Oct 30 2007
By
Fuad | Filled under:
Saja2
15 November 2007 tarikh Mak dan Ayah saya bertolak ke tanah suci. Gambaran awal Raya Haji taun ni macam tak best sgt je. Kalo mak ayah takde kurang umphh Raya Aji. Apapon derang sekarang ni excited semacam jek. Tumpang hepi ngan tumpang doa sekali. Nk mintak doa suruh kaya segan plak, mintak doa cepat kawen jela.
Orang yang tak pernah pergi mungkin tak tahu tahap kerinduan dia. Itulah gambaran yang saya dapat dari Ayah saya. Ayah saya ni memang seorang yang garang. Masa first time dia buat Haji, umurnya baru 35tahun. Masa tu dah 10 tahun dia kawin ngan mak. Tak pernah mak tengok setitis air mata mengalir kat pipi ayah sehinggalah saat tawaf widak.
Kata Ayah, terasa sebak dan sayu tatkala nak meninggalkan Baitullah. Terasa begitu rindu untuk meninggalkannya. Hati terasa begitu risau dan tertanya2 bilalah agaknya dapat berjumpa dengan Baitullah lagi.
Tak heran lah orang yang boleh dikatakan berada sanggup membelanjakan duit pegi ke tanah suci tiap2 tahun tak kira umrah atau haji. Bila dah pegi sekali mesti rasa rindu yang mendalam nk pegi lagi. Teringat kisah seorang sedara Ayah saya yang agak berduit. Dia bukak restoran kat Petaling Jaya. Memang jutawan lah. Tiap2 tahun mesti pegi ke tanah suci. Buat haji pon memang banyak kali lah. Pernah Pak Cik saya bertanya kepada Pakcik Mat (memang nama sebenar) , “Cubalah Pakcik Mat cerita sket apa rahsia Pak Cik Mat dari takda apa2 sampai boleh berjaya macam niâ€
Jawap dia dengan serius “Sebenarnya senang je, Cuma tak ramai yang betul2 buat. Doa. Kalo nak kaya, doa lah pada Allahâ€
Bila saya pikir balik, memang betul pon. As simple as that dan boleh kata semua orang tahu. Tapi berapa kerat je orang yang bila berdoa betul2 hadir hatinya dan tekad jiwanya dan kental keazamannya. Teguran untuk diri sendirik.
Seorang lagi sedara Mak saya, kalo kat Kelantan agak femes gak francise dia, Edlee Fried Chicken. Kalo tgk rumah dia, memang tak nampak macam tokey besar. Kete pon biasa2 jek. Tapi paling koman setahun sekali mesti pergi ke tanah suci. Selalunya buat umrah bersama anak2. Bila dengar crita dia layaannn jek. Memang syok.
Maka tertanya2lah saya kat diri sendiri, kamu ni bila lagi. Takkan nk tunggu seru kot? Tapi apa maksudnya seru tu? Camna nak tahu seru tu dah sampai ke belom? Sapa yang mulakan istilah tu? Kalo ada antara pembaca yang boleh bagi tafsiran tepat seru tu amat saya alu-alukan. Saya pernah diberikan kisah seorang hamba Allah ni. Dia mengadu kepada tok guru dia yang dia ni mmg kalo nak ikutkan pendapatan memang tak mampulah. Tok guru ni pon ijazahkan lah satu dzikir / tharikat utk diamalkan.
Alhamdulillah selepas setahun lebih diamalkan sampai satu tahun tu hatinya meronta2 dek kerinduan untuk menyahut seruan Allah ke tanah suci (agaknya ni maksud seru kot). Boleh kata macam nak nak nak nak yang teramat nak sangat pergi tahun tu. By hook or by crook nk pegi jugak. Dah tak tahan dah nak menunggu lagi.
Alhamdulillah, tiada yang mustahil bagi Allah tuhan sekalian Alam, dapat jugak saudara ni menjejak kaki ke tanah suci. Macam2 lah pulak peristiwa yang bila didengar boleh buat bibir terlafaz kalimah ‘Masya Allah’.
Saya ni dengar dari mulut orang ke-2 tapi masih terasa aura menusuk kalbu. Orang yang bercerita ni jugak katanya bila berjumpa dengan saudara ni terasa tenang dan gembira. Bila peluk je terasa semacam kebahagian dalam hati. Inilah menurut si pencerita orang yang pergi bila dah sampai seru. Banyak yang pergi bila dah cukup duit tapi dari segi hatinya masih belum bersedia.
Ntahla.. saya pon tak pandai nk komen pasal seru nih. Personally, kalo ikut tafsiran member saya tu saya rasa saya ni memang tak sampai seru lagilah. Tapi bila saya dengar orang yang balik dari tanah suci especially Mak Ayah saya, memang teringiiiiiinnn sangat nk pegi. Dah la abang saya, adik saya 2 orang dah pon menjejak kaki ke sana. Jeles siot..
Saya bulan 3 aritu nyaris2 dah pergi menunaikan umrah, sayangnya tak sempat. Tak sampai seru lagi kot?
Perasaan excited tu memang ada tapi rasa takut pon boleh tahan gak. Mau taknya, orang banyak dosa ni bila dengar banyak cerita balasan dpt on the spot kat Mekah tak lena tidur jugak dibuatnya. Insya Allah target bulan 4 tahun depan plak. Jom kita pergi sama2…
-Fuad-
P/S: Ada aktiviti berlari2 ari Ahad ni. Jom pakat pegi. Maklumat lanjut boleh rujuk:
- http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=1992
- http://www.pakdi.net/my/terry-fox-run-kl-2007-2/