RSS
people

Malaysia Bodoh..?

Salam Pertemuan,

That’s not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid). Ini adalah petikan kata2 model entry hari ni, Michael Backman. Seorang pakar ekonomi Asia yang menjadi kolumnis majalah2 ekonomi Asia dan jugak menulis beberapa buku berkaitan ekonomi Asia. Untuk rujukan penuh artikel dari mana petikan diatas di ambil, boleh rujuk di sini.

Sekali baca memang bengang gak. Main kutuuk sesedap hati secukup rasa jek. Namun bile baca berulang2 kali, mungkin ada benarnya jugak yang tersirat disebalik kutukan berbisa nih. Terpulang pada anda untuk menilai.. :-)
Slot Khabar Angin

Hari ini, saya ‘ter’berborak dengan seorang brader pasal business. Katanya terdapat sumber baru bagi mendapatkan modal perniagaan bagi orang yang betul2 serius berniaga. Caranya ialah mengambil income tax sesebuah syarikat dan di tukarkan menjadi pinjaman. Tapi syaratnya pada pendapat saya tersangatlah sukar nk dipenuhi. Syarikat tersebut mestilah mempunyai kadar income tax sebanyak 1 juta. Fuhh.. kalo income tax pon dah 1 juta, keuntungan dia musti berjuta2 lemon punyer. Apapun, kalo sape2 ada syarikat atau syarikat member yang tiap2 tahun bayar cukai 1 juta kat LHDN, boleh la contact saya. Nnti saya boleh slow talk ngan brader tu untuk dapat potongan cukai (yang dipotong tu jadik modal saya wat business… hahak ;-) )

Slot Sembang tak Ingat…

Tengah ari tadi saya pegi singgah kat Maxis center. Pastu ter’ayat’ plak oleh amoi salesgirl tu. Maka saya keadaan emosi yang separuh sedar telah menyain borang Maxis Wireless Broadband. Huhu.. Katanya kalo 30 ari try tak puas ati boleh return balik tak yah bayar apa2.. Maka saya pon terpancinglah dengan teknik2 sales derang. Minggu depan bleh try tulih blog kat rumah plak.. Best2.. :-) Harap2 ada masa untuk itu… 

Malam ni kene stay-up lagi.. uh uh.. Sape ada lagu2 syahdu sket nk pasang malam ni kat Lab..

-Fuad-

12 Comments |

5 Benda Macam-Macam

Entry kali ni saya ingin balas tag dari Fiq.. Saya dah janji nk jawab tag ni.. Huh.. Curik masa jap.. Di saat kepala yang tgh bingung dan kelopak mata dirasakan berat..

Saat ini Jam komputer menunjukkan 2:59 pagi. Saya baru kuar lab.. Dari petang tadi dok menggodek2 osiloskop tapi tak kuar2 gak signal yang diharapkan. Si Algojo Jepon itu dengan rakus jugak mahu report testing ni di present esok.. Apa mau lagi hendak diusahakan.. Tukar probe, tukar power supply, tukar IC, tukar housing, tukar codewheel, tukar connector, sume dah tukar dah..tinggal tak tukar boss ngan tukar kerje jek lagi.. Adush2…

Sekarang dalam senarai pembuli dah bertambah kepada 3 orang. Ini adalh kes yang paling pelik berlaku. Bila sorang bos mempunyai 3 orang pekerja adalah perkara biasa, tapi macam mane plak bile sorang pekerja ada 3 orang bos..? Pelik kan.. Tapi ketiga3 boss ni tak reti2 nk consider setiap orang ada 24 jam sehari… dan aloo boss… I had been paid to work 8.00 am to 5.30 p.m. Did you ever notice that? Hahahak.. Sesi melepas tensen…

En Aku… Aku dah wat balik dah.. hahak.. Sori2… Sila ignore entry kali ini.. Hahak.. :-)
Saya ada sidrom yang agak pelik.. Apa bile saya rasa tensen saya akan cuba gelak. Walau tadi contractor menghantar demo yang tak berapa menjadi.. Bila dia balik, terasa geli hati plak projek ni tak menjadik.. Sekarang pon rasa nk tergelak gak kerja ni tak menjadik lagi.. Actually bila memandang sesuatu perkara tu adalah salah diri sendiri dan gelakkan diri sendiri yang tak buat kerja elok2… ketensenan akan berkurang.. So, pengajaran nya apa2 yang berlaku aggaplah kesilapan diri sendiri.. Dan lenkali jangan lupa buat lagi.. ;-)
Menjawab tag pasal 5 bende….

5 Perkara Bila Jadi Jutawan.

  1. Brenti jadik kuli..
  2. Pastikan hutang sendirik dan famili settle semua
  3. Jadi Petani
  4. Tubuhkan Yayasan
  5. Tunaikan impian orang lain

5 Tabiat Buruk

  1. Suka bertangguh
  2. Susah nk istiqamah
  3. Kurang fokus pada benda yang tak minat
  4. Over confident pada benda yang tak sepatutnya di over confident kan…
  5. Ikut ati sendirik jek bila tgh weng…

5 Perkara Benci Lakukan

  1. Bila tak dapat penuhi permintaan orang
  2. Terpaksa buat kerja time takda mood
  3. Membuat kerja yang tak tahu hujung pangkalnya dan kenapa ia perlu buat…
  4. Mintak tulun dengan orang yang tak ikhlas nk tolong
  5. Swipe credit card pastu nyesal…

5 Perkara yang Tak Akan Dilakukan

  1. Menduakan kekasih yang sejati (Ar-Rahim)
  2. Menjatuhkan maruah Mak Ayah
  3. Membinasakan hidup orang lain
  4. Makan ‘kobo’ pendek dan sewaktu dengannyer..
  5. Menidakkan hak seorang sahabat…

5 Perkara Menyesal Lakukan

  1. Tak belajar Islam sebaiknya dari awal
  2. Tak ambik tahu pasal perniagaan dari awal
  3. Mengutuk seorang kawan (sekarang dah lost contact nk mintak maaf)
  4. Main game / sembang / marathon CD sampai pagi pastu subuh gajah..
  5. Bukakan hati untuk wanita..

5 Permata Hati

  1. Mak Ayah
  2. Adik-beradik
  3. Sahabat
  4. Sedara terdekat
  5. Simpan satu lagi slot….

5 Tempat Yang Disukai

  1. Tempat yang sunyi tatkala mencari ketenangan
  2. Tempat yang penuh dgn manusia tatkala menilai kehidupan
  3. ‘Pejabat’ tatkala hajat perlu ditunaikan ;-)
  4. Di rumah… selamanya…
  5. Bukan di opis… Nak2 time keje tahap stress menggunung.. Hahak

5 Saat Penuh Bermakna

  1. Saat memeluk Mak
  2. Saat cium tangan Ayah
  3. Saat kelahiran adik2..
  4. Saat perkene Ayah time result SPM..heh..
  5. Saat perlukan teman.. dan ditemankan…

5 Benda Yang Disukai

  1. Game
  2. Anime & Movie
  3. Martial Arts
  4. Mee kuah Mak..
  5. Buku

5 Perkara Tentang Diri

  1. Rabun
  2. Tak suke jadik kuli
  3. ‘Hantu Mee’.. gelaran mak bagi..
  4. Pakai berus gigi hardness M
  5. Hero komik paling di fanatik “Taichiro - Jengking Merah”

5 Orang Paling Disukai Dalam Blog

  1. Yang menulis dengan ikhlas…
  2. Yang menghargai persahabatan..
  3. Yang menegur tatkala terlupa
  4. Yang menganggap diri ini sahabat walau tak mengenal diri
  5. Yang menjadi diri sendiri dalam setiap penulisan

5 Perkara/Benda Yang Perlu Ada Dalam Rumah Nnti (Kalo ada kemampuan)…

  1. Bilik bacaan / Home office
  2. Bilik ibadah
  3. Bilik hiburan, home theater
  4. Gym and Swimming Pool
  5. Bilik2 asas yang lain..

Sekian… Nak balik bongkang lak… Esok pepagi miting… Nekad tak nk contribute ape2 dalam miting.. Nganga jek…

-Fuad-

10 Comments |

Dikesempatan itu…

Salam pertemuan,

Semalam saya terbaca satu terjemahan yang menarik minat saya untuk diperbincangkan dalam entry kali ni.

    “Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” - Al-Imran, Ayat 174.

