RSS
people

CashFlow 101 – The New Sight

Salam Pertemuan,

Ari Ahad lepas, saya telah menghadiri bengkel CashFlow 101 yang dianjurkan oleh Bicara Jutawan dan dikelolakan dgn jayanya oleh Pakdi dan ahli-ahli ‘senior’  BJ. Seperti dijanjikan, ulasan peribadi saya nk utarakan hari ni.

Sebetulnya saya dah main CashFlow 101 dan 202 dah banyak kali tapi yang electronic version. Adik saya yang darjah 5 tu siap dah boleh predict bila harga saham tu naik turun. Dia boleh main option kejap jek boleh kuar dari Rat Race. Itulah biggest loop hole kat dalam electronic punyer version. Cycle data dan patern dia adalah sama. Kalo main banyak2 kali dah boleh agak apa yang akan terjadik.

Oh ya.. saya tak nk ulas in detail pasal CashFlow 101 itself tapi more toward kelebihan main CashFlow 101 board berbanding yang electronic. Point pertama saya dah cakap, board version lebih rawak.

Kelebihan ke-2, board version melatih kita seronok membuat kira2 dan catatan (lebih2 lagi time banyak duit). Kalo kat electronic version, computer dah tolong kirakan, apa yang perlu kita buat ialah drag and drop. Settle.. Apa yang berlaku pada saya, saya terpengaruh sket ngan electronic version, saya tak catat duit dalam tangan. So, bila ada oportunity saya terpaksa kira duit kat dalam tangan dulu. Sesi ke-2 (terima kasih kat penganjur bagi main 2 kali), bila saya catat semua keluar masuk.. on the spot saya leh analyse sesuatu peluang tu mampu di beli atau tak. Pastu mmg syok laa, edit2 CashFlow Statement ngan Balance Sheet bila time game bergerak dengan pantas. Memang tak menang tangan ngan audit akaun sendirik. Rasa macam everything is under control. Sape yang ada masalah tak tahu mana ilang duit bulan2, saya amat syorkan main CashFlow 101 board version.

Kelebihan ke-3, emotional involve tu amat ketara main yang board version. Walau yang electronic version pon boleh main ramai orang tapi suasana auction, influencing others, surrounding pressure tu mmg tak sama. Ini adalah kelebihan yang amat ketara dan merupakan pembelajaran penting dalam pengurusan kewangan.

Kelebihan ke-4, kita yang kawal game speed. Lagi terer kita wat deal, account update, lagi cepat dan lagi best game tu jadik. Bagi yang pernah main electronic version, taulah korang bertapa jenuh nak menunggu turn (tanpa buat apa2)..

Kelebihan ke-5, kita boleh pilih perkerjaan dan financial status kita malah kalo nak customize utk diri sendirik pon boleh. Secara general, option yang ada, kalo gaji besar perbelanjaan dia pon besar jugak. Kalo kita nk buat kita punyer profil sendirik pon boleh, kalo saya punyer gaji kecik tapi expense besar. Hahak. Lagi best kan sebab kita boleh guna data yang betul pasal diri kita dan tgk simulasi, boleh tak kita jadik financially freedom.

Kelebihan ke-6, kita boleh ubah cara main yang kita rasa lebih sesuai dengan suasana kita. Contohnya bank lebih demanding. Pastu instead of bayar lump sump utang kita leh banyar ansuran. Yang mana lebih menyerupai konsep sebenar yang kita amalkan kat luar. Tentuya dia nya akan jadi lebih komplek dan susah.. tapi lagi best apa. Dan semua benda ni tak boleh buat kalo main electronic version. Banyangkan, utang ngan bank tapi tiap2 bulan asek bayar interest jek. Kalo nk setel pokok, kena banyar lump sump. Apapun, itu worst case scenario la kan. Itu pon dah bleh kuar dari rat race apa.. :-)
Kelebihan ke-7, boleh makan best. Hahak.. Ini bagi yang pegi bengkel tu jela. Kalo kat rumah masak sendirik la ye…

Buat masa ini, itu je dulu yg saya boleh highlightkan. Kalo nk cerita kelebihan main game Cash Flow tu sendirik mmg banyak la, dari segi konsep aset dan liabiliti, cashflow, good debt & bad debt, investment tools dan macam2 lagi yang boleh belajar lah. Banyaaak sangat. Saya amat sarankan main game ni. Dan sape nk main kat BJ office tu ajak la saya skali ye.

