Apa crita? Gimik je tu. Hua hua hua. Tak dek crita best pon. Nk sembang2 kosong. Tajuk entry to sempena apa yang saya rasa in last 2 week (since last entry)
Feel of Guilty is worst if something bad happen but you can do nothing about it.
Kalo entry ni di taip 2 minggu lepas, mood saya ialah rasa bersalah. Sebab pertamannya ada seorang engineer baru kat company saya baru je resign. Sedihnya bukan sebab dapat offer lagi bagus tapi sebab tak tahan pressure kerja. Seminggu sebelum tu dia mintak tulun saya, malangnya dek kerana busy sgt tak sempat. Tau-tau boss saya datang ke site dan bagitau saya perletakan jawatan dia. Herm….
Sebab kedua, saya terpaksa pegi Bintulu untuk bagi training kat MLNG. Maka kerja2 saya kat Melaka terpaksa bagi engineer lain settle kan. Dia call saya dok mengadu pasal projek tu dengan nada sedih “Bang, apa ko dah buat kat aku ni bang. Aku merayu ko balik tolong aku”. Hurmm..
Sebab ketiga, seorang sahabat saya di Penang sakit selama sebulan. Lepas dia sembuh baru saya tahu dah sebulan dia sakit. Itupon dia yang emel bagitau. I just feel like sh**. Nothing I do or say to him make me feel better (not even a bit). Urghh.. ![]()
Tolerate is the best cure when you were Pissed Off
Kalo minggu lepas, mood saya tgh tensen tahap gaban. Mau taknya, dah la pegi Bintulu. Tup-tup training takde lak. Kalo istilah kedai kopi dia panggil miscommunication. Terpaksa balik. Pastu kena pegi Melaka, gaduh ngan main contractor. Dah gaduh sakan, baru dia kasik balik. Pastu balik Shah Alam last minute kena buat training untuk SESCO. Barang plak tak cukup. Sambil2 tensen2 prepare barang tetiba plak keta sewa tu buat hal. Tak abes lagi tu, sampai kat hotel tetiba awek receptionist tu ckp dgn comelnya “Takde book la untuk Foxboro punya function esok”. Pergh..menyirap wa ckp beb. Teros gua call boss gua. Suara dah tinggi dah. Wa dah tak kira sape dah time tu, nak suruh orang keje tapi arrangement litang pukang. Nasib baik rupanya hotel tu yang salah. Masa training tu plak tak sempat nak abes lagi tetiba kena brenti tgh jalan sebab kena pegi Melaka. And Now here I am. Huh..
No reason is needed to feel excited
Truly saya tak tahu nape saya excited. Patutnya saya pegi training kat Singapore next week. Dah issue dah pon tiket. Kena kansel plak. Hehe. Main contractor suruh saya stay siapkan projek ni. Lagipon kalo saya blah, kesian plak sapa yang terpaksa ganti saya. Bab tensen melayan customer yang cerewet ni kalo orang yang tahan boleh naik tangan jadinya. But still saya rasa excited. Mungkin sebab saya ada extra time nk siapkan www.pokokkecil.com kot. Pastu dah nk dekat raya haji ni, tak dapat pegi training takpe lagi, janji jangan kansel cuti seminggu raya haji sudah.
Kenduri kawen adik lelaki saya pada raya ke-4. Jemput la dtg rumah ye..
Wokey lah..esok kena keje. Chiaw duluk. Oh oh..sebelum terlupa. Latest buku yang saya dok layan:
Tajuk : Surah Ar Rahman Tafsiran & Fakta-Fakta Saintifik.
Penulis : Dr. Salleh Bin Ismail
Penerbit : Al-Hidayah Publications
Saya baru je start baca. So tak leh bagi ulasan lagi. Apapon saya jumpa blog penulis buku ni : http://ziahdrsalleh.blogspot.com/
Okes. Salam.
-Fuad-






