RSS
people

Pergelutan di dalam Supermarket

Salam pertemuan,

Lokasi: Pasaraya Bilal, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Masa: 3 Syawal 1427, Jam 9 pagi.

Tak sampai 3 langkah masuk dalam supermaret Bilal, HP Nokia ku berbunyi. Huh.. pasal kerja lagi.. Tak boleh nk senang sket.. Rungut hatiku.. Ismail dan Shahidan sudah melangkah masuk ke perut pasar raya. Tenggelam dan hilang dalam ributan orang ramai yang masih sebok membeli belah walau Raya dah masuk hari ketiga.

Urusan dengan Kenny mengambil masa lebih kurang 5 minit. Kacau mood raya betul bile kene keje jugak walau secara KJJ (Kerja Jarak Jauh). Aduhai… urusan Raya tak abes lagi nih. Walau hari ni wat rumah terbuka, pagi ni masih terhuyung hanyang menapak mencarik bahan2 masakan, taugeh a.k.a kacang cambah, bunga kantan semua dah jadi rebutan terhangat dipasaran. Sebagai tukang drebar, saya tak kesah stakat shoping moping ni.. janji dapat makan besh.. Hahaha.. :-P
Sebaik saja sampai bahagian sayur2 kelihatan Ismail tengah duduk dilantai. Ape ke he nyer budak nih..? Kot ye pon nk lepak2 jgn la sampai tercongok kat latai tuh.. Terkezut babun saya bila tgk Shahidan tgh menggelupur atas lantai. Mulut dah berbuih2 dah. Mata dah nmpak kaler putih jek.. Mane ilang mata hitamnyer..? Daripada terus berpikir benda yang tk mustahak tu, baik setel hal ni dulu. Yang peliknyer Ismail tampak relek dan macho jek.. Dia baru lepaskan gengamannya di mulut Shahidan yang dok terkancing gigi dari tadi.. Nasib baik dia ada, kalo tak apalah nk buat bila Shahidan terkene  sawan.

Sebetulnya bila Shahidan dah terkena, dia tak kan kenal orang dah. Dia semacam di rasuk dan akan mula berkeliaran. Tapi, misi pertama pastikan dia stabil dulu. At least kembalikan mata hitamnya dan hentikan buih-buih yang membuak2 keluar. Setelah digosok2 dan urut2 belakangnya, Shahidan bangkit. Fuh..lega rasanya. Walau nmpk blank2 tapi jauh lagi ok dari sebelumnya..

Heheh.. ku sangka panas hingga ke petang tapi dah ribut salji di pagi hari.. tetiba Shahidan menyerang. Hampes sungguh.. Mana boleh kalah, abesla kemachoan tatkala awek-awek ramai dok jadi pemerhati bebas.. Maka, bersilatlah saya di tengah2 orang ramai dalam supermarket tuh.. Yang pasti, tenaga Shahidan memang kuat (Kata Mak nya bila dia mengamuk 5 orang pon belum tentu dapat pegang). Kalo lawan kudrat, pasti dah kalah dah. Nasib baik belajar Silat Jatuh sampai tamat, walau ayam jantan saya keluar gelanggang masa majlis penamat still masih bertahan jugaklah.. Kalo tak memikirkan Shahidan ni adik sepupu tambah pulak dia tgh sakit, silap hari bulan mau tapak kaki naik atas muka budak ni kang..

Nota ringkas: Dalam majlis penamat Silat, Tok Guru akan mintak setiap anak murid bawak ayam jantan. Satu lubang di gali di tengah gelanggang. Setelah disembelih, ayam di letakkan di tengah gelanggang. Kononyer lah Tok Guru dapat tgk bakat anak muridnya melalui perlakuan ayam yang di bawak. Kali ayam tu mati terjatuh dalam lubang, konon nya boleh jadik tok guru. Kalo jatuh dalam lubang dan keluar balik, boleh tambah ilmu belajar pencak berkeris pulak. Abang saya ayam dia jatuh dalam lubang tapi tak jadik tok guru sampai sekarang pon.. Saya? Ayam saya keluar gelanggang dan mati bawah rumah.. hahahak…tak tahulah apa maksudnyer.. Jadik pengganas ke ape.. ;-)
Alhamdulillah..setelah beberapa kali jatuh.. Shahidan mula tenang.. Walau dia tak kenal orang tapi dia dah start berkeliaran di dalam pasaraya. Ismail di tugaskan sebagai pemerhati tak profesional. Saya… masih menanti Mak Cik datang. Mengikut Ismail, walau dalam keadaan separuh sedar dan tak kenal orang..Shahidan masih mengenali seorang insan.. Insan yang sangat mulia iaitu ibu kandungnya.

Sebaik sahaja Mak Cik sampai, Shahidan terus menerpa. Benarlah kata Ismail tu.. Sungguh sabar Mak Cik menjaga anak bongsunya.. Kesian memanglah kesian. Nk belajar tak boleh, nak berenggang jauh pon tak boleh. Penyakitnya memberi banyak kesan dalam hidup Shahidan namun kasih sayang seorang ibu yang tak pernah pudar memastikan Shahidan terus bahagia dengan hidupnya sendiri..

Sesungguhnya kasih ibu itu sampai ke syurga.. Sayangilah ibu anda..

60 minit sebelum kejadian…. 