Pengumuman: Kepada member yang saya pernah bagi CashFlow electronic version tu, saya dlm proses mendapatkan bantuan profesional utk membetulkan CD tuh. Heh..  Mintak sorii banyak2 atas kesilapan lalu..

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

12 Comments |

Tag Pelaburan

Salam pertemuan,

Semalam saya telah di tag oleh En. Aku dgn menyebarkan pelaburan yang pasti menguntungkan. Kata En. Aku pelaburan ni dijamin untung 100%. Saya rasa lebih tepat untung 700000%. Jom pakat2 melabur.

http://www.qistina.org/donate

Saya nak share ilmu yang saya perolehi masa attend seminar Dr. Azimuth. Pesan Dr. Azimuth, sebelum keluar berniaga ambik duit RM1 letak dalam satu tabung yang dikhaskan untuk didermakan. Kemudian berniatlah dan berdoa kepada Allah bahawsanya kita telah pon mengeluarkan sebahagian daripada harta seperti yang telah dituntut oleh nya.

Saya rasa, tak kira apa yang kita buat untuk carik rezeki, berniaga pasar malam ke, trading online ke ini adalah satu amalan yang sangat bagus. Yang dapat untung tu pulak kira lain la kan. Nnti ada pulak dah kira derma dah awal2 tadi, rezeki banyak pastu dah tak kira dah. Apapun, semuanya terpulang pada individu. Bagi yang dah selalu amalkan, apa kata dana tabung utk bulan ni di salurkan ke pelaburan ini..

Tag kali ni saya tujukan buat kawan saya:

Heh..kira first time tag orang. Tag asal boleh rujuk disini.

Sehingga bersua lagi..

-Fuad-

9 Comments |

Siapa Belanja lebih?

Salam pertemuan,

Arini saya nk borak kosong pasal nafsu berbelanja. Ada orang kata orang kaya ni berbelanja lebih dari orang tak berapa nk kaya. Dulu, saya pon beranggapan demikian. Orang kaya ni semua berajakan nafsu. Mata duitan. Tapi setelah berpuluh2 bijik buku saya baca pasal so called kekayaan dan pemerhatian saya sendiri pada orang yang berduit. Sebenarnya orang yang kaya ni jauh lebih jimat dari orang yang kononnya tak nk kaya sebab tak nak jadi metarealistik.

Buku pertama (yang saya betul2 take serius nk belajar pasal menjana pendapatan) ialah buku Azizi Ali, Milionaire In Me. Perkara asas untuk jadik kaya ialah menyimpan. Ya..tepat sekali. Bukan berbelanja. Jadik orang yang tak nak kaya ni pon tanak la menyimpan. Sebab bila menyimpan nnti banyak duit. Pastu bila banyak duit dah kaya. Bila dah kaya kena keluarkan zakat. Jadik baik habiskan duit dgn beli macam2. Kereta gempak, perabot gempak, makan best2 tak ingat, dan semestinya semua itu tak diwajibkan zakat. Lepasss dari bayar zakat. Untung ya tak jadik kaya.. ;-) Siapa ye yang metarealistik sekarang?

Pemerhatian saya pada orang yang berduit (merujuk pada orang yang carik sendirik duit dia dgn jujur, orang yang rembat duit bapak tak kira, orang yang sanggup buat apa saja tak kira halal haram untuk kaya pon tak kira), setiap perbelanjaan mesti dia rekod baik2, dan dia akan carik kedai yang paling murah utk berbelanja dan berbelanja bila perlu sahaja. Dia akan simpan duit dia semaksima mungkin. Duit yang ada dilaburkan pada tempat yang betul.