Terjemahan yang saya baca (Al-Quran Al-Karim wa tarjamahu maknawiyah ila Al-lughatul Al-Indonesiah) menjelaskan ayat ini bercerita perihal kisah Badar As-Sughra. Sebetulnya saya tidak benar2 mengetahui cerita penuh Perang Badar Kecil. Ceteknya ilmu saya ini, saya hanya mengetahui terdapat Badar Al-Kubra dan Badar As-Sughra. Kisah Badar Al-Kubra memang selalu diperdengarkan apatah lagi bila tiba Ramadhan yang mulia. Mungkin kisah ini kurang femes ditambah pulak dengan kekurangan usaha saya mendalami ilmu sebegini. Namun setelah saya buat carian di internet, saya tak jumpa satu pon kisah Badar As-Sughra. Saya juga bertanya beberapa orang namun rata2 mengatakan pernah dengar tapi tak pasti kisah penuhnya.

Jadi, saya amat mengharapkan jika ada dikalangan sahabat yang dapat memberikan rujukan perihal Badar As-Sughra. Secara ringkas turutan peristiwa sebagaimana yang saya cedok dari buku terjemahan diatas.

Abu Sufyan dengan konfidennya menyatakan dia bersedia untuk perang Badar (setahun selepas Perang Uhud). Pada tahun itu (4H) ialah musim pacelik* dan Abu Sufyan berasa takut. Lalu dia menyuruh Nu’aim Ibnu Mas’ud pergi menakut2kan kaum muslimin dengan cerita bohong kononnya Orang Quraisy dah bersedia berperang dengan bilangan yang sangat ramai. Namun kaum muslimin tidak gentar dan tetap yakin dgn bantuan Allah (boleh rujuk Al-Imran, Ayat 173 utk kisah pembohongan ni). Bilapada orang Islam pergi untuk berperang, orang quraisy yang penakut itu tidak kunjung tiba. Perang Badar tak terjadi ketika itu..

Yang lebih menarik, ketika musim perdagangan itu, kaum muslimin melakukan perniagaan dan memperolehi keuntungan yang sangat lumayan (dirujuk sebagai kurniaan Allah yang besar dimana tidak berperang tapi pulang dengan laba yang sangat banyak).

Apa yang menarik pada saya dengan kisah ini ialah:

  1. Umat Islam ketika itu pandai menggunakan kesempatan yang ada.
  2. Walau persediaan untuk berniaga tiada (mereka hendak pergi berperang) namun dengan apa yang ada mereka teruskan juga berniaga. Hasilnya tetap lumayan besar. (Jangan sebok carik alasan ;-) )
  3. Sesungguhnya kurniaan Allah itu sangat luas bagi hambanya yang tidak gentar dengan para musuh2 Islam.

Seorang sahabat menghantar rujukan menarik tentang ekonomi orang Yahudi yang mengusai dunia hari ini. Lihat disini untuk melihat senarai Yahudi yang menguasai ekonomi dunia. Tak tercabarkah kita dengan kuasa mereka ini?

Kepada mereka yang tahu cerita Badar As-Sughra ni dengan lebih terperinci saya amat2 menghargai pertolongan anda menolong saya mendalami kisah ini. Jadikan mencari & berkongsi ilmu satu amalan hidup kita.. :-P Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

* Mengikut fahaman saya pacelik ni merujuk pada zaman kemerosotan ekonomi. Tapi saya betul2 tak pasti. Kalo sape faham bahasa Indonesia atau orang Indonesia, harap dapat jelaskan maksud musim pacelik.

3 Comments |

Sesuatu Yang Hilang

Salam pertemuan,

Sudah agak lama blog ini tidak diperisikan. Alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan utk melakar sedikit ulasan buku terbaru yang saya baca. Sekadar ulasan yang teramat ringkas.. masa tidak berapa mengizinkan. Insya Allah jika ada perbincangan saya rasa manfaatnya lebih.

Buku bertajuk “Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian” karya Nasnan Jajuli ini saya rasakan mencurah manfaat yang besar buat sesiapa yang menaruh minat tinggi sebagai Usahawan Tani. Saya adalah salah seorang. Setelah menatap buku ini, saya dapat rasakan sudah cukup alasan yang diberikan selama ini. Inilah masanya utk melestarikan impian yang terpendam sedari mula mengenal maknawi ‘cita-cita’.

Namun saya tidak akan berbicara apa yang ada, lebih tertarik pada apa yang tiada. Bagi yang berminat utk mengetahui perihal yang ada, boleh rujuk di website Sabak Agro. Sesuatu yang hilang disini ialah ilmu pemasaran. Sesuatu yang sukar hendak di gali di bumi Malaysia khususnya bagi orang Melayu ialah mempelajari ilmu pemasaran. Saya begitu mendambakan ilmu pemasaran ini. Sebetulnya ilmu memang boleh dicari dengan berusaha mencari melalui pengalaman. Istilah yang digunakan, ‘Learn form Hard-Knock University’. Ilmu yang bila dapat pasti akan diingat sampai bila2 dan dihargai sepenuh hati.