Haha.. arini wat rumah terbuka. Inilah masanya mahu menyental sesungguh hati. Nak2 mak buat Mee kari plak. Masyuk2.. Tapi seperti biasa tugasan membeli belah dulu.. Ismail setia menjadi konco tetap.. Ketika kereta nk bergerak, Shahidan melompat masuk..

“Dan..nk pegi mana?” Shahidan tersengih.. “Bosan aa dok umah.. Nok ikut la beli barang.. Best sket jalan2..” Saya senyum.. ok gak kalo ramai askar.. boleh buli.. Lalala.. Selamat Hari Raya…. Sesekali melihat gelagat Shahidan berborak riang ngan Ismail.. Di jangka hari ini semuanya berjalan lancar… diharapkan…. ya diharapkan…

Abess cerita… :-)
-Fuad-

9 Comments |

Kerja? Persetan…

Salam pertemuan sahabat sekalian,

Selamat Hari Raya semua.. heheh..sungguh lambat dan basi ucapan raya kali ni. Orang dah nk beraya puasa enam baru nk ucap Selamat Beraya. Uh..uh.. sesungguhnya saya tidak sempat melakarkan ucapan selamat utk sahabat sekalian tatkala berkejar2an menyiapkan kerja sebelum pulang beraya. Dikhuatiri tak sempat beraya dikampung halaman tercinta.

Alhamdulillah sempat jugak disetelkan bahana2 urusan dunia itu dan berjaya meraikan 1 Syawal dengan jayanya. Al-kisahnya suasana raya tetap diganggu gugat oleh tempias kerja yang cemburu dengan kehepian hati ini. Disebalik mengintai2 sipi, terkadang dicuit jua olehnya (nya disini merujuk kepada kerja) yang menyebabkan emosi dan mood saya agak terkilan. Apapun, permulaan hari bekerja sudah dicemari onar2 yang tidak enak.

Dahla semalam menaiki bas tambahan (berwarna biru dengan tatu K.I.L.A.N.G tercacah dibadannya), duduk pulak port yang tak bagus. Betul2 bawah corong pendingin hawa yang dah tecabut penutup. Sebagai makhluk kebanyakkan yang berdarah panas , keadaan ini adalah suatu penyeksaan duniawi yang agak meruntun jiwa (no offence pada para maffle dan land aligator sume).

Pagi ini, kereta buruk saya tidak dapat dihidupkan setelah seminggu lebih ditinggalkan. Mungkin merajuk barangkali.. Terpaksalah menyusahkan sahabatku.. heh.. Mekasih Acap. Jasamu akan dikenang sampai bila2.. Berbicara songsang perihal tekanan kerja, hari ni dek kerana sudah arakian lamanya wajah monitor tidak ditatapi, berbondong2 urusan sabar menanti..

Sebaik saja setel membaca emel dan semangat membuak2 utk menyental dan menonyoh muka keyboard, sekoyong2 datanglah Ah Chew. Riak wajah dan air mukanya memberi ekspresi yang agak mencurigakan. Walau malang tidak berbau, tapi kali ia dapat dirasakan dalam alunan suara sekujur makhluk bergelar boss..

Fuad, I need this to be your first priority. Big boss want to review it by 3. Make sure ready before that..” Oh.. Man… tidak sampai 10 saat kendian, saya sudah menular kehulu hilir, terbongkok2 menyiapkan projek segera. Sudah dilupakan hasrat utk mengisi tembolok yang asyik masyuk menyanyi riang.. Semua meeting dikanselkan. First priority lah katakan.. Sesekali, saya membuat penakulan tentang kerja.. dirumuskan dari persamaan garis lurus..

y = mx + c

y = ( a+ b) / x + ( d+ e)

dimana y = kualiti kerja, a = masa diperuntukkan, b = duit dibelanjakan, x = kuantiti kerja, d = ilmu pengetahuan dan e = bantuan rakan2..

Agak2nyalah, bagaimana hendak menghasilkan kualiti yang tinggi apabila a, b, d dan e terlalu sedikit tapi x meningkat. Jawapannya, memang mustahil dan kalo terpaksa jugak.. tekanan akan meningkat secara mendadak.. Saya cuba nk plotkan graf darjah kualiti kerja melawan tekanan, tapi sampai sekarang masih blank.. huhu..

Nk tahu apa yang berlaku ketika boss besar review? Simple but steady..Don’t send it. Poster is enough..” Hahahahak… Sesekali terdengar suara sayup2 si banduan yang baru terlepas.. “Ko penerajang jek boss tu. Tak tau ke dia sehari suntuk ko buat benda tu last2.. useless.. takde maknenyer…” Heheh..si setan ni baru terlepas dari belenggu sudah giat melakukan kerja onarnya mencemari hati anak adam yang mulus ini.. ;)

Sayugia hatiku, hari ini daku mengembeling tenaga, masa, urat saraf, akan tetapi setelah itu semuanya menjadi debu hanya dengan satu gelengan dari seorang insan bergelar General Manager.. Cesss…..

Pepatah Melayu ada menyatakan “Lembu yang bertanduk panjang..walau tidak menyondol tetap dituduh menyondol

Pepatah Arab pulak “Kuda tidak akan meninggalkan satu pokok sehingga adanya pokok yang lain

Pepatah CinaPermata tidak berkilau tanpa digilap, manusia takkan sempurna tanpa dugaan

Hahak.. Takde kaitan pon.. Okes.. Sehingga berjumpa lagi. Tahap kewarasan sekarang diparas amaran.. Surut sket dari pagi tadi diparas merbahaya.. Sorry merapu tak tentu pasal..