Bagi orang kebanyakkan pulak, termasuk jugak saya, dapat gaji belanja. Yang lebih2 tu baru simpan. Itupon kalo ada yang lebih la kan. Kalo jalan2 nampak baju cantik sket, alaa..bukan selalu beli baju, angkat. Datang salesman bodek2 sket, terus jalan.. Istilah yang Robert Kiyosaki pakai, one check pay away from broke. Kalo ilang kerja arini, entah brapa lama jek boleh survive, maklumlah takda duit simpanan.

Jadik, selagi kita tak leh control nafsu berbelanja kita tak leh menyimpan. Selagi tak leh menyimpan, tak da modal untuk melabur. Kalo kita takda pelaburan, terpaksalah bergantung kat anak2 bila derang besar nnti. Itupon kalo ada anak dan anak tu pulak tak boros macam kita. Jika diletakkan orang kaya dan orang tak berapa kaya kat shoping coomplex, kita boleh tgk siapa yang belanja lebih (kalo di bagi duit yang sama banyak). :-P
Berbelanjalah dengan bijak.. Pesan utk diri saya sendirik.

Nota: Cuak gak saya bila nk isi borang PFF (Personal Fact Finder) untuk set appointment ngan En. Aziz. Saya dah rasa diri ni dah cukup kedekut dah, tapi nampak macam teruk sangat jek financial statement tu. Guideline En. Aziz, paling teruk tak ingat pon kene simpan 40% daripada pendapatan. Saya punya..huhu..sedey nk crita.. :-(
Sehingga bersua lagi..

-Fuad-

6 Comments |

Macam-Macam

Salam pertemuan,

Gambar entry tiada kene mengena dgn entry hari ini. Rasanya baru jek beli PC dgn dual core processor, dah kuar quan plak. Tak sempat nak berlagak dah kuar lagi lagi power. Adeiii…

Alkisah…

You know Fuad, you have very nice nose” - Madam Tan

“Erk..” Tak tau nak ckp apa.

We chinese believe on face reading. And face like you is indicate you will be rich and successful man. And plus you are born under year of monkey. The most powerful god for buddhist. Even the king of God connot control him” - Madam Tan.

“Yeah. I know him. Sun Wukong.The monkey god” Hampeh. Baru perasan jap. Ingatkan nak kata hensem. Baik jadik hensem yang miskin dari kaya yang tak hensem. Hahak. Face reading? Dan dan la ko face reading. Karut marut.

Auntie.. How about me?” Atieh si awek Iran merengek manje pastu wat muka comel sambil diperhatikan oleh Madam Tan. Saya, tumpang usha.

“You are very smart and bright girl” - Madam Tan wat muka serius. Saya dalam hati “Adui sume yang bagus2 jek.”

Nota: Si Madam Tan seorang yang berpengalam dalam sales. Dan orang sales mmg mulut manis. Tapi sampi arini dia tak bayar2 lagi utang saya. Hampeh tol. Dan awek Iran tu adalah orang Syiah. Kechewaaaa.. :(
Nota2: Awek Iran tu pernah bagitau saya, orang Islam kat Malaysia ni tak cukup ‘religious‘. Malu jugak den.

Crita laen plak…….

Dalam 2 minggu lepas, dah 2 orang sms saya dan salah nombor. Sorang cikgu dan sorang akauntan. Yang menarik ialah si akauntan tu tersilap nombor member dia tup2 rupanya dia sahabat pada seorang yang bekerja di tempat yang sama dengan saya dan jugak adik kepada kawan saya. Buat saya terpikir pasal Six Degree of Separation Theory. Dan mengikut katanya, dah beberapa hari dia dok terpikir nk kol kawan dia ni dan last2 boleh tersalah numbor saya. Seorang yang sama satu tempat kerja. Ya.. Kebetulan. Tapi saya tertarik gak ngan Law of Attraction yang Fiq cite. Apa yang kita fikir akan mempengaruhi seluruh alam semesta. Mungkin kuasa minda dan fokus si Akauntan tu kuat sampai dia seolah2 tanpa sedar mencari connection dengan sahabat nya tersebut. Saya masih tercari2 maklumat pasal law of attraction nih.. Tapi ini hanya theory semata2. Terpulang.. Bagi saya ianya sesuatu yang menarik utk diketahui.