Mengungkap kata-kata seorang Leftenan Kolonel Rejimen Renjer Diraja, ‘Smart people learn from mistakes but it takes briliant people to learn form others mistakes’. Saya masih tercari2 jika ada sebarang rujukan tentang pemasaran yang praktikal di Malaysia. Sampai tika ini, belum ada suatu rujukan yang dirasakan benar2 berhasil. Mungkin seorang yang berpengalaman yang sudi memberi tunjuk ajar kepada pencebur baru adalah suatu yang begitu penting dalam bagi melengkapi kitaran ekonomi perniagaan kaum bumiputra khususnya orang Melayu yang sejak … (ntah bila) menghadapi masalah besar dalam pemasaran.

Saya begitu tertarik dengan forum perniagaan di barat, contohnya Start-up Nation yang menjadi bukan sahaja rujukan muka2 baru tapi sebagai batu loncatan buat para businessman vateran. Saya mengesyorkan, budaya bantu-membantu ini patut dipergiatkan dan moga2 menjadi suatu titik tolak perubahan kearah kemajuan perniagaan di Malaysia.

Forum Jom Niaga dikelolakan oleh saudara Adly mungkin boleh dijadikan asas untuk ini. ( Tolong iklankan ;-) )

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

6 Comments |

Kucupan Mesra

Salam ukhwah buat sahabat,

Masa mengemas2 email2 yang lama tadi saya terjumpa email yang dihantarkan oleh seorang kawan. Perihal kasih sayang. Ingin saya kongsikan untuk renungan bersama. Sesungguhnya hidup ini yang pasti penuh dengan cabaran. Semoga kasih sayang menjadi ubat yang berkesan untuk hati yang keresahan. 

Cerita ini bermula dengan seorang lelaki menghukum anak perempuannya yang berusia 3 tahun kerana membazirkan segulung kertas pembalut hadiah emas. Kewangannya pada ketika itu agak sempit, dan dia menjadi marah apabila anak tersebut cuba membalut sebuah kotak. Namun begitu, budak itu tetap  membalutnya dan membawa hadiah tersebut kepada bapanya pada keesokan harinya. Sambil menghulurkannya, dia berkata, “Ini khas untuk Ayah” Dengan perasaan segan atas tindakannya pada malam sebelum itu, bapanya pun membuka hadiah tersebut.

Namun, dia menjadi lebih marah apabila didapati bahawa kotak tersebut kosong. Lantas dia menjerit kepada anaknya,  “Tidakkah awak tahu bahawa jika seseorang memberi hadiah, dia perlu meletakkan sesuatu dalam kotak itu?” Anaknya melihat kepadanya dengan tangisan yang banyak dan berkata,  ”Oh Ayah, kotak ini tidak kosong. Saya tiupkan kucupan yang banyak ke dalamnya. Kesemuanya untuk Ayah.” Hati bapanya hancur apabila mendengar kata-kata anaknya. Dia memeluknya dan meminta kemaafan daripadanya. 

Tidak lama dari kejadian itu, satu kemalangan telah meragut nyawa anak tersebut. Bapanya masih menyimpan kotak tersebut di tepi katilnya. Setiap ketika dia berasa sedih atau putus asa, dia akan mengambil satu kucupan imaginasi anaknya dan ingat kepada kasih anak yang telah meletakkanya di situ. Sebagai seorang insan, kita memang dianugerahkan dengan satu bekas emas yang dipenuhi dengan kasih yang tanpa batasan dan kucupan sayang daripada anak kita, keluarga, rakan-rakan dan juga Allah. Tiada hadiah lebih berharga daripada ini.

Sehingga berjumpa lagi..

 -Fuad-

21 Comments |

Demonstrasi Akad Nikah

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=HODC0P0UX_A]
Salam pertemuan,

Hari ni saya tak sempat nk tulih entry. Kiranya ni nk curik masa kejap sebelum balik sambil2 nk belajar letak You-Tube kat blog. Terima kasih kat Akirasuri di atas tunjuk ajar beliau. You-tube nih dah lama sangat dah saya dapat. Kira dah basi dah. Jadik, entry ni adalah eksperimen sahaja. Highlight saya pada majlis akad nikah ni:

  1. Statement tok imam, orang islam takleh pakai topi.. hurmm..
  2. Asal pak imam sebut mas kahwin 452.50 kok tapi patutnya 128 kok.
  3. Kedengaran suara pompuan gelak sakan kat belakang. Agak2 pengantin pompuan. Tak patut betul gelakkan bakal suami..Heh.
  4. Akad nikah ngan taklik tu ntah ape2 ntah. Apalah status hukum dia ye…
  5. Kesian pengantin lelaki nk masuk tido kene larang dek pak imam… Hahahahak..
  6. Belajarlah bahasa akad nikah baik2 sebelum majlis akad nikah.. ;-)
  7. Kalo ada vocab tak paham bleh taruk kat komen.. hehe

Okes.. Nk balik dulu.. Tak larat dah menatap monitor nih.. Salam..

-Fuad-

11 Comments |

Membina Empayar Diri

Salam pertemuan,

Bagi yang mengenali diri saya di UTP, saya boleh dikategorikan ‘taik’ game. Heheh. Yang lebih malang game yang saya sangat suka ialah game strategi dan RPG. Berlainan dengan game seperti fighting atau race (archade) yang mengambil masa yang yang pendek, game saya semestinya mengambil masa yang panjang. Memang tak hairanlah banyak masa di buang sia-sia. Jadi.. nasihat saya, jgn jadik ‘taik’ game. Hargailah zaman muda anda.. :-P

Dalam sesuatu permainan game strategi seumpama Red Alert, Starcraft, Warcraft, Age of Empire, Heroes dan sewaktu dengannya biasanya (pengalaman saya) pemain akan mengukuhkan pertahanan dan cuba bertahan. Setelah itu diikuti dengan askar2 disamping mula mengukuhkan ekonomi. Mungkin setiap pemain mempunyai pendekatan tektik yang berlainan namun aspek pertahanan, serangan dan ekonomi memainkan peranan penting untuk menang. Saya percaya dalam sesebuah empayar sebenar pun ketiga-tiga aspek ini penting..

Habis mukaddimah .. ;-) Kalo pembaca bukan peminat game.. memang hancus mukaddimah entry kali ni..  Hari ini saya nk membuat satu ulasan buku setelah sekian lama jugak tak berkesempatan. Mungkin gara2 masa tak cukup nk review balik buku sebelum buat ulasan. Namun dikesempatan ni saya ulas buku yang tiap2 hari saya baca tapi bukan berkaitan perniagaan. Lebih kepada pembinaan empayar diri. Tajuk buku tersebut ialah “Surah-Surah Pilihan” keluaran Al-Hidayah. Buku nipis ini mengandungi surah2 yang sangat penting dalam pembinaan diri. Kandungannya ialah surah Al-Kahfi, Yaasin, Ad-Dukhan, Al-Waqiah dan Al-Mulk.

Laksana sebuah kota yang teguh pertahanannya, Al-Kahfi adalah pelindung yang sangat penting. Yaasin pula adala senjata peperangan yang sangat berguna. Tak kiralah sebagai pekerja, pelajar, pendakwah atau apa saja, khasiat Yaasin memang tiada taranya. Kalo nk dibincangkan khasiatnya memang teramat panjanglah jadinya. Akhir sekali ialah penjana ekonomi atau rezeki. Tidak lain dan tidak bukan surah feveret saya, Al-Waqiah. :-) Nah..sudah lengkap tiga asas kukuh dalam membina empayar diri . Namun ini adalah pandangan saya yang cetek ilmu agamanya. Sebetulnya masih terlalu banyak lagi amalan yang perlu.. Mungkin anda boleh komen..

Sedikit nukilan pasal surah feveret (baca favorite) . Sejak dua menjak ni saya dah mula terpengaruh dengan seorang sahabat blog. Surah feveret beliau ialah Ar-Rahman. Dulu saya juga ada seorang kawan yang cukup meminati surah Ar-Rahman. Pantang jadi imam sket mesti boleh dengar dia tarik “Fabiayyialaaaa Irabbikuma Tukazzibaaann**   ” (Nikmat Tuhanmu yang manakah telah kau dustakan? ). Komen saya ketika tu.. memangla dia minat surah tu sebab senang nk hafal.. Hahak.. Jahil betul.. Namun kini saya dan terpengaruh jugak.. Membe blog ni siap rekemen satu novel dan lepas baca novel tu saya dah cair dan tergoda dengan Ar-Rahman plak. Heheh. Walau Al-Waqiah masih tetap dirindui, Ar-Rahman mula bertapak dihati.. (Lagipun part paling best kat Al-Waqiah pon ada gak dalam Ar-Rahman.. Kisah bidadari syurga.. maklumlah suke berangan.. ngeh ngeh)

Nota: Tiada niat saya ingin membandingkan kehebatan antara surah kerana semuanya adalah kalam Allah, namun kadang2 kita dapat rasakan sesuatu surah itu begitu mesra dengan kita berbanding surah2 lain.

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

** - Sila rujuk Al-Quran utk bacaan tajwid yang betul 

13 Comments |

Harga Sebuah Kehidupan

Salam Pertemuan,

Amaran: Entry ini mungkin menimbulkan kegusaran sesetengah pihak akan status mesej yang cuba disampaikan. Walau pendekatannya seolah2 mengajak pembaca memandang masa depan secara condong ke arah nilai2 material, namun niat asal penulis ialah peringatan buat sahabat2 yang difikirkan tidak salah dikongsikan.. 

Saya terpandang suatu berita perihal seorang artis terkenal di Malaysia, Asmawi Ani. Kisahnya berkenaan hutang perubatan arwah / almarhum ayahandanya dengan IJN berjumlah RM120,000. Mungkin bagi seorang yang tidak bermasalah dengan wang, dia tidak gusar pabila setuju dengan kos ini.

Ini kisah lain seorang insan yang tidak dikenali ramai. Ayahanda yang disayangi diserang sakit jantung beberapa minggu yang lalu. Komplikasi dari serangan itu mewujudkan lubang dijantung beliau. Seharusnya pembedahan dilakukan dengan kadar segera untuk mengelakkan hal-hal yang tak diingini. Tragis sekali suatu masalah dengan hospital milik kerajaan ialah responsi yang sangat perlahan dan segala urusan dipersusahkan (Nota: Harus dimengerti juga kesibukkan para kakitangan dan doktor yang terpaksa melayan begitu ramai pesakit). Di saat tegar nyawa insan yang dikasihi terancam, semestinya si anak sanggup lakukan apasaja demi orang tuanya. Plot ceritanya panjang…saat2 getir juga mengundang simpati si pendengar. Ringkasnya, demi kasih sayang yang utuh, wang ringgit tidak dipandang dan akhirnya bapa yang memiliki anak2 yang baik itu menjalani pembedahan di Hospital Swasta. Berpuluh ribu di habiskan. Segala simpanan.. segala caruman masa depan.. habis dikorek… diserah dengan rasa jerih demi nyawa seorang insan bergelar bapa.

Namun ceritanya tidak habis disitu… berulang2 lagi sakit yang datang.. khabar terbaru.. di saat Tun Mahathir menjalani rawatan di IJN, di ketika itu juga seorang bapa yang ditemani anaknya menjalani rawatan jantung yang pertama kali dijalankan di Malaysia seumpamanya. Bezanya si yang pertama tidak langsung gusar pasal kewangan. Anak2 yang datang bersama kereta2 gah yang mustahil dimiliki orang kebanyakkan. Manakala yang kedua, lain sekali suasananya. Plot nya masih berjalan bersama peredaran masa yang pasti tidak menunggu sesiapa. Ongkosnya juga berkemungkinan besar bakal bertambah berlipat ganda..

Apa yang membuat saya terfikir, suatu hal ialah bagaimana anak2nya nanti meneruskan hidup dengan bebanan hutang yang ntah bila akan langsai. Hal keduanya, jika perkara ini berlaku pada keluarga yang tidak berpendapatan apatah lagi dengan tiada atau sedikit anak. Adakah solusinya membiarkan insan tersayang menghadapi hari2 terakhir tanpa dapat berbuat apa2.. Anak mana yang sanggup melihat orang tuanya menderita. Para Ah Long mungkin sudah mula mencucuk jarum pemusnah kehidupannya.

Benarkah hidup manusia kini mempunyai harga.? Sepintas lalu saya akan mengangguk lemah. Kedengaran agak berbaur materialistik.. Mungkin saya patut menggunakan ‘Harga satu nyawa’ lebih enak di dengar dan di terima umum. Kehidupan lebih memberi pengertian prinsip hidup, nilai kasih sayang, pengorbanan dan sewaktu dengannya. Pokok pangkalnya, jika tragedi ini berlaku pada diri kita.. apakah reaksi kita..?

Emak seorang mampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu” Suatu persolan yang sinis pernah diutarakan, itu mungkin si anak pula terpaksa menjaga 10 lagi anaknya.. Pada saya, usah dibahaskan benda yang tiada faedah di tikam lidahkan. Yang penting.. jika tahu begitu susah menjaga ibubapa dan juga anak-anak terutama di zaman mutakahir ini, yang penting ialah mencari penyelesaian..

Berbalik kita pasal orang miskin dan kebanyakkan yang menghadapi dilema kos perubatan. Saranan saya bagi yang berkemampuan, ialah Insuran Takaful. Islam mengajar amalan khairat itu bukan saja meringankan beban tapi juga mengukuhkan persaudaraan. Itu kisah diri sendiri utk meringankan beban anak2 kita nnti. Bagaimana pula ibubapa kita sekarang yang tiada insuran dan belum tentu nk di insurankan masih berkelayakkan.?

Tika ini saya hanya terfikir untuk mula menyimpan dan menabung demi ketidak pastian itu. Getus hati saya, walau menabung sebanyak mana pon, agak sukar untuk memenuhi belanja berubatan yang kian meruncing. Terokailah rezeki di alam Allah ini sesungguh hati. Bukan utk mendabik dada dengan kekayaan dan juga melalaikan diri dgn urusan dunia yang sementara, tapi sebagai perisai masa depan dan kepuasan diri. Berniaga dan melabur mungkin.. :-P

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

15 Comments |

Kejamkah Aku.?

Salam pertemuan,

Semenjak ditugaskan kebahagian sokongan pelanggan Jepun ni, masa saya terasa amat sedikit. Projek2 yang dirancang kebanyakkan tergendala. Alhamdulillah belum terbengkalai lagi. Perniagaan Pasar Malam pun tak start lagi sejak mula puasa dulu. Tak keruan sungguh saya dibuatnya.

Tatkala kebuntuan melanda minda ini, Alhamdulillah satu rahmat tiba. Ismail menyuarakan hasratnya nk bertandang ke Penang sempena cuti sekolah ni. Nak belajar berniaga katanya. Haha.. Ini sudah planet Musytari jatuh ke riba. Tanpa berpikir saya terus memberi sokongan sepenuh jiwa dan raga.. :-P
‘Makan di tanggung beres, tempat tinggal di tanggung beres, gaji RM300 sebulan, boleh main game sesuka hati’ - itulah jaminan saya kalo dia sanggup lepak ngan saya sepanjang cuti sekolah. Seronok bukan main lagi dia. Tapi…saya punya agenda tersendiri.. Ha ha (diselubungi aura hitam).. Saya dah sediakan senarai tugasan2 yang perlu di Tai Chi kan pada Ismail..

  1. Tolong jual Iceblended samada di Pasar Malam atau kalau ada rezeki di Tapak Pesta P. Pinang. (Pada sapa2 yang ada pengalaman berniaga di tapak pesta habaq mai no.. Cek ni baru nk blajaq.. Harap dpt tulun)
  2. Buat Fundamental Analysis utk saham2 mengikut filteration criteria yang saya dah gariskan ( yang pasti memakan masa)
  3. Update EOD, buat charting anlysis dan study patern price untuk saham2 volume tinggi menggunakan Technical Anlaysis.
  4. Siapkan Business2 Plan saya yang tersadai
  5. Buat website untuk potensi business di masa akan datang.
  6. Jadi pengurus projek dalam mengenal pasti peluang business baru menggunakan SMS. Memandangkan target pasaran adalah remaja, Ismail merupakan calon yang sesuai.

Iklan jap: Semalam saya beli satu e-book yang amat menarik dan saya begitu teruja dengan idea baru dan pendekatan kreatif bagi pemasaran oleh Irwan Dahnil.

Dengan senarai tugasan yang sememangnya begitu mencabar, terpikir jugak saya.. Kejam kah Aku? Sebetulnya tiada niat saya ingin membuli Ismail, apatah lagi ingin mengambil kesempatan bagi menyelesaikan projek2 saya. Niat murni saya ialah ingin memberikan pendedahan kepada anak muda tentang kemahiran jualan, perniagaan offline & online, pengurusan & perancangan perniagaan, cara menganalisa saham secara teknikal & fundamental dan pengetahuan teknikal IT dalam mencari rezeki. Tak kejam kan.. Murni apa niat tu.. Hahak.. Leh caya ker… ;-)
Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

P/s: Pada sesiapa yang ada adik2, anak2 buah atau anak sendirik takde projek cuti2 ni leh hantar kat saya untuk di buli ajar.. Ha ha..