Pengumuman:

  1. Kepada sahabat yang ada masalah game Cash Flow tu, saya masih menjalankan investigasi dan jika sudah tersedia solusi nya nnti akan diperkhabarkan.
  2. Mulai hari ini sehingga Isnin depan, blog ni tak akan menyentuh pasal kerja dan perniagaan atau buku secara langsung. Maka, pada sesiapa yang ingin membaca sesuatu yang ilmiah sket, sila kembali di minggu depan. Sape yang nk baca saya merapu.. heheh.. dipersilakan datang lagi esok.. :-P

Sahabatmu,

-Fuad-

14 Comments |

Deep Insights Brings Certainty

Salam pertemuan,

Tajuk entry kali ini di ciplak dari slogan terbaik tahun 2005 yang dimenangi oleh Syarikat Hameg Instruments. Saya menafsir kan dari sudut kerjaya. Kita borak2 kosong pasal kerja plak arini.

Dalam satu program tempat saya kerja dulu, satu program kerjaya diadakan. Pengendali program tersebut ialah Plant Manager sendirik (orang paling besar dalam sesebuah plant). Plant Manager ni memang seorang yang peramah dan baik hati. Tapi masih ramai jugak orang yang komplen katanya baik sangat pn tak boleh jugak. Apapun, pendapat peribadi saya sikap merendah diri tidak semestinya buat orang pijak kepala asal tahu batasnya. Saya sendirik sgt respect kat dia. Teringat lagi bila mula2 sampai di bintulu, tak tahu lagi yang En Samasudin di orang paling besar. Jumpa kat kedai makan, pastu dialah yang tolong angkat barang masa kitorang pindah, tolong bawakkan pegi tempat makan, tulun tumpangkan pegi masjid. Lepas tu baru tahu yang dia adalah Plant Manager. Terkejut betul dengan sikap mesra rakyatnya. Manager paling saya respect, En. Samsudin Miskon.

Berbalik pasal program kerjaya tadi, topik pertama yang dibincangkan ialah pasal matlamat hidup. Dalam satu organisasi, conflict on interest dikira sesuatu yang agak basic yang perlu dielakkan. Apa yang pekerja harus pastikan, matlamat hidupnya mestilah sama dengan matlamat syarikat. Maka rata2 mula menjawab, Saya ingin jadi Plant Manager mcm En Samsudin, Saya nk jadik Technical Professional, Saya nak jadik VP Petronas. Nampak sgt align dengan matlamat syarikat. Namun hati saya berbisik, macam mana orang yang matlamatnya tak sama dengan syarikat? Saya mahu buat business, tak nak makan gaji..

Hanya ada 2 jawapan jika anda mengalami conflict of interest.

  1. Anda harus meninggalkan Syarikat …. Atau..
  2. Syarikat harus meninggalkan anda.

Pilihan kedua tu nmpk macam janggal plak, jadik yang tinggal pilihan pertama jelah. Hati saya menjerit.. kenapa sampai begitu sekali. Seolah2 mendengar runtunan jiwa saya, En Fasilitator menjawab, jika anda tidak sehaluan dengan syarikat, anda hanya menyeksa diri sendiri dan syarikat juga rugi kerana memiliki pekerja yang tidak bermotivasi. Sampai bila anda nk hidup sebegini.. Saya mengetap bibir.. “Sampai abes kontrak pinjaman pelajaran la kot..”

Hari ini saya telah meninggalkan syarikat sumber pendapatan utama Malaysia. Tapi bukan kerana conflict of interest.. Sebab dia… bukan skop entry hari ini.. ;-) Namun ada benar  jugak ckp En. Samsudin dulu, perkara asas ialah conflict of interest mesti dielakkan. Selalunya saya melaungkan tak suka US yang pro-yahudi… namun dibalik kenyataan ini… yang memberi sesuap makan adalah syarikat US. Disamping hati yang sudah cemuih dan menyampah dengan feel para pendokong yahudi laknatullah, diketika yang sama tulang empat kerat dan otak serta urat sarap bertungkus lumus memastikan ekonomi mereka kian mekar dipesada industri antarabangsa.

Sampai bila? Entahla Labu… namun daku kini tak pernah alpa mengintai peluang kearah matlamat hidup sendiri. Semoga doa akan termakbul jua di suatu hari..

Selamat menyambut hari makanan sedunia hari ni.. Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

19 Comments |

Sekecil Mana Dunia Ini?

Salam pertemuan sahabat sekalian,

Alhamdulillah hari ini ada banyak masa. Mesti dimanfaat sebaiknya :-) Nak2 dah 10 hari terakhir bulan Ramadhan ni ye.. Hari ini kita borak pasal persahabatan atau networking.. Mungkin orang MLM byk pengalaman yang boleh dikongsikan bersama nnti..

Dalam satu post sebelum ni saya utarakan 2 teori dipanggil Hukum Fuad Pertama dan Murphy Law. Mengkagumkan jugak bila ramai yang setuju dengan kedua2 teori ni. Satu teori yang saya sangat teringin nak tahu kebenarannya ialah Six Degree of Separation Theory. Pernah dengar?