Abes Crita….

Hari Sabtu ni saya ada exam nak jadik ejen Takaful. Wish me luck.. :-P Hari Ahad plak ada bengkel Cashflow kat UKM. Tak sabar nih nak pegi lepak ngan otai2 financial. Harap boleh banyak belajar dan menuntut ilmu. Temu janji ngan En. Aziz Ibrahim (Financial Pllaner Otai Malaysia) jatuh hujung bulan 6. Insya Allah lepas appointment tu, ilmu yang saya dapat akan di kongsi bersama. Rumah saya kat Nilai dah pasang segala kelengkapan. Bersedia utk di diami. Iklan jap: Sape2 dok area2 Nilai tu nk sewa rumah best silalah contact saya. Saya boleh bagi deal paling best kat area tu.. (Tgh terdesak carik tenant..Huhu). 26-28hb ni ada Majlis Konvo kat UiTM Shah Alam. Ada sape nak wat bisness tak?

Sehingga bersua lagi..

-Fuad-

8 Comments |

3 Dalam 1

Salam pertemuan,

Alhamdulillah..di lapangkan jugak masa saya nk mencoret sesuatu kat blog hari ni. Arini nk crita pasal 3 perkara yang saya belajar melalui medium yang berbeza tetapi memberi mesej yang sama. Strong indication utk saya bertapa pentingnya pemahaman yang cuba di sampaikan. Masa saya pegi bengkel Aziz Ibrahim, Saudara Faisal (moderator majlis) ada menyentuh bertemunya peserta dgn bengkel tersebut adalah kerana pencarian kepada penyelesaian masalah kewangan. Saya bersetuju sebab bila saya tanya budak UTM yang mana bengkel tersebut pernah diadakan pon, derang tak pernah dengar pon kewujudan bengkel ni. Maksudnya..hanya orang yang mencari penyelesaian masalah kewangan jek sedar kewujudan bengkel seumpama ini. Saya wonder brapa ramai budak UKM tahu kewujudan bengkel Cashflow hujung minggu ni kat UKM ;-)
Kesimpulan: Kita akan menjumpai sesuatu jika kita mencarinya..

Sedikit input dari buku Big Bucks, dia menceritakan otak kita ada penapis. Penapis ni akan reject semua maklumat yang tak dirasakan penting pada kita tetapi maklumat tersebut masih tersimpan kat minda separa sedar (subconcious mind). Contoh yang di bagi, seorang ibu yang tidur nyenyak takkan terjaga bunyi bising remeh temeh tapi bila anak dia batuk sket je dia terjaga. Otak telah menapis maklumat2 yang tak penting dan buang. Oh! Selamat hari ibu utk ibu2 seluruhnya. :-D
Jadik, selagi sesuatu benda tu tak cukup penting pada kita, kita takkan cari sesungguh hati dan tak kan jumpa.

Tiga benda yang saya nk cerita ialah:

  1. Tempat keje saya mengadakan ceramah bertajuk “Keberkatan Dalam Rezeki”
  2. Saya baca buku “Saya tidak Mahu Kaya, Tapi Harus Kaya”
  3. Saya baca buku “Big Bucks”

Saya nk ambik satu pengajaran jek dari setiap peristiwa tersebut yang semuanya memberikan mesej yang sama. Ustaz menerangkan beza atara “Hidup” dan “Kehidupan”.

