
AMARAN: Entry kali ni tidak boleh diklafikasikan sebagai hujah mahupun dalil aqli untuk pebahasan umum apatah lagi sebagai pegangan. Ianya cuma bertujuan sebagai pencetus pemikiran semata2. Jika terdapat ketidak setujuan bedasarkan ulasan entry ini, teguran anda teramatlah dialu-alukan.
Prolog
Minggu lepas saya bagi training. Jadik lepak la kat hotel. Jadik dapatla tgk Astro. Satu malam tu, saya layan cerita Numbers, cerita pasal professor Matematik yang menyelesaikan masalah jenayah menggunakan teori Matematik. Yang menariknya episod kali tu menyebut pasal Black Swan.
Nota: Time tu saya tgh mengabiskan buku The Answer, Blak Swan hanya bersembunyi khusyuk didalam beg. Itu yang buat teruja nak cepat2 baca Black Swan.
Perihal dalam sesuatu ketika jika kita dah tak tahu apa lagi kesimpulan yang dapat disimpulkan maka disinilah kemungkinan kewujudan Angsa Hitam. Senang cerita, Angsa Hitam ni berkisar tentang sesuatu yang kita tak tahu. Jika ia terjadi akan memberi kesan yang kuat pada kita, tak kisah la positif mahupun negatif.
Malangnya, sebab benda tu kita tak tahu, kita tak boleh nk buat apa2. Paling power pon kita cuma dapat aware tentang sesuatu yang mungkin berlaku.
Iklan: Entry kat blog Pakdi ni (klik untuk pautan) seolah2 memberi amaran tentang kehadiran seekor Angsa Hitam yang berpengaruh besar.
“What we know can’t hurt us”- Nassem Nicholas Taleb.
Epilog
Intro buku ni amat menarik. Kisah seorang lelaki bernama Umberto Eco yang dikatakan mempunyai perpustakaan peribadi yang sangat besar. Ada riwayat mengatakan buku ilmiah di perpustakaan dia melebihi 30 000 bijik buku.
Maka kebanyakkan pelawat yang menziarahi perpustakaan beliau akan memberi ekspresi yang mengkagumkan dan sinis.
“Fuyooo.. Banyak siot buku kat library ko. Sume buku ni ko baca ek?”
Hanya segelintir saja yang faham bahawa perpustakaan adalah untuk rujukan. Orang akan mencari maklumat yang dia perlu sahaja. Nisbah buku yang dibaca dengan yang tak dibaca boleh dikatakan sgt besar mungkin 2:8 atau 1:9.
Perbandingan dengan kehidupan seharian, buku yang dibaca ialah berkenaan yang apa kita tahu atau ilmu yang kita ada dan buku yang tak baca merujuk apa yang kita tak tahu atau ilmu yang kita tak tahu atau dalam bahasa directnya apa yg kita jahil.
Ironinya semakin banyak buku yang kita baca secara automatiknya semakin banyak plak kita sedar buku yang kita tak baca semakin banyak.
Isu Pokok.
-Bandingan ilmu yang Allah bagi pada manusia ni umpama sititik air daripada lautan yang luas-
Otak manusia ni mempunyai potensi berfikir ikut logik atas fahaman semasa. Maka tak hairanlah timbul persoalan yang sekali dengar macam power, tapi bila dinilai balik menampakkan sangat dasar penutupan minda si penanya. Soalan yang saya maksudkan ialah seperti yang diulas dalam entry sebelum ni. Cthnya:
- Boleh tak Allah mencipta satu botol yang sangat kecik sampai dia sendiri tak boleh masuk?
- Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar dan berat sampai dia sendiri tak boleh nk angkat.?
Sila rujuk entry Kisah Ahmad perihal si penanya yang menjolok soalan diatas perbandingan Allah itu macam manusia.
Berbalik pada kisah ilmu setitik tadi, pelik kan bila makin banyak kita mendalami ilmu makin kita rasa makin banyaaaaaak sangat sangat yang kita tak tahu. Kalau ilmu setitik pada bandingan tu merujuk pada nilai yang tetap contohnya 10 sentimeter padu maka semakin banyak kita belajar makin hampir kita menguasai seluruh ilmu. Last2 akan sampai lah tahap tepu pembelajaran. Itu kalau manusia fikir ikut logik akal dia yang mana sesuatu perkara itu ada ukuran akhir.
Nah..saya utarakan perihal ilmu tadi. Berdasarkan pemerhatian dalam epilog diatas, nilai 10 sentimeter padu itu adalah relatif yang tak mungkin dicapai. Kenapa? Sebab semakin banyak ilmu yang di pelajari yang kita tak tahu jugak akan bertambah. Bukti yang jelas pasal sesuatu yang tiada tiada ukuran akhir malah tidak menjadi kepelikan pulak bila ianya bertambah tanpa had.
Agak2 kalau ada orang tanya pulak dengan soalan pasal:
- Kalau kat syurga kan, hari2 makan sedap tak bosan ke?
- Kalau semua je best tak ke rasa makin kurang nikmatnya di syurga.
Saya seperti biasa hanya mampu tersenyum ![]()
Oh..oh. Pada sesetangah orang yang merasa makin banyak dia belajar dia semakin alim, maka hujah saya diatas harap diabaikan.
Monolog
Sebetulnya saya tak tahupon makna apatah lagi beza apa itu epilog, prolog, monolog atau apa2 log2 laen. Tatkala saya menaip entry ni saya perasan lagi bertapa banyak saya tak tahu dalam penggunaan bahasa nih. Hehe. Ada orang bleh ajarkan tak?
-Fuad-