Kepada yang tak pernah dengar, Six Degree of Separation theory menerangkan semua orang dalam dunia ni… ya betul anda tak salah baca, semua oleh dalam dunia ni berkaitan antara satu sama lain dengan tak lebih dari 5 orang perantara. Macam yang saya ceritakan dalam post sebelum ni contoh yang saya gunakan, Saya kenal Lelabu. Lelabu plak kenal Labanon. Labanon plak kenal Linn. Linn plak kenal Hidet. Hidet kenal En Aku. En Aku kenal Ad3ck. Ad3ck sebenarnya adalah kawan lama saya. Secara ringkas membe atas membe atas membe atas membe atas membe adalah membe. :-P

Jika teori ini terbukti, satu lagi cara menunjukkan bertapa hebatnya kuasa Allah. Kita takda alasan utk tidak menitik beratkan Silaturrahim dan berdakwah. Sesungguhnya kalo kita berkawan dengan seorang saja sehari lambat laun kita ada kaitan secara langsung dengan seluruh penduduk dunia tak kiralah dimana mereka berada. Maka saya begitu teruja utk membuktikan tahap kebenaran teori ini. Saya terfikir nak buat eksperimen dan memerlukan bantuan anda. Sapa2 yang sudi nak ambik serta dalam eksperimen just bagitau dalam komen nnti saya email… Sapa2 yang tak nk ambik serta pon xdek hal, kalo ada pengalaman sendiri berkaitan ini, sudi2lah berkongsi. Perkembangan ilmu ni.. :-)

Bagaimana Eksperimen ini dilakukan?

Teori ini sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 1929 lagi oleh seorang penulis bernama Krinthy Frigyes dalam cerpennya bertajuk Chain. Beberapa orang ahli matematik juga cuba merumuskan satu formula utk membuktikan teori ni.. namun setelah 20 tahun mereka masih gagal membuktikan kaitan utk N bilangan orang menggunakan pemalar K1, K2, K3 hingga Kn. Tapi satu eksperimen dilakukan oleh Stanley Milgram pada tahun 1967 menggunakan poskad. Eksperimen ini dinamakan “the small world problem“. Saya juga ingin menggunakan kaedah yang sama tapi menggunakan email. Saya nk tgk jika email yang saya hantar tu boleh datang kat saya balik atau tak. Dan jika email tu dtg balik, brapa orang yang diambil utk email tu datang balik..

Apakah dia Nombor Fuad?

Diadaptasikan dari Bacon Number. Nombor ini digunakan utk mengukur kepopularitian atau tahap pergaulan seseorang dalam satu kelompok masyakat. Contohnya Nombor Fuad saya ialah 0. Sebab saya adalah Fuad. Hahak.. Cth Akirasuri kenal saya, Nombor Fuad Akirasuri ialah 1. Pastu Zati tak kenal saya tapi kenal Cik Akira yang mempunyai Nombor Fuad 1. Jadi Nombor Fuad utk Zati ialah 2. Makin sedikit purata nombor Fuad dalam sesuatu kelempok orang menunjukkan bertapa popular. Contohnya dalam komuniti internet semestinya purata Nombor SaifulSham, Shuth, Irfan Khairi lebih rendah dari Nombor Fuad.. ;-)

Fakta2 menarik berkenaan Six Degree of Separation Theory. 

Selain pertalian, Six degree of Separation juga merangkumi bagaimana sesuatu tindakan itu boleh memberi kesan kepada 6 orang lain secara berkaitan. Katalah anda kena membuat keputusan saat ini, sedar atau tak hasil tindakan anda itu akan memberi kesan sehingga 6 orang lain yang anda tak kenal pon. Agak keterlaluan jugak kerana teori ini mula dipertimbangkan dalam mengkaji bagaimana sesuatu penyakit itu tersebar. Dan kini satu kajian dilakukan utk mengkaji bagaimana virus komputer tersebar menggunakan teori ini.

Anda pasti pernah menonton cerita seperti Keluarga 69 (P. Ramlee), Lost (Series di Astro) yang mengadaptasikan konsep Six Degree of Saparation dalam jalan ceritanya. Para peminat Lost pasni boleh cuba mengkaji bagaimana kaitan watak2 dalam cerita tu. Hebat kan?

Perkara kuar dari topik: Bila dok cakap pasal kecik ni teringat 2 teka-teki adik saya. Kalo nk try jawab, teka-teki berbunyi begini,

  1. Apa dia yang kecik, hitam dan basah?
  2. Apa yang macam gajah tapi kecik?

Esok saya bagi jawapannya, tapi suka diigatkan ini teka teki yang dibagi oleh budak kecik. Kadang2 jawapannya memang tak puas hati..heh..

Sehingga bertemu lagi sahabat…

-Fuad-

15 Comments |

Pengumuman…

Arini saya tak sempat lagi nk tulih blog.. :-( Disaat orang lain bertungkus lumus melakukan ibadat, saya pulak sedang sebok dengan urusan dunia.. Urusan yang perlu disiapkan hari ini jugak…by hook or by crook.. kata mamat tulah.. Huh. Bertapa ruginya.. Teringat pesan beringat 5 sebelum 5.

Maka dengan berat hati terpaksa jugak melangkah ke opis yang sudah tak rela menerima kedatangan saya lagi malam ni. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang terhingga kepada sahabat yang sudi bertandang ke blog ni hari ni.

