Salam pertemuan,
Kali ini saya nak mengishtiharkan penemuan terbaru saya. Satu teknik membaca yang baru saya eksperimentasikan. Saya namakan Hukum Fuad Ketiga. Hahak
Dia buat perangai daahhh..
Hukum Fuad Ketiga menyatakan, membaca lebih dari satu buku dalam bidang / genre yang berbeza akan menambahkan lagi tumpuan dan penghayatan pembaca.
Okeh, apa yang menyebabkan saya merumuskan sedemikian? Seperti yang anda maklum (kalo tak maklum, saya nk bagitau nih) saya sekarang telah menjadi salah seorang ahli kelab penganggur Malaysia. Percayalah, memang best jadik penganggur. Boleh buat apa saja tak kira masa.
Maka, banyaklah masa terluang saya utk buat apa saya. Salah satu misi saya ialah menghabiskan buku2 yang blom abes di baca lagi. Dalam eksperimen ni saya pakai 4 bijik buku iaitu:
- Investing in KLSE Stocks & Futures with Japanese Candlestick Charting Techniques karya Fred K.H. Tam (Asal la wat tajuk buku panjang2 sangat)
- Master Your Mind, Design Your Destiny karya Adam Khoo
- Prophecy karya Robert T. Kiyosaki
- La Tahzan karya Dr. ‘Aidh.
Kaedah dia, saya baca buku ini mengikut turutan di mana setiap kali abes satu topik / chapter saya tukar baca buku yang berikutnya.
Hasil Eksperimen:
Otak fresh2 start ngan buku teknikal Fred Tam ni ok la, leh absorb banyak2. Gedebak gedebuk pasal chart. Orang tergantung la, tukul la, lilin panjang yang botak, tahi bintang, doji batu nisan dan bermacam nama pelik suma ada. Dah otak rasa panas sket dok menghadap benda teknikal, tukar buku Adam Khoo plak.
Kira semangat berkobar2 jugakla baca kehebatan kuasa minda, wat goal setting sume. Dah tu tukar buku Robert Kiyosaki plak. Ni kira asek kene hentam ngan pak cik ni. Tak cukup ilmu jgn berangan nak kaya apa sume kena bambu kat Si Robert nih. Then, baca La Tahzan. Sejuuuuukkk jek hati. Permainan emosi sebegini pada saya memberi impak yang lebih. Anda bagaimana?
Hukum Fuad Ketiga - Satu alternatif kepada teknik membaca yang lama iaitu baca kejap rehat kejap. Kira otak sentiasa aktif tapi dari pelbagai sudut, otak kiri dan kanan berfungsi. ![]()
Iklan: Saya ingin menjemput anda semua menjengah Kelab Buku Bicara Jutawan. Meriah2 kanlah kelab buku tersebut. Kalo ahli kelab ramai boleh kita wat get togather-gather, berkelah sambil bincang pasal buku kat air terjun ke pantai ke. Heheh.
Rujukan lain yang takda kene mengena:
Hukum Fuad Pertama
Hukum Fuad Kedua
Sehingga bertemu lagi…
-Fuad-





Pada suatu hari, datanglah seorang sahabat melepak2 dalam bilik saya. Sambil2 kami dok borak2 dan merapu dia membelek2 satu persatu buku dalam rak buku saya.
Best jugak jadi penganggur ni ye.
Selamat datang ke blog baru saya. Kandungannya sama cuma ada sedikit perubahan pada domain name. Hakikatnya ini adalah blog yang sama dari segi pengisian nya. Tercetusnya pemilikan nama domain ini adalah gugusan cadangan En. Syazwan (
Semenjak dua menjak ni sume orang dok tanya.. Aik.. Ada lagi? Aduh2.. Terasa macam suma nk halau jek. Sepatutnya hari ini adalah last day saya. Namum kerna baik hati, sambung sampai ari jumaat. Padahal ganti cuti minggu lepas. 

