Jun 07 2007
By
Fuad | Filled under:
Saja2
Salam semua,
Arini saya nk borak pasal teori lagik. Ulasan buku mungkin dah lama sket saya tak buat sebab saya perlu glance trough balik buku dan carik the best part of it. Dan itu memerlukan masa yang agak lama sket. Borak pasal saham pon dah lama saya tak coret kan kat blog Main Saham saya. Sebetulnya hari2 saya baca buku dan hari2 jugak saya tgk chart dan buat stock filteration cuma tak sempat nk mencoretkan kat blog jek. Menjenguk dan menjelajah menuntut ilmu di blog pon amat terhad sekarang. Bila sekali tgk blog member2, fuhh banyak sungguh ilmu dah terlepas. Dunia hari ini, pergerakan ilmu tu rasa terlalu pantas. Sapa yang takde internet kat rumah mmg rugi sesangat. Saya pon tgh menunggu Telekom activate Streamyx kat rumah tu, harap2 cepatla leh dpt.
Untuk hari ni kita sembang pasal teori seorang suami bersama 5 orang isteri. Ilmu yang saya dapat kat training NIOSH semalam. Ada satu lagi teori yang menarik tapi yang tu simpan dulu. Nama asal teori ni ialah One Husband Five Wives. Teori ini menyatakan dalam kaedah mendapatkan maklumat, terdapat 1 huruf H dan 5 Huruf W. Itu je sebenarnya, takde kaitan dengan perkahwinan mahupun ekonomi rumah tangga pon.
H = How
W = Why
W = What
W = Where
W = When
W = Who
Selamat berkenalan dengan Suami dan Isteri2nya. Haha. Bunyik macam gempak jek teori nyer tapi takda apa sangat pon. Kaedah ini digunakan oleh penganalisis bagi memastikan maklumat yang didapati adalah lengkap. So, selamat mengamalkan teori ni dan pastikan semua maklumat yang kita dapati adalah lengkap.. dalam apa jua yang kita tgh usahakan.
Teori yang nk dekat2 sket ngan teori ni ialah 4-Stages of Why. Teori ni ajarkan kepada saya oleh seorang Senoir Engineer masa saya keja kat Petronas dulu.
“If you want to be an expert Engineer, always ask why at least 4 times. This approach what I called 4-Stages of Why” - Ting Tiong Seng.
Contohnya:
Penyataan: Kalo orang demam, kena minum air kelapa/ air cap badak.
1st-Stage Why: Asal plak kena minum air kelapa?
Jawapan: Sebab air kelapa / cap badak leh buang haba dari badan.
2nd-Stage Why: Asal boleh buang haba? Air sejuk , Pepsi, Seben-up tak leh buang haba ke?
Jawapan: Sebab air kelapa molekul dia lebih kecil berbanding air biasa. Kalo air biasa minum banyak2 pon nnti lebih dia masuk pundi kencing dan kemuadian dilaburkan ditempat2 yang diluluskan.
3rd-Stage Why: Asal molekul dia leh jadik kecik?
Jawapan: Air kelapa Allah jadikan dia air yang dihasilkan dari sabut2 yang mempunyai serat yang sangat halus pastu ditapis pulak oleh tempurung yang mempunyai ruang antara membran yang sgt kecik. Macam air cap badak pon dia tapis berulang2 kali supaya hasil yang terakhir tu mempunyai molekul yang sgt kecil.
4th-Stage Why: Asal kecik bleh sejukkan badan plak?
Jawapan: Sebab bila dia kecik, dia leh meresap dalam sel2 dalam badan kita.
5th-Stage: Abestu kalo minum ari2 air kelapa bagus la yek.. Sejuuuuuk jek
Jawapan: Tak boleh, minum air kelapa banyak2 boleh mebunuh. Bila dia meresap dalam sel, dia akan cuci semua galian yang ada dalam badan. Sebab tu bila makan obat, tak leh minum air kelapa. Nnti obat x jadik. Kalo kena racun pon elok minum air kelapa. Tapi kalo selalu minum, takde galian dalam badan so Al-Marhum la jawabnyer.
6th-Stage: Kalo tumbung kelapa lak camne?
Jawapan: Eh ko nih..kalo ko banyak tanyer sampai esok pon tak abes. 4 kali dahla.
Buat mereka yang ditanya pulak:
Adik: Bang2, adik demam la.
Abang: Nah. Amek air kelapa ni minum.
Adik: Asal kena minum air kelapa bang?
Abang: Ko ni banyak Tanya plak. Orang soh minum, minum jela. Baling ngan kelapa ni kang. Ilang demam ko nnti.. (cth jawpan jika tak pandai nk jawab)
Moral: Nak gunakan 4-Stages of Why pon kena tgk orang jugak 
Sekian perkongsian kita hari ni. Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.
-Fuad-
Â