Hidup ditafsirkan pada ‘what we get’. Kita dapat hidup kalo dapat makan, dapat kawen, dapat berhibur dan dapat bermacam2. Manakala kehidupan ditafsirkan pada ‘what we give‘. Kita hanya mendapat kehidupan bila kita beri kasih sayang, beri penghormatan, beri bantuan dan sewaktu dengan nya. Bagi pelempang x masuk kot. Kagumnya saya, dalam buku Big Bucks, perkara yang sama di ceritakan oleh Ken Blanchard. Setelah diceritakan tiga perkara penting nak banyak duit, dia cerita plak bertapa pentingnya mempunyai nilai kehidupan.

Setelah dapat rekemendasi dari blog Linn, saya dapatkan buku “Saya Tidak Mahu Kaya, Tapi Harus Kaya”. Saudara Gym ceritakan dengan detail jenis2 kekayaan yang harus di miliki oleh Umat Islam. Buat masa ni saya x nk ulas detail sgt nnti jadik panjang. Buat mereka yang berminat leh rujuk blog Linn.

Pengajaran yang cuba saya simpulkan ialah:

  1. Pastikan apa yang kita nk betul2 penting pada kita. Contoh, kalo nak kaya betul2 pastikan yang penting sgt jadik kaya. Seolah2 nya kalo tak kaya, kita dah hilang salah satu cara memperjuangkan agama Islam.
  2. Sejajar dengan mencari hidup, kita kena mencari kehidupan malah itulah yang lebih utama
  3. Apa yang kita nak, kita mesti mencarinya. Jangan tunggu jek. Pandailah bezakan antara cita-cita dan angan-angan.

Saya dok borak ngan sorang member yang tiba2 crita pasal kawen . Soklan sensored sket, bila ditanya ada cita2 nk kawen lebih satu tak. Saya ckp angan2 adela. Tapi bila ditanya pasal nk jadik kaya, saya akan ckp itu cita2 saya. Bezanya, selagi dia angan2, saya tak kan berusaha sedikit pon utk mencapainya. Tapi jika itu cita2 maka saya akan berusaha utk mendapatkan. Soklan saya berapa ramai yang berangan nk jadik kaya bukan bercita2 nk jadik kaya.?

Begitulah berapa ramai yang berangan nk kawen lebih dari satu berbanding yang bercita2 atau memang tak terpikir pon? Hahak. Persoalan sensitip tuh. Ek enaaa, Jangan kelentong laaaa… ;-)
Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

7 Comments |

Kursus Intensif Kewangan Islam

Salam pertemuan,

Tak sempat nk mencoret sesuatu di blog lantaran PC di serang virus. Namun kesempatan yang ada ni nk kongsikan maklumat yang diperolehi oleh seorang kawan. Sedihnya saya tak dapat pergi sebab kena hadiri majlis perkahwinan member2.. Apapun.. Layanzzz….

Tajuk : Kursus Intensif Kewangan & Perbankan Islam ( Khas & Dipermudah Bagi Orang Awam )

Anjuran: Pusat Pengajian At-Tibyan.

Tempat: Dewan Seminar, Masjid As-Syakirin KLCC

Tarikh & Masa: 2 Jun 2007 ( Sabtu ) bermula dari jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang

Yuran:
RM 100 ( Korporat dan institusi)
RM 80 sahaja ( Awam )
RM 50 sahaja (Pelajar Sarjana Muda ke bawah)
Untuk pengetahuan pembaca, menurut kebiasaan di Malaysia, yuran kursus kewangan sebegini dianggap amat komersial dan yuran paling rendah adalah di sekitar RM 150-200 ( bagi satu sesi dalam beberapa jam) dan yang paling tinggi adalah sekitar RM 20,000 seorang untuk satu kursus 3-4 hari dengan topik dan isu yang hampir sama malah adalakalanya lebih ringkas.

Justeru harga sebegini adalah khas untuk memudahkan masyarakat Malaysia di samping kos-kos kertas kerja, dewan dan makanan. Tiada sijil disediakan kerana kursus ini lebih cenderung kepada penyebaran ilmu untuk amalan sendiri sahaja, dan tiada peperiksaan.

Pembayaran yuran mestilah dibuat sebelum kursus. Pembayaran semasa kursus tidak dibenarkan.

Pembayaran boleh dibuat menggunakan ‘bank in’ melalui internet banking atau di kaunter bank dan sebagainya ke akaun :

  1. Bank Islam Malaysia Berhad ( 14041010047603 ) atas nama Pusat Pengajian At-Tibyan
  2. Maybank ( Wadiah ) - ( 164017071347 ) atas nama Zaharuddin Abd Rahman

Pendaftaran: Sila hubungi 019-6096 117 , 017-681 7810 , 019-388 5486 atau atau email ke tibyan2006@gmail.com

Pendaftaran ditutup pada 29 Mei 2007

Pembentang: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

  • Bekas Konsultan Shariah, Ingress Corporation Bhd
  • Bekas Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad
  • Ketua (Pengurus Kanan), Jabatan Shariah, Asian Finance Bank Berhad (anak syarikat Qatar Islamic Bank- Sekarang)
  • Kolumnis mingguan bagi ruangan Shariah (An-Nur) di akhbar METRO AHAD.
  • Kolumnis dan editor, Majalah Iktisad

Kelulusan Pembentang:

  • B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
  • M.A, Shari’ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan
  • Tawliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Rujukan pmwp/600/2 klt.6(138)

Kandungan Kursus Lengkap
BAB PERTAMA : HALAL & HARAM DALAM KEWANGAN
BAB KEDUA : INTRODUKSI KEPADA ILMU FIQH MUAMALAT

BAHAGIAN PERTAMA : KAEDAH ASAS DALAM FIQH MUAMALAT

BAHAGIAN KEDUA : KONTRAK-KONTRAK DALAM MUAMALAT ISLAM

BAHAGIAN KETIGA : RUKUN & SYARAT JUAL BELI DALAM ISLAM

BAB KETIGA : UNSUR DAN ELEMEN HARAM DALAM KEWANGAN
BAB KEEMPAT : RIBA DAN HUKUMANNYA

BAHAGIAN PERTAMA : PENGERTIAN RIBA

BAHAGIAN KEDUA : JENIS RIBA

BAHAGIAN KETIGA : HUKUMAN RIBA DALAM ISLAM

BAHAGIAN KEEMPAT : RIBA DAN BENTUKNYA DALAM KONTEKS SEMASA

1. RIBA DALAM PINJAMAN RUMAH, KERETA, PERNIAGAAN

2. RIBA DALAM AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN.

  • Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).
  • Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
  • Akaun Islam : Simpanan (Wadi’ah)
  • Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung)

3. RIBA DALAM KAD KREDIT

  • Kad Kredit Bank Islam
  • Penggunaan Kad Kredit dan Hukumnya

4. RIBA DALAM INSURAN KONVENSIONAL

5. RIBA YANG BERLAKU DALAM JUAL BELI PERHIASAN EMAS DAN PERAK

  • Jual barang kemas (emas) dengan secara ansuran
  • “Trade in” barangan kemas (emas)

BAB KELIMA : GHARAR DAN JUDI

BAHAGIAN PERTAMA : PENGERTIAN GHARAR & DALIL PENGHARAMAN

BAHAGIAN KEDUA : JENIS GHARAR & TEMPAT BERLAKUNYA

  • Tempat-tempat Berlaku Gharar
  • Contoh-Contoh Gharar

BAHAGIAN KETIGA : GHARAR & JUDI DALAM BENTUK SEMASA : PERTANDINGAN

BAB KEENAM : PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM & KONVENSIONAL

