Salam pertemuan,
Hehe.. long time no see to my blog. Dah sebulan lebih kat Melaka ni. Apakata crita pasal investment saya lah untuk entry kali ni. Kalo ada apa2 suggestion nk perbaikkan investment saya ni, amat2 lah dialu-alukan. Jom..
Servis Apartment
Kita mulakan dengan worst investment duluk. Servis Apartment kat Mantin, Namanya Sri Jasmin. Alhamdulillah sekrang dah kurang sket dia punya kesengsaraan. Kalo dulu, bulan2 dah la kena bayar sampai RM950 pastu campur lagi service charge tiap2 bulan campur lagi cukai pintu 2 tahun sekali. Pulangan = RM0. Memang cashflow negatif tak ingat. Walaupon masa beli tu zero downpayment, dah 3 tahun lebih negative cashflow memang keputusan pelaburan yang silap.
Alhamdulliah aritu ada gak company yang sewa rumah tu untuk pekerja2 derang dari Indon. Dapat jugak RM400 sebulan. Walaupon still byk lagi negatif cashflow at least kurang sket. Pada sapa2 yang senasib dengan saya aritu, apakata korang pegi jeguk2 rumah korang kat situ sekrang. Masa saya pegi tgk rumah aritu, abes paip besi kena curik kat dalam rumah. Meter air kat luar rumah konfemla lesap sekali. Abes lagi RM nak repair rumah tu. Apapon still consider improvement utk pelaburan ni.
ASB
Yang ni takda komen sangat la. Semua orang tau kot.
Bank Persatuan
Yang ni dah lama dah saya usha. Masa saya dok kerja kat Penang lagi dah tergerak nk invest. Track record dia memang meberangsangkan la jugak. Tahun lepas dengarnya mencecah sampai 17%. Harap2 tahun ni makin canteek la. Insya Allah. ![]()
Bagi orang yang banyak duit, pelaburan maksimum ialah RM15000 sahaja untuk seorang.
Rujukan: http://www.bankpstn.com.my/
Emas
Ini yang latest dan paling best. Sebenarnya sebelum ni saya dok usha satu peluang offer by Country Height Grower Scheme. Syok gak la dia punya return tu, 8% guarantee sementara pokok kelapa sawit tu besar. Dah keluar hasil nnti boleh mencecah sehingga 17% setahun. Pastu bila maturity dah smpi (selepas 20 tahun) akan dibayar harga tanah masa tu (dapat untung atas appreciation harga tanah).
Rujukan : http://www.chgs.com.my/
Tapi masalah besar nya liquidity. Maklumlah nk invest duit simpanan untuk kawin ni kena senang nk cairkan.
Masa dok baca buku Increase Your Financial IQ dulu Robert dok crita yang hobi dia sekrang dok main Gold ETF. Itu yang saya sambil2 buat study pasal pelaburan dalam emas.
Tup2 saya jumpa pelaburan dalam emas yang memang best, Bukan saja return of investment dia melebihi 30% setahun, potensi untuk emas appreciate in value tinggi, liquidity dia within 6 bulan dan unlimited amout of investment (buat masa ni) dan harga emas tgh drop skit sekarang.
Saya tengah dok berusaha nk keluarkan duit KWSP konon2 nk bayar rumah, tapi sebenarnya nk beli emas lagi. Hehe.
Kalo skim ni berpanjangan, dengan adanya 1kg emas saya dah mencapai financial freedom. ![]()
Buat mereka yang berminat boleh download laporan yang saya tulih cincai2 ni:
http://emas.almaribuku.com/LaporanPelaburanEmas.pdf
Atau ke:
Abes pasal investment (mostly yang conservative), kalo nk bagi cadangan atau come across peluang pelaburan yang best2 lagi, amat2 lah dialu-alukan dikhabarkan.
Pasal business, tgh outstation lagik.
Harap dapat start gerak gempur pasal malam next 2 weeks. Silalah singgah nanti ya…
Pasal paper asset plak, dah lama saya tak main saham. Pada pengunjung blog saya yang main saham tu mintak maap la banyak2. Memang dah tak terupdate. Forex pon main saja2 jek. Nak belajar. Syok main pair GPBJPY sekarang ni. Salah satu blog yang akan saya tengok dulu sebelum buat order, http://jebatfx.blogspot.com/ Thanks bro Jebat.
Pasal buku, yang paling latest saya habiskan dua buku pasal real estate
- Bagaimana Memperolehi RM30 000 Dalam Masa 30 Hari Melalui Hartanah Lelong karangan Ahmad Tarmizi Jusoh.
- Juara Lelongan Hartanah karangan Azizi Ali.

Ni sejak ada orang sewa rumah pastu syok dok dengan urusan repair rumah ni, timbul balik minat nk belajar pasal rumah lelong ni. Hehe. Pssst.. Saya ada tanya kat Mantin tu, dah ada apartment di lelong dgn harga reserve RM89,000.00. Harga saya beli apartment tu dgn developer RM149,000.00.
Sekarang tgh abeskan buku The Enlightened Entrepreneur karya Grace Bulger. Nnti ah kita borak pasal buku dalm entry lain.
Oret..dah berjela dah. Inilah sysmtom biasa ble lama tak tulih blog. See you around pren… Salam.
-Fuad-





Mood = Tertekan. Punca = Stok lama tak terjual. Sejak balik labuan haritu saya terus kena pegi Melaka. Ntah sampai bila x tahu. Mungkin 2 minggu lagi. Natijahnya, dah beberapa minggu perniagaan Little Trees tak berjalan. Adeii.. Azam saya abes je outstation kali ni nak buat gerak gempur penghabisan stok. Target market ialah Pasar Malam. Maka saya dengan ini menyeru para sahabat yang tinggal di sekitar Selangor atau lebih spesifiknya Shah Alam dapat membantu saya menyediakan maklumat tentang Pasar Malam yang best dekat tempat korang. Hadiahnya*(rujuk nota kaki untuk terma dan syarat) ialah sekeping little tree yang anda sukai. 


