Assalamualaikum Wr. Wb.

Pertamanya nk mintak maaf pada commentors yang sudi bagi komen tapi tak sempat saya nk balas. Arini Alhamdulillah ada masa terluang sket, sempat sangat nk reply komen. Saya sebenornya baru menjejak kaki ke Bintulu selepas 3 tahun. Ingat nak masuk plant teros tadi, tapi dah client ckp.. “Ko lepak dulu arini, esok je masuk keje.” Macam nk kena perah je esok ni. Hehe. Apapon ni membuatkan saya ada masa terluang.. banyak kenangan kat Bintulu ni. Uh uh..tetiba syahdu plak.
Oh..Mekasih gak sudi bagi komen.
Keduanya, ada lagi yang mintak game Cashflow (rujuk entry ni), dukacitanya di maklumkan CD game tu saya dah tak ingat kat mana saya letak. Bagi sape2 yang nk mintak emelkan tu mmg susahlah sebab saiz dia besar sangat. Dulu masa saya wat offer tu saya pos CD kat orang yang mintak. Mintak sori ye.
Ralatnya saya tak dapat nk online sangat sebab jalan2 buat keje. Heheh. Weekend lepas saya menjejak kaki ke Penang. Oh..sebelum tu, adik saya Ahmad Asrul selamat menerima skrol ijazah dengan pingat Emas di UKM. Tahniah dari abang mu. Bestla grad2 teros dapat kawen.. (nada jeles).
Cerita kat Penang. Hal nombor satu… rahsia. ![]()
Hal nombor dua…Nak tengok ‘adik-adik’ merujuk kambing yang kami dok pakat2 duit beli. Sedihnya 3 ekor anak kambing dah meninggal tanpa diketahui sebab2nya. Tu semua risiko dalam perniagaan yang perlu diterima lah. InsyaAllah pasni dapat belajar sesuatu.
Hal nombor tiga.. Nk jual little tree kat konvo USM. Sebelum pegi saya konfiden memang dapat numpang tapak kat konvo tu. Sebab member saya selalu bukak kedai gambar kat situ. Tup..tup..sebab over konfiden sangat tak call la kawan tu. Sekali sampai sana orang lain dah dpt tapak tu. Huhu.
Pengajaran: Jgn over confident. Don’t shoot before look. Jangan tembak sebelum semak.. ![]()
Alhamdulillah nk dapat rezeki jugak walau sikit, sempat menjual little tree kat bangunan tabung haji. Time tu ada kelas mengaji kitab kat situ. Ni pon kes tumpang member yang jual tudung kat kelas tu.
Iklan: Sape yang berminat nk hadiri kelas baca kitab kat bangunan Tabung Haji, Bayan Lepas. Kelas tu diadakan setiap hari Ahad bermula pukul 9 pagi.
Sempat pegi Borders kat Queensbay Mall dan merembat buku Fish! Omnibus. Saya dah pernah beli buku Fish! dan pernah ulas kat blog pon (klik untuk pautan) Ni yang tak best bila dia wat compilation, Fish! , Fish! Tales dan Fish! Sticks. Apapon sebab lagi berbaloi dari saya beli Fish! Tales dan Fish!Sticks secara berasingan, saya ambik jugak buku ni…
Latest book yang saya beli ialah For One More Day karya Mitch Albom. Buku Mitch Albom memang best2. Tapi yang ni melibatkan kasih sayang ibu. Memang lagi best. Kalau anda ingin lebih menghargai ibu anda, saya syorkan anda baca buku ni.
Adios…
-Fuad-