BAHAGIAN PERTAMA : HUBUNGAN PERBANKAN ISLAM DAN ILMU SHARIAH

BAHAGIAN KEDUA : TUGASAN MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

BAHAGIAN KETIGA : PENGESAHAN HALAL PERBANKAN ISLAM & TAKAFUL

BAHAGIAN KEEMPAT : PRODUK PERBANKAN ISLAM

  • Jual Beli & Sewa
  • Pelaburan Mudarabah dan Musyarakah

BAHAGIAN KELIMA : CONTOH DAN BENTUK PRODUK KEWANGAN ISLAM

  • Pembiayaan Perumahan, barangan Industri secara Murabahah
  • Pembiayaan Istisna’ (untuk rumah atau bangunan dalam pembinaan )
  • Komiditi Murabahah

BAHAGIAN KEENAM : PRODUK TAKAFUL (INSURAN ISLAM)

  • Takaful Model Wakalah dan Tabarru’
  • Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

BAB KETUJUH : PERNIAGAAN & KERJAYA SEMASA

BAHAGIAN PERTAMA : PEGUAM & PEGAWAI PEMASARAN

BAHAGIAN KEDUA : PENIPUAN DALAM PENDAPATAN HARTA

BAB KELAPAN : ISU-ISU BERKAITAN PERBANKAN ISLAM & TAKAFUL

BAHAGIAN PERTAMA : MODAL BERCAMPUR PERBANKAN ISLAM & TAKAFUL

BAHAGIAN KEDUA : PERBANKAN ISLAM MAHAL DAN ZALIM

BAHAGIAN KETIGA : PERTEMBUNGAN KEPENTINGAN AHLI SHARIAH

BAHAGIAN KEEMPAT : TERIMA LOGO ‘HALAL’ ATAU ‘ISLAM’ TANPA KAJI

BAHAGIAN KELIMA : UBAH LAFAZ AQAD UNTUK HALALKAN RIBA

BAHAGIAN KEENAM : PINJAMAN KAKITANGAN & KETERPAKSAAN

BAHAGIAN KETUJUH : KESILAPAN DALAM IMPLEMENTASI ‘QARDUL HASAN’

BAB KESEMBILAN : HARTA HARAM & CARA PENGURUSANNYA

BAHAGIAN PERTAMA : CARA MELUPUS

BAHAGIAN KEDUA : SEDEQAH DENGAN HARTA HARAM

BAHAGIAN KETIGA : HARTA HARAM UNTUK MEMBINA MASJID

BAHAGIAN KEEMPAT : HARTA HARAM DIBERSIHKAN DENGAN ZAKAT

BAB KESEPULUH : HUTANG DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM
BAB SEBELAS : ISU SHARIAH DALAM MLM

BAHAGIAN PERTAMA : PARA ‘USTAZ’ DAN MULTI LEVEL MARKETING

BAHAGIAN KEDUA : PENGERTIAN MLM

BAHAGIAN KETIGA : BEBERAPA KERAGUAN SHARIAH DI DALAM MLM

BAHAGIAN KEEMPAT : SYARAT MINIMUM BAGI MLM

BAB KEDUA BELAS : BEBERAPA PELABURAN SEMASA

BAHAGIAN PERTAMA : PELABURAN SWISS CASH

BAHAGIAN KEDUA : ABB FUND, EAINDEX DAN WINLIFUND

BAHAGIAN KETIGA : PELABURAN DINAR IRAQ

Tentatif Program:

07.30 pagi : Pendaftaran peserta
08.30 pagi : Diskusi Topik 1
10.30 pagi : Sesi Soal Jawab
11.00 pagi : Rehat dan Minum Pagi
11.30 pagi : Diskusi Topik 2
12.30 tgh : Sesi Soal Jawab
01.15 tgh : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari
02.15 ptg : Diskusi Topik 3
03.30 ptg : Sesi Soal Jawab
05.00 ptg : Kursus Tamat

******************* IKLAN TAMAT *********************

Sape2 yang pegi2… tulun share ye… Harap sangat2 sape leh kongsi ilmu yang bermanfaat nih.

Sehingga bersua lagi…

-Fuad-

6 Comments |