Mintak maaf jugak tidak dapat mencurik ilmu kalian hari ini. Saya nk bagitau satu rahsia yang saya baru tahu hari ini. Waktu saya balik tadi, gerai air depan Masjid Bayan Baru mengamalkan satu polisi. Apabila sahaja Azan Maghrib berkumandang, air akan diberikan secara percuma.. Haha.. Rezeki orang berbukak dalam keta.. Sapa2 nk berbukak air free bolehla nk dekat azan wat muka tak malu menerjah ke gerai tu.. :-P Apapun semoga brader tu dimurahkan rezeki hendaknya.

Ok2.. pengumuman yang saya nak buat: Kepada sahabat2 yang mintak Game CashFlow tu saya dah antar tgh ari tadi. Semoga dapat manfaatkan. Kalo ada yang nama ter miss tu nnti bagitaulah.. Siap satu game hantar pegi Hong Kong lagi.. heheh..

Pengumuman kedua, saya nk tolong promote e-book free dari Labanon, harap2 tak basi lagi lah berita nih.. ;-) Boleh dapatkan e-book tu di sini : http://usahawan.d3ly.com/

Sorry brader tak sempat baca lagi.. Tapi saya dah baca yang version 0.0 punyer. Ebook yang sgt menarik dan betul2 tak sangka dihasilkan oleh penulis muda yang mempunyai visi yang sangat mantap. Apalagi, rebutlah peluang ini.. :-)

Okeh2.. Jom balik. Rugi dok lepak kat opis time karnival sale nih.. Sehingga berjumpa lagi sahabat.

-Fuad-

15 Comments |

Roda-roda kehidupan

Salam pertemuan,

Dikesempatan yang ada hari ini, saya nak mencoretkan sesuatu yang agak boring. Sebenarnya saya masih di’ligan’ oleh para bos2 berikut masalah kerja seharian yang semakin meruncing. Salah satu vendor saya dah buat hal dengan menjahanamkan motor terkecil didunia.. Harganya agak lumayan jugaklah, lebih dari sebulan gaji saya. Huhu.. Malangnya saya ni jenis tak pandai nk marah orang, jadik saya dah mintak bos saya yang bambu vendor tu.. :-)
Apapun sebesar mana selaipun masalah kerja, kalo dibanding kan dengan masalah kehidupan, memang terlalu kecil. Paling teruk masalah kerja pon akan dibuang kerja je. Tapi masalah kehidupan akan menentukan jatuh bangunnya kita dalam kehidupan masa depan bergantung reaksi kita terhadap masalah tersebut.

Sebetulnya saat dan tika ini, saya mengalami zaman penderitaan. Tak perlulah saya menceritakan masalah tersebut. Kalo kehidupan ini ibarat roda, maka sekarang saya dah sampi semula di bawah. Sudah 15 tahun sejak zaman kejatuhan saya berlalu dan kini ia datang kembali dengan masalah yang terpernah terpikir pon oleh saya sebelum ni. Kalo di plot kitaran hidup saya:

Zaman Biasa >> Zaman Penderitaan >> Zaman Biasa >> Zaman Kegemilangan >> Zaman Biasa >> Zaman Penderitaan >> ????

Kalo diikut kitaran tu ada peluang saya alami zaman kegemilangan sekali lagi.. :-P Takrif kegemilangan tu mungkin berbeza bagi setiap orang. Apapon disaat keadaan saya yang sebegini sekarang, seorang kawan saya yang baru kawen, isterinya didapati ada ketumbuhan dalam rahim. Seorang lagi ayahnya dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung, sudah seminggu lebih dia bercuti. Dan kawan saya sorang lagi bonda tercinta dimasukkan ke hospital tapi tidak dapat menemaninya atas sebab2 yang tak dpt dielakkan. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Hurm… Semoga semua kawan2 saya di tabahkan hati dan dapat menempuhi ujian Allah dgn redha.

Sebelum mengakhiri keluhan hati kali ini, pesan As-Shahid Imam Hassan Al- Banna, 3 perkara yang perlu di peringatkan dibulan Ramadhan.

  1. Perbaikan Akidah
  2. Pengaturan Ibadah
  3. Pengaturan Akhlak

Untuk ulasan penuh boleh rujuk : http://www.dakwah.info/v2/?p=221

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

p/s: Sorry post kali ni macam mengarut jek.. tgh kene pressure.. :-(

19 Comments |

Manipulasi Dimensi - Kisah Ahmad

Salam pertemuan sahabat sekalian,

Perkenalkan, ini Ahmad. Ahmad adalah seorang yang istimewa berbanding anda dan saya. Jika anda tanya mengapa.. Sebab Ahmad tinggal dalam dunia 2 dimensi, sementara kita hidup didalam dunia 3 dimensi (sekurang2nya lah dengan apa yang kita tahu).

Percaya atau tidak, Ahmad melihat semua bende dalam 2 dimensi sahaja. Iaitu mengambil kira 2 sukatan ukuran, tinggi dan lebar. Ahmad sekarang melihat anda seolah2 di dalam gambar. Dia tak tahu bertapa mancungnya hidung anda kerana ukuran kedalaman tidak wujud baginya.. Semua bende dia tengok adalah ‘flat‘, maklumlah Ahmad adalah orang lidi.

