RSS
people

Boleh Caya ke ni..?

Salam pertemuan,

Penahkah anda dengar teori2 seperti Pareto Principle, Murphy Law dan Six Degree of Separation Theory? Jika anda tahu tentang teori2 ni, adakah anda setuju dengan teori2 seperti ini? Mungkin anda pengalaman anda sendiri menunjukkan bahawa teori2 ni betul.. Saya amat mengalu2kan dan sangat menghargai perkongsian pengalaman anda.

Kepada yang tak mengetahui apekebende teori2 yang ntah apa2 ni, nnti saya ceritakan. Sebelum tu kite bercerita dahulu. :-P

Saya ada seorang kawan, nama panggilannya.. Tasha. Nama penuh die Muhammad Tashamuddin Bin Tauhid Ahmad. Sebelum disalahertikan, suka saya tegaskan bahawa Tasha bukanlah jenis lelaki yang dikategorikan… auuw.. boleh rujuk entry Cik Akirasuri berkenaan golongan ini. Cuma mungkin membe2 nk kenakan dia guna panggilan Tasha. Ada kesah best gak pasal nama nih.. ;-) Simpan dulu crita tu..

Nak dijadikan cerita, sebelum di panggil bertugas sebagai staff Petronas, Tasha berkerja di kilang Semiconductor, Silterra. Apabila tiba saat Petronas memanggil para2 askar yang dilatih, maka terpaksalah Tasha berhenti dari Silterra. Dek kerana dia merupakan pekerja cemerlang maka Silterra menawarkan gaji sehingga RM4000++ dan bersetuju menampung perbelanjaannya melanjutkan pelajaran. Namun, dia tetap bertegas nak berhenti dan berkerja dengan Petronas yang gajinya lagi rendah dan tak menawarkan pakej melanjutkan pengajian.

Apabila dikhabarkan berita ini, seorang kawan yang dah pekerja dengan Petronas ketika itu terus membuat panggilan. “Weh.. Apsal ko bodoh sangat?”

Dia menjawab..Aku takmo gaji tinggi2. Nnti dah gaji tinggi mulalah beli rumah mahal, kete mahal. Bile dah terikat dengan hutang.. Company buat apa saja kat ko, ko kene ikut jek” Secara ringkas, teori dia kalo kita makan gaji besar, kita akan menjadi hamba syarikat. Sape setuju angkat tangan.. heh.. Jadi saya namakan itu teori Tasha.

Nota: Kawan yang membuat panggilan itu adalah saya. Suka sekali lagi saya ingatkan bahawa bahasa yang saya gunakan tu dah kira jauh lagi ok dibandingkan dengan membe2 kitorang yang lain ;-)

Kepada Tasha: Harap tak kesah dikongsikan teori ko. Puasa elok2. Jangan sampai kene ganti 2 bulan berturut2 sudah. Sape soh kawen nk dekat bulan pose.. heheh..

Berbalik kepada teori2 tadi, Pareto Principle yang juga dikenali sebagai 80-20 Rule atau Law of Vital Few menjelaskan (secara asas) bahawa 80% daripada kesan berpunca daripada 20% penyebab. Contohnya 80% dariada kekayaan dimiliki 20% penduduk. 80% pendapatan datang daripada 20% usaha. 80% masalah dalam kampung berpunca dari 20% penduduk. Teori ini sangat femes dikalangan para usahawan dan pengkaji ekonomi. Mereka menggunakan teori ini sebagai sandaran untuk menghasilkan jualan atau menjana lebih pendapatan dengan lebih effektif.

Alamak.. macam dah panjang sgt je post arini. Sebab topik ni sangat best untuk dikupas, saya bercadang menulis artikel pasal Pareto Principle dan hantar kepada En. Adly. Dia sekarang sedang menerima artikel berkaitan perniagaan utk e-book yang bakal meletup “Dari Sifar Menjadi Usahawan“. Tajuk ni saya nk book, budak ekonomi jangan kaco.. heh..

Manakala Murphy Law pulak menceritakan “what ever can go wrong, will go wrong“. Secara ringkasnya kalo nampak macam nk salah jek.. tak lama lagi akan jadi la tu. Six Degree Separation Theory menjelaskan bahawa orang akan berpusing pada bilangan ke 6. Contohnya Fuad kenal Akira. Akira kenal Fiq. Fiq kenal En Aku. En Aku kenal Adly. Adly kenal Bagak. Bagak sebenarnya dah kenal Fuad. Kira membe atas membe atas membe atas membe atas membe adalah membe. Huhu.. pening2..

Ok..ok..ok.. Cukup2.. byk dah bercerita arini. Sebenarnya nak cerita pasal teori Kereta dan Anda yang dipelopori oleh Fuad dan kesah nama Tasha tu, tapi dah panjang sgt. Kalo ada permintaan saya akan terus bercerita.. :-)

Sehingga berjumpa lagi….

-Fuad-

11 Comments |

100 Orang Di Dalam Dunia

Salam pertemuan,

Entry kali ini adalah hasil permintaan kawan saya, E-One berkenaan satu email yang menarik. Semoga entry kali ini mencetus sesuatu di sudut hati anda. Semoga ia menjadi satu pendekatan baru kita memandang persekitaran kita. Maafkan saya jika pengalihan bahasa tidak begitu bagus.

