Salam… Akhirnya FAT saya dah abes. Kini merdeka satu hari. Esok kene pegi tganu plak.
Tajuk entry mencuri populariti Pakdi jap. Heh. Setelah sekian lama tak buat eksperimen, kini saya nk mulakan satu. Dalam entry yang sebelum2 ni ada beberapa eksperimen yang saya buat untuk membuktikan teori2 tertentu. Setakat ni hasil eksperiemen tu agak memuaskan. Walaupon ada pembaca blog ni yang tak puas ati. Hahak ![]()
Apakah Teori Pakdi? Dan kenapa saya namakan teori Pakdi? (Ya betul, bukan Pakdi yang namakan tapi saya..Haha). Kita mulakan pasal nama dulu. Tiap kali bengkel CashFlow diadakan, Pakdi musti sebut pasal teori ni. (Saya attend 2 kali, dalam 2 sesi tu Pakdi ada sebut. Yang lepas2 tu saya tak tahu). Mungkin jugak boleh digelarkan teori beskal. Kata Pakdi “Kita boleh umpakan belajar pelaburan ni macam naik basikal. Mula2 kita belajar dulu, memang selalu jatuh. Sakit sana sini. Kita fikir susah sangat. Tapi sekarang, bila kita dah terer, kita nk cuba jatuhkan diri sendiri pon dah tak boleh. Kita sengetkan basikal nak jatuh pon (sambil buat gaya pegang handle basikal pusing2) tak leh gak nk jatuh. Camtulah jugak dengan pelaburan ni.” Quote ni takdelah 100% tepat tapi lebih kurang la tu. Yang gaya tu memang betul, saya ingat lagi. Jangan marah Pakdi. Gurau2 sket.
Sebetulnya susah kita nak bayangkan teori tu sebab kita dah memang terer naik beskel. Ingatan pasal time tak terer dulu pon x berapa jelas. Jadik, saya terpikir untuk buat eksperimen bagi lebih menghayatai teori nih. Al-kisah, ari Selasa aritu (Cuti Birthday Sultan Selangor), Saya ngan adik2 saya, Ismail, Amirah, Afiqah, Fitri join bersama abang saya bersama isteri. Kitorang pegi Sunway Pyramid, nk main ice skating. Dah lama saya usha ice rink tuh. Nampak macam senang jek. Sekali masuk jek rink tu..bedebuk..macam nangka busuk daa. Memang tak macho proof langsung aktiviti ice skating nih. Nak2 buat first timer. Cehh. Tapi dek kerana mengenangkan teori Pakdi, saya teruskan bantai jek. Adala dekat 15 kali kemachoan saya tergadai kat dalam rink tuh. Abes basah kuyup. Satu geng ngan Fitri. Truly, I learned faster that way. Amirah ngan Afiqah dok control ayu jek, sampai sudah jalan slow je. Eksperimen ni tak abes lagi. Bila saya dah terer nnti boleh wat comparison dengan first time. Baru abes eksperimen teori Pakdi ni. ![]()
Pengajaran:
- Selagi kita tak mulakan sesuatu (tengok dari luar jek) kita takkan tahu benda tu betul2 susah atau senang atau sangat fun.
- Kita boleh pilih belajar cara cepat atau lambat. What doesn’t kill you make you stronger. Just make sure it doesn’t kill you. Please.
- Kalo lelaki yang jatuh dalam rink tu sume buat derk jek. Cuba awek yang jatuh, ramai jek nk tulun. Huh.
Lepas main ice skating saya singgah MPH beli komik Escape From The Rat Race adaptasi dari buku Rich Dad Poor Dad untuk Fitri. Untuk koleksi saya, buku bertajuk Fooled By Randomness karya Nassim Nicholas Taleb. Buku pasal Science of Uncertainty. Saya tertarik dengan buku ni sebab saya tengah menghabiskan ebook Trading Chaos karya Bill Williams. Memang ebook mesti baca untuk para traders. Sapa nk ebook tu bleh email saya.
Sehingga bersua lagi.
-Fuad-