Sebetulnya, anda dapat melihat segala organ dalaman Ahmad jika dia dilukis dengan versi penuh manusia yang hidup di dunia 2 dimensi. Ini kerana kedalaman itu tiada. Saya tanya satu soalan, Apa yang menyebabkan sesuatu menghalang pengelihatan di dunia 3 dimensi..? Jawapannya ialah objek yang bertindih. Betul kan? Contoh paling mudah, anda tidak dapat melihat daging anda kerana ada kulit dan anda tidak dapat melihat kulit kerana dilindungi oleh baju. Objek yang di atas menghalang anda melihat objek yang dibawah mengikut kedalaman masing2. Jadi, di dunia 2 dimensi di mana kedalaman tidak wujud, anda akan nampak segala2nya.

Andai kata anda mengeluarkan jantung Ahmad dengan menariknya ke arah anda (paksi kedalaman), pada pandangan Ahmad, jantung dia tiba2 hilang. Hakikatnya jantung 2 dimensinya kini berada di dimensi yang ke-3 dan Ahmad takkan dapat mencarinya walau dikerah seluruh umat di dalam dunia 2 dimensi mencari jantungnya. Haha.. Hebat bukan. Kita yang berada di dunia dimensi ke-3 boleh melakukan apa saja dan memanipulasi Ahmad yang berada 1 dimensi di belakang kita.

Kalo anda ceritakan kepada Ahmad bahawa wujudnya satu lagi dimensi, pasti dia takkan percaya. Anda tunjuk sfera, dia hanya nampak bulatan. Anda ceritakan kewujudan isipadu, Ahmad hanya tahu keluasan. Adalah mustahil utk Ahmad mempercayai kewujudan dimensi ke-3. Percayakah anda jika saya katakan wujudnya dimensi ke-4 atau ke-5? Mengikut kajian matematik, sekurang2nya terdapat 10 dimensi tetapi manusia tak dapat buktikan. Apa kata kita buat senarai.

  1. Dimensi Pertama - Lebar
  2. Dimensi Kedua - Tinggi
  3. Dimensi Ketiga - Kedalaman
  4. Dimensi Keempat - Ruang
  5. Dimensi Kelima - Masa
  6. Dimensi Keenam - ????
  7. Dimensi Ketujuh - ???????????

Hebat2… sungguh hebat ciptaan Allah menjangkau imiginasi dan pemikiran manusia. Maka tergelaklah saya apabila ditanya “Bolehkah Allah mencipta satu botol yang sgt kecik sampai dia sendiri tak leh masuk..?” Allah bukanlah makhluk la kawan. Makhluk yang memerlukan ruang atau dimensi sebagai bukti kewujudan. Allah adalah pencipta dimensi itu sendiri. Adakah pelik jika Malaikat Jibrail AS mengeluarkan hati Nabi Muhammad SAW utk membersihkanya sebelum Israk & Mikraj? Adakah pelik dalam satu malam sahaja Nabi Muhammad SAW selesai perjalanan menemui Allah?

Soalan2 macam ni sengaja ditujukan oleh musuh2 Islam utk menimbulkan keraguan dalam pegangan akidah umat Islam. Pernah kah suatu ketika anda kesunyian, berfikir seorang diri, atau ketika doa anda tak dimakbulkan, timbul satu persoalan, benarkah Allah itu wujud.. Anda tak perlu jawab. Saya teringat kata2 ustaz, syaitan sering cuba mengomok2kan fikiran manusia terutama sekali dari segi akidah.

Member: Sejauh mana keyakinan ko kewujudan Allah?

Saya: Yakinlah.. Yakin dengan sepenuh hati..

Member: Yelah, yakin sepenuh hati tu macam mana?

Saya: Susahla nk explain..memang yakinlah..

Member: Ustaz aku cakap. Kene yakin sebagaimana yakinnya ko bahawa ko ni adalah lelaki. Pernah ko tertanya2 tak.. betul ke aku ni lelaki?

Saya: Tak pernah terpikir plak aku..

Panjang plak arini. balas dendam dah 2 hari x wat entry.. :-) Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

p/s: Kepada sesipa yang berminat mendalami ilmu dimensi boleh rujuk http://tetraspace.alkaline.org/page1.htm  dan jika anda lebih fanatik, boleh rujuk wikipedia dan tgk law2 yang bermacam2 pasal dimensi. Jika anda seorang yang romentik atau suka baca novel boleh baca Flatland: A Romance of Many Dimension. Bila lagi nak baca novel geometry ye tak.. Heheh.

17 Comments |

Stay Hungry.Stay Foolish.

Salam pertemuan,

Semalam, seorang kawan bertanyakan pasal buku motivasi. Baru saya sedar yang saya takda pon buku motivasi kendiri, motivasi business je yang ada. Mungkin lepas ni kena start carik buku motivasi kendiri plak. Sape2 ada cadangan, amat2lah dihargai.. :-)
Teringat saya suatu email yang pernah saya dapat suatu ketika dulu yang memberi pandangan berbeza pada saya tentang kehidupan. Kandungan email tersebut ialah ceramah Steve Jobs sempena majlis graduasi Universiti Standford. Kepada sesiapa yang tak mengenali Steve Jobs, dia merupakan CEO Apple Computer dan Pixar. Ceramahnya berkisar kepada 3 cerita iaitu:

  1. Connecting the dots…
  2. Love and loss
  3. Death

Saya nk crita pasal menyambung titik-titik dalam kehidupan. Steve menceritakan bagaimana mak kandung dia begitu menginginkan dia belajar sehingga ke peringkat tinggi. Dia menceritakan bagaimana semua simpanan Mak dan Ayah angkatnya dihabiskan utk membiayaan pembelajaran dia, hidupnya yang susah di kolej dan akhirnya dia tak menghabiskan pengajian dia.