***********************************************************

Andaikata seluruh penduduk di dunia ini menjadi hanya 100 orang:

  • 57 orang adalah orang Asia, 20 orang Eropah, 14 orang Amerika dan 8 orang Afrika
  • 52 orang Wanita dan 48 orang Lelaki
  • 11 orang homoseksual dan 89 heteroseksual
  • 6 orang membolot 59% daripada kekayaan dunia dan semuanya adalah orang Amerika
  • 80 orang hidup dalam keadaan daif
  • 70 orang tidak berpelajaran
  • 50 orang hidup dalam kelaparan
  • Seorang akan mati
  • 2 orang akan lahir
  • Seorang mempunyai komputer
  • Hanya seorang mengikuti pengajian tinggi

Jika hari ini:

Anda bangun dengan sehat, anda lebih gembira dari 1 juta orang didunia yang takkan hidup sampai minggu depan.

Anda bebas dari perang, kelaparan, penyeksaan atau dipenjarakan, Anda lebih berbahagia dari 500 juta manusia lain.

Anda masuk masjid tanpa rasa takut mati atau dipenjarakan, anda lebih beruntung dari 3 juta manusia di dunia.

Masih ada makanan di dalam peti sejuk, memiliki pakaian dan kasut, ada tilam dan tempat berteduh, anda lebih kaya dari 75% daripada penghuni bumi Allah ini.

Anda mempunyai akaun bank, duit di dalam dompet, syiling di dalam tabung, anda tergolong daripada 8% manusia di bumi yang hidup senang.

Dan jika saat ini juga anda dapat membaca entry ini bermakna anda tidak tergolong dari 200 manusia yang tidak berpendidikan dan….. Anda memiliki sebijik komputer.

******************************************************

Andai kata tidak terpacul di bibir anda kalimah “Alhamdulillah“, saya mengandaikan anda adalah seorang yang bongkak dan tidak sedar diri. Maafkan andaian saya jika andaian tersebut tidak tepat. Mungkin anda mempunyai andaian anda tersendiri…

Sehingga bertemu lagi andai waktu untuk itu masih ada.

-Fuad-

7 Comments |

Pelaburan Dinar Iraq - Bernas atau Hampas?

Salam pertemuan pembaca sekalian,

Semalam saya didatangi surat elektronik (email) dari kawan saya berkenaan pelaburan Dinar Iraq. Memang sangat mengujakan jika dari dilihat peluang pulangan dan disokong oleh teori2 yang menarik. Yang lebih menjolok mata, jika anda memperkenalkan pelaburan ni, ada komisen yang sgt menggiurkan melalui program affiliatenya.

Apa yang bernas? Iraq sekarang tgh kegawatan ekonomi akibat perang dimana pertukaran mata wang 1 Dinar Iraq bersamaan 0.00068 US Dolar. Memang rendah yang teramat. Fenomena yang sama berlaku pada Dinar Kuwait semasa perang (Krisis Teluk Iraq-Kuwait) dahulu ialah bersamaan 0.1 USD tetapi sekarang bernilai 3.46 USD utk setiap 1 Dinar Kuwait. berbanding Kuwait, Iraq mempunyai simpanan yang jauh lebih tinggi dimana setakat ini hanya 17 daripada 80 telaga minyak yang digali. Sejarah jugak menunjukkan Dinar Iraq pernah mencecah harga USD 4 utk 1 Dinar. Kalaulah Iraq kembali pulih dah Dinar Iraq hanya mencecah USD 1 dolar utk 1 Dinar, ini bermakna pelaburan memberi pulangan 1400%. Dengan kata lain, anda laburkan RM1000 hari ini anda akan dapat RM1.4 juta apabila ekonomi Iraq sudah pulih. Jutawan..lalala.. :-)
Sumber Rujukan: http://www.mydinar.net

Apa yang Hampas? Maka saya pun buat la kajian awal berkaitan pelaburan yang nampak begitu gah dan masyuk nih. Perkara pertama yang saya lakukan, saya pastikan betulke nilai pertukaran matawang yang dinobatkan tu. Website yang selalu saya pakai ialah http://www.xe.com Memang sah, 1 Dinar Iraq bersamaan 0.00068 US Dolar. Tapi ada satu link menarik keluar bila Matawang Iraq Dinar dipilih, WARNING! Beware of Investment Scams Involving IRQ Iraq Dinar. Haha.. utk penjelasan lanjut boleh rujuk sumber rujukan di bawah.

Sumber Rujukan: http://www.xe.com/iqd.htm

Pendapat saya, saya tidak menyokong mana2 pihak dari segi potensi Matawang Iraq. Masing2 mempunyai teori tersendiri berkenaan potensi Dinar Iraq utk naik semula. Teori mana yang betul, terpulang kepada kehendak yang Maha Kuasa. Saya cuma meragukan dari segi hukum melabur dalam matawang. Pendirian saya, ia amat2 meragukan, no offense buat peminat FOREX (ini adalah pendapat peribadi dan tak layak diguna pakai sebagai penghujah hukum). Mungkin budak ekonomi boleh komen.. lama dah tak nyusahkan dia ;-)
Semoga perkongsian ini bermanfaