RSS
people

Masuk Paper

pokok_kecik.JPG

Gambar kat atas ni saya scan dari kolum kartun The Star semalam (20 April 2008). Pagi2 sampai jek kat opis terus scan. Nak wat survey sket, korang faham tak apa yang kartun tu cuba sampaikan?

Pendapat saya rata2 rakyat Mesia tak faham kot lawak kartun tu. Pendapat saya lah (mungkin saya salah), sebab rasanya produk Little Tree tak femes lagi kat Mesia. Kalo kat US orang dah tau yang pokok2 kecik tu adalah pewangi kereta. Sebab skunk tu busuk jadik derang taruk little tree banyak2. :-P
Excited gak saya ble little tree masuk paper The Star tapi bukan iklan lah. Hehe. So, sape2 ada ternak skunk yang bleh drive kete dan perlukan Little Trees bleh kontek saya. ;-)
Last week gua outstation lagik, tak terhupdet blog. Weekend sebelum tu balik kampung menyambut hari jadi anak buah yang ke-0. Namanya Abid Baihaki (ye kot eja camtu). Lebih kurang maksudnya Ahli Ibadah Dengan Kebenaran. Nasib baek wat balik Little Tree. Tak sangka adik-adik saya tu ada bakat jadik salesboy and salesgirl. Saya bagi komisen untuk setiap jualan, and guess what, setiap orang yang datang melawat baby beli sorang satu. Saya dok jual kat pasar pagi pon tak dapat jual macam derang. I think having a cute face does help sell your product.

Saya jugak telah menambah 2 lagik buku dalam rak buku saya:

1) Aku Tak Nak Miskin - Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li)

atnm.jpg

2) Increase Your Financial IQ - Robert T. Kiyosaki

financeiq.jpg

Dua pengarang feveret saya. Dah lama rasanya tak wat review. Hurmm..

-Fuad-

9 Comments |

Little Trees & Little Baby

silly_citrus.JPGTanggal 5 April 2008, Pukul 11 malam dgn rasmi nya saya bergelar Pakcik. Nak soh dia panggil Ayah Chik lah. Macam best je bunyi nya. Haha. Yup. Anak buah saya yang pertama merangkap cucu Mak Ayah yang pertama seberat 3.6 kg telah selamat dilahirkan.

What a good week. Alhamdulillah.

sour_apple.JPGSemalam gak hari pertama saya memulakan aktiviti yang dah lama saya tinggalkan dan amat merindui. Menjual di gerai. Kalo dulu jual kat pasar malam, kali ni kat pasar pagi plak.

Start kat Pasar Tani di Stadium Shah Alam. Produk yang dijual ialah Little Trees. Gambar pokok-pokok cute kat sebelah tu antara contoh2 latest cool trend untuk gantung kat dalam kete. Memberikan bau wangi semerbak dan segar serta nampak cool & cute ble digantung dalam kete. Heheh. Ayat promosi tuh.

buble_berry.JPGUntuk rujukan website rasmi (original manufacturer) leh rujuk kat sini: www.little-trees.com

Saya pon dalam proses nk buat website bagi tujuan promosi jualan secara online. Harap2 dapat siap sebelum Mei nnti.

Iklan sket: Sape2 yang berminat leh la ziarah gerai tapak 502 di Pasar Tani dekat Stadium Shah Alam. ;-) Insya Allah pasni nk berniaga byk tempat lagik. Oh ya. Next week tak berniaga sebab nk balik kampung menjenguk little baby. Uh..I’m excited. :-P
sun_washed_cotton.JPGLagi berita baik. OD RHB saya telah diluluskan. Praise to Allah. I realize something, kita kena carik banker yang betul2 nk tolong kita baru senang nk apply apa2. Sebagai ucapan terima kasih saya kat banker tu, saya dh mempertimbangkan untuk refinance segala loan saya ngan dia. Saya rasa ramai orang diluar sana yang ada masalah nk wat OD. If you guys intrested, I can help to introduce with this good banker. Just drop me a call or contact me.

-Fuad-

10 Comments |

Macam-Macam Hal

Hal Pegi Penang

Last skali lepas last entry, lepak Penang. Adik saya bersama bakal anak buah saya yang bakal lahir 19hb ni naik ambik skrol di USM. Ekceli. I have one important mission for myself (personal one), but the mission was failed. Huhu. Soooo sad :-(
Hal Pegi Tganu

Balik jek dari Penang, teros pegi Paka, Tganu. Ada trening seminggu. Tukang ngajar nya seorang doktor… Dari UK. Petikan dialog.

**Selepas doktor membentangkan satu penemuan terbaru**

Member: Then you can teach us this new technology.

Tuan Doktor: Are you qualified?

Member: (Sengih) You tell me then. What is the qualification?

Tuan Doktor: At least a PHD holder. 4 years field experience.

Kami semua mengangguk. Dunia sekarang dah semakin tak memandang kalo setakat ada ijazah jek. Jadik, kena target ambik highest ‘formal’ education. Kalo nk people recognition and self statisfaction for some people. Rasanya informal education is some how far more useful in our daily live. Don’t you agree?

Dalam persepsi lain plak.

Saya: Bos.. I want to learn about APC (Advance Process Control)

Bos: You know what. I don’t want to say no. But then, I think APC is too advance for electrical or electronic background engineer. It is too much involve process. I think it is better for chemical egineering background.

Saya: Angguk gaya tak puas hati. (Dalam hati… ‘Okla okla. Kalo berani letak la sorang chemical engineer ko ngan aku. Pastu bagi exposer yang sama. Tengok sapa leh deliver dulu.’)

No offense to chemical engineer or who so ever. For me, first criteria to learn are not your background, but high interest and motivation. Kalo letak orang yang ada background pon tapi tak berminat mendalami ilmu, it is still pointless. Hurm… Sometimes it is really frustration when we really want to learn, learn, learn but somebody just step ahead and block. “You are not going to make it. So better be specialize, don’t learn everything”

Huh..

Hal Pegi Perak

Balik jek dari Tganu. Pegi Perak plak. Pegi Sungai Klah. Best jugak mandi air panas sungai Klah ni. Amat disyorkan untuk pegi. Rasa ringan jek badan lepas berendam.

Tips: Untuk kemujaraban yang lebih, sampai jek kat kolam tu teros jek terjun. Wat back flip lagi bagus.. ;-)
Hal Balik Selangor

Nenek saya yang kena strok datang lepak kat sini. Pegi ziarah dia. Lawak jugak ble dengar cerita dia pasal dia melawat cicit dia kat KL.

Nabil, anak sepupu saya ni cita2 dia nk jadik doctor. Walau umur baru 5 tahun tapi memang nampak interest dalam medical. Ble dia tgk Che’ (moyang dia) tak leh gerak separuh badan (kena strok), maka dengan penuh perasaan ingin tahu, didekatilah Che’.

Cicit: Why you can’t move your hand. (Sambil picit2, angkat2. pusing2 tangan yang takleh gerak)

Moyang: Che’ tok reti la gapo Nabil royak. (Sambil gelak).

Lucu pon ada tapi bila dah excited nk ngajar anak cakap omputih sampai cakap Melayu pon tak pandai. Kadang2 macam sesuatu yang kurang disitu. Yelah, moyang nak cakap ngan cicit pon dah macam ayam cakap ngan itik.

Ntahla, saya tak berani nk komen pasal mendidik anak ni. Maklumlah saya takde anak lagik. Tapi sebagai pandangan seorang anak, saya hepi dengan didikan ibu bapa saya walau derang tak latih saya cakap omputih dari kecik. Tapi saya akan rasa terkilan jika derang tak ajar ilmu agama pada saya dari kecik. Bila sekarang ni baru nyesal, asal la degil sangat masa kecik dulu bila Mak soh pegi ngaji, solat awal waktu, pegi surau, masuk sekolah agama.

Hal dah abes.

Uh..Terpanjang lak entry hari ni. Tertanya2 gak pasal ATIC aritu. Ada orang nk share ke apa yang derang dapat aritu. :-P
Ble dok layan you-tube Fitna tu, tertarik pasal yang budak comel yang diinterbiu. Memang comel sgt. Basmallah yang berumur 3 tahun setengah. Memang respek budak kecik tu. Betul la yang adik comel tu cakap. Tak nak ngaku plak. Blah la weii.. Apapon best jugak cadangan memulaukan tuh. Jom2..

-Fuad-

3 Comments |