Adakah itu perkara yang malang? Steve Jobs tidak menghabiskan pelajarannya kerana ada mata pelajaran teras yang dia tak minat. Jadi dia tak ambik. Dia ambik yang dia minat saja. Salah satunya ialah mata pelajaran yang memang tak nampak langsung faedahnya iaitu kaligrafi a.k.a penulisan atau khat. Di situlah dia belajar tulisan San Sheriff, Arial dsan sebagainya. Ilmu inilah yang dia aplikasikan bila dibuat komputer Mac. Kaedah yang sama digunakan oleh Windows dalam Microsoft Word. Jika Steve Job tidak gagal dalam pengajiannya, maka hari ini word editor hanya mempunyai satu jenis font sahaja. ;-)
Dia memulakan Apple Computer bermula dari umur 20 di garaj rumahnya. Pada umur 30 tahun dia dipecat oleh Apple. Bayangkan bagaimana rasanya di buang kerja dari syarikat yang ditubuhkan sendiri dari kosong. Bagaimana dia pergi meminta maaf tapi masih ditolak, dia hampir2 membunuh diri. Akhirnya dia kerana minat pada komputer dia menubuhkan syarikat NeXT dan Pixar. Apabila Apple menghadapi masalah, Steve Jobs dipanggil semula berkerja dan dengan teknologi NeXT, Apple kembali bangkit.

Sekarang barulah dia sedar berapa beruntungnya dia dipecat dari Apple dahulu. Jika dia tak dipecat, Pixar takkan wujud dan teknologi animasi tidak akan sehebat sekarang. Apple juga tidak akan se gah hari ini jika dia tak dipecat dan memulakan NeXT.

Menyambung titik2 dalam kehidupan hanya boleh dilakukan ke masa silam. Jika hari ini kita menghadapi masalah kehidupan yang teruk, kita tidak tahu apakah ia sebenarnya berguna utk masa depan kita. Sehingga tiba saat itu, barulah kita tahu kenapa Allah takdirkan peristiwa ini berlaku pada kita. Apapun yang berlaku, yang penting kita perlu sedar, semua ini pasti mempunyai kebaikkan yang kita belum tahu lagi. Hiduplah dengan sebahagia mungkin tanpa putus asa pada yag Esa.

Pada akhir ceramahnya, pesanan Steve Job pada para graduan ialah “Stay Hungry. Stay Foolish” Secara peribadi saya mengandaikan dia memesan supaya teruskan semangat dahagakan ilmu dan berani mencuba apa yang kita minat lakukan walau ia nmpak bodoh pada orang lain.

Kepada sesiapa yang berminat utk membaca ceramah lengkapnya boleh rujuk : http://news-service.stanford.edu/news/2005/june15/jobs-061505.html

Kalo nak dengar ceramah plak boleh tgk you-tube : http://www.youtube.com/watch?v=60cDHb-tvMA

Tip: Blog Ad3ck ada cara untuk download you-tube ke komputer anda. Bila dah download, boleh didengar bila2 masa sahaja :-)
Kebanyakkan orang berjaya di dalam dunia ni menghadapi kehidupan yang susah sebelum berjaya. Semoga ini memberi inspirasi buat insan yang ingin berusaha tanpa putus asa. Sehingga jumpa lagi…

-Fuad-

p/s: Peliknya ceramahnya Steve Jobs seolah2 tazkirah. Semuanya ajaran Islam yang diamalkan oleh orang kafir utk berjaya. Orang Islam apa cita plak.. Hurmm..

16 Comments |

Business Budak Kecik

Salam pertemuan,

Masa saya bersekolah rendah dulu, permainan yang agak femes masa itu ialah main titik, main rugbi kertas, bola kertas, laga bijik getah, tepuk gambar dan macam2 lagi. Tak ingat dah.. banyak sgt.. Saya masih ingat ada seorang kawan saya memperkenalkan permainan baru. Sebenarnya taklah baru sangat tapi yang terbaru dalam sekolah tu lah.. :-P
Saya tak tahu jenis apa nama permainan ni. Permainan buku kot sebab istilah bahasa Inggerisnya ialah Game Book. Kalo dibandingkan dengan permainan komputer seolah2 main game RPG tapi dalam versi buku. Yang lebih menarik, kawan saya ni tak beli Game Book dipasaran yang sudah pastinya terlalu mahal utk budak2 sekolah rendah. Dia mencipta Game Book nya sendiri. Game itu sangat menarik dan dia mengenakan bayaran 20sen untuk bermain game tersebut sehingga tamat (tak kiralah mati atau menang, tapi kebanyakkannya tak sempat menang lagi dah mati). Sambutan yang menggalakkan. Saya sendiri pernah karang beberapa Game Book tetapi bagi main free je kat membe2.. Heheh.. Masa tu tak business minded lagi..

Apapon apa yang cuba saya ceritakan di sini ialah bagaimana seorang budak sekolah rendah juga boleh memulakan perniagaan dengan bermodalkan pen, buku tulis dan yang paling penting ialah idea. Satu lagi ialah cerita adik saya sendiri, Fitri.

Ayah saya selalu bawak balik barang2 dia kat opis yang tak dipakai. Salah satu ialah business card lama yang dah tak dipakai. Maka si Fitri ni cukuplah seronok dapat kad yang kaler2 macam tu. Nak dijadikan cerita, di bawak satu bekas business card Ayah saya tu ke sekolah. Balik dari sekolah dia dengan excitednya bagitau Mak “Mak, Yi dah jual sume kad Ayah. Yi jual 1osen 5 keping..” Marah betul Mak saya masa tuh. Esoknya Fitri terpaksa pulangkan sume duit member dia. :-)
Apa yang saya dapat simpulkan, buat business ni tak lah susahpon. Budak kecik yang tak tahu apa2 pon boleh wat business. Untung tak ingat plak tuh.. Malulah sket (ditujukan kepada diri sendirik)

Cerita Selingan: 

Masa Sekolah Menengah saya pernah cuba karang Game Book yang bertemakan mata pelajaran Fizik. Sebab ramai kawan saya yang selalu cakap Fizik ni susah nk belajar dan saya pulak yang jenis suka mengajar guna cerita maka saya mulakanlah projek Game Book ni. Tapi malangnya tak sempat siap dan projek tu terbengkalai.. Buat Cikgu2..rasa2nya ada potensi tak Game Book berkaitan pendidikan utk dipasarkan di Malaysia nih..? Haha.. Idea tuh.. :-P
Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

17 Comments |

Financial Freedom - Suatu Epilog

Salam pertemuan pembaca semua,

Hari ini saya nak buat sesuatu yang tak pernah saya buat di blog Almari Buku. Apakah benda itu.? Memberi ranking pada buku.. :-)

Sabtu lepas saya singgah di Popular utk beli The Edge, tapi terbeli 2 buah buku iaitu Stock Performance Guide (keluaran Dynaquest) dan Secret of Self-Made Millionaires (dikarang oleh Adam Khoo). Komen pasal Stock Performace Guide boleh rujuk blog Main Saham. Saya bagi 5 bintang utk buku Secret of Self-Made Millionaires, memang antara yang terbaik saya pernah baca. Memandangkan saya tak baca abes lagi, saya tak masukkan dalam ulasan lagi.

Okeh.. pasal ranking yang saya bagitau tadi.. Dalam almari buku saya ada beberapa buku yang berkaitan perniagaan internet yang saya kumpul sejak tahun 2003 lagi. Untuk mengelakkan ada pihak yang tersinggung, saya rahsiakan nama buku2 tersebut.. :-) Berdasarkan penilaian saya 2 buku terbaik dalam kategori perniagaan internet ialah Rahsia Buat Duit Di Internet karya team Saifulsham (Syazwan & Sabri) dan jugak buku Secret of Self-Made Millionaires karya Adam Khoo. Walaupon Secret of Self-Made Millionaires bukanlah dalam kategori perniagaan Internet sepenuhnya namun kupasannya mengenai perniagaan internet di ambil kira.

Jika anda bertanya kenapa, Rahsia Buat Duit Di Internet adalah buku paling praktikal pada saya. Anda beli, baca, tgk VCD dan terus boleh buat website dan kalo bernasib baik boleh terus buat jualan pada hari yang sama. Sangat praktikal. Sementara buku Secret of Self-Made Millionaires memberi kupasan yang sgt mengujakan tentang perniagaan Internet dari segi keuntungan dan langkah-langkah2nya. Hasilnya, saya terus nak mendaftar Seminar Rahsia Buat Duit dengan Internet anjuran Team Saifulsham semalam. Malangnya pengambilan telah dihentikan. Huhu..

Apapon, saya nk berkongsi satu maklumat yang saya dapat dari buku Secret of Self-Made Millionaires yang saya rasa sgt penting utk diketahui. Ramai orang yang cakap nk capai Financial Freedom tapi tak sedar terdapat 2 lagi peringkat dibawah Financial Freedom perlu dicapai sebelum melangkah ke dunia kebebasan kewangan. Mengikut Adam, terdapat 4 peringkat kekayaan iaitu:

  1. Financial Stability - Dana anda cukup utk menampung kos hidup selama sekurang2nya 6 bulan (tanpa bekerja) dan anda memiliki perlindungan insuran secukupnya jika anda ditimpa kemalangan atau musibah.
  2. Financial Security - Hasil pelaburan anda memberi pulangan yang cukup utk menampung kos keperluan asas. Jika anda tak berkerja anda tak perlu merempat.
  3. Financial Freedom - Ini adalah peringkat yang diidam2kan oleh ramai orang. Hasil pelaburan anda cukup utk menampung kos gaya hidup anda sekarang tanpa perlu bekerja.
  4. Financial Abundance - Peringkat ini, pelaburan anda memberi pulangan yang mencukupi utk menampung kos gaya hidup yang anda impikan tanpa perlu bekerja. Lagi hebat impian hidup anda lagi lambatlah nk tercapai..

Jadi, buat satu langkah demi satu langkah dan Insya Allah boleh berjaya. Yang penting tetapkan matlamat, mulakan perancangan dan LAKSANAKAN. Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

11 Comments |