20 Comments |

Bila Ilmu Diperdagangkan

Salam pertemuan,

Pagi ini terasa perit jerih urat saraf saya. Terasa semuanya hypertensi dan meraung mengiringi setiap inci pergerakan. Aduh2.. Takda masalah nak carik masalah. Ini semua gara2 senaman pagi tadi. Dek kerana semenjak dua menjak ni saya asek senaman jari dan mulut jek, badan pon dah rasa makin lemah. Maka timbul lah keinginan melaksanakan amanah ilmu Ayah saya.

Senaman urat saraf atau lebih glamer dengan nama senaman tenaga batin. Saya tak pasti ianya mengundang fikiran sinis dengan nama senaman tersebut namun tujuan asal senaman itu ialah membetulkan urat saraf utama dalam badan. Persisnya masyarakat mempunyai selera sendiri dalam menilai sesuatu. Mungkin kerana nilai2 pemasaran atau populariti kearah sambutan hangat masyarakat ‘kita‘ , nama senaman tenaga batin lebih gah utk diuar-uarkan.

Hanya 5 jenis senaman sahaja dan pada pendapat peribadi saya, kebanyakkan orang dah amalkan. Cuma mungkin tidak dengan kaedah yang betul sahaja. Tahukah anda nilai ilmu senaman ini? RM10 000. Ya.. saya tak bergurau jauh sekali buat lawak spontan mahupun terancang. Inilah nilai ilmu yang bagi orang yang tak pandai menilai, tak lebih dari …. (saya tidak dapat mencari perbandingan yang sesuai). Yang pasti kalo awek cun melecun mengoda saya dengan penuh manja sekalipun, mustahil saya sanggup bayar dengan harga walau RM100 pon. :-P

Setuju atau tidak.. walau anda gelak sampai menggelupur diatas lantai sekalipon pabila melihat masih ada orang sanggup ‘membeliilmu sebegini, tahulah oleh mu bahawa di tengah2 ibukota sana, seorang lelaki hidup mewah hanya dengan menjual ilmu ini. Apa tukaran nya? Anda mungkin penasaran.. Deduksi rambang saya yang tak bertauliah ini mengatakan bukti kepuasan pelanggan. Ya.. setakat ini, semua pelanggannya (yang mempunyai masalah ‘tang penting tu’) berpuas hati dengan hasil rawatan. Kos rawatan biasanya RM20 000. Pakej ekonomi ialah RM10 000 tapi kena amalkan senaman dengan penuh disiplin. Kalau urutan diperlukan, RM5000 lagi. Yang membuat saya senyum sendiri hanya 15 minit urutan memberikan pulangan RM 5000. Aduh2.. Kalau outstation charge (within peninsular Malaysia) ialah RM1000++. Hanya satu pelanggan sebulan sudah cukup untuk dia hidup senang. Hakikatnya, selalunya dia mendapat ramai pelanggan yang tak teragak2 membayar dahulu, rawatan kemudian. No money, No talk.

Saya tidaklah mahu menjadi seorang yang tampak terlalu pesimis, tapi berani saya katakan jika ilmu itu diberikan percuma peluang utk ianya diamalkan teramatlah tipis. Itu adalah senario masyarakat. Usah bicara soal betul salah mahupun logik atau tidak. Bila majoriti bersuara, itulah yang akan di anggap normal.. Lain pulak ceritanya jika ia bernilai RM10 000. Pasti ianya akan diamalkan sesungguh hati. Maklumlah dah laburkan banyak duit. Ilmu yang sama tapi memberi impak yang berbeza kerana ada tukarannya. Selamat datang ke norma-norma kehidupan yang agak sukar dinilai dengan penakkulan mantik. :-)

Kesimpulannya:

  1. Nilai sesuatu ilmu itu terlalu subjektif.
  2. Semakin tinggi harga ilmu, semakin tinggi penghargaan orang ramai
  3. Jadilah pakar sesuatu bidang, nilai dagangan ilmu anda akan bertambah berlipat ganda.
  4. Bila ilmu diperdagangkan, adakah para ilmuan juga akan dinilai dengan RM?
  5. Masih utuhkah hubungan murid dan guru dalam era ilmu dikomersialkan?

Sehingga bersua lagi di lain perutusan.

-Fuad-

18 Comments |