp “Panas la cuaca ari ni”, tapi dia ckp “Eish..ko tau harini kat KL panas smpi 30 darjah la”
  2. Dia akan minitor harga semua brang runcit dan dia tahu kalo sos cili dkt mana murah, megi katne murah.
  3. Dia rasa gembira dpt kumpul maklumat2 terperinci.
  4. Berbeza dgn pakar yang bagi pendapat sebab minat pada sesuatu benda, tapi Maven berkongsi maklumat sebab dia sayangkan kawan dia. Macam tak kena je ayat tu..ok pinjam ayat MalcomThey are more than experts. An expert will talk about say cars because they love cars. But they don’t talk about cars because they love you, and want to help you with your decission. The Market Mavens will. They are more socially motivated
  5. Senang cerita kalo orang jenis Mavens ni bagi pendapat, memang kita akan ambik pandangan dia sebab knowledge dan keikhlasan dia.

Kalo Spesis kacukan antara Connectors ngan Mavens ni kira memang paling superb aa.  Dahla dia kenal ramai orang, pastu kalo dia ckp sesuatu memang orang akan dengar. Golongan nilah yang boleh menghasilkan sesuatu revolusi sosial. Kalo korang kenal seorang pon orang camni, korang bawak satu produk yang dia betul2 suka, memang tak lama produk tu akan meletup di pasaran.

Dikatakan Paul Revere yang femes dgn kata “The British is coming” yang akhirnya mencetus revolusi Amerika adalah seorang yang memiliki ciri-ciri connector dan maven.

Iklan: Walaupon saya rasa sgt jauh untuk saya ada ciri2 connector apatah lagi maven, tapi saya nk share sesuatu yang pada pendapat saya amat bagus. Khamis lepas saya attend satu kursus yang di panggil ESQ. Rasanya ramai dah tahu pasal kursus ni. Sebelum attaend pon macam2 yang saya dengar pasal kehebatan kursus ni. Dan setelah attend memang saya akui, kusus ni memang hebat. Walaupon harganya agak tinggi tapi memang berbaloi. Sape berminat bleh rujuk websitenya: http://www.esq.com.my/

Pasal buku, saya tengah baca 2 buku sekrang ni:

esq_1 penenang_jiwa

Dua2 buku ni memang amat bagus dan memberi pengertian hidup yang berguna.

-Fuad-

3 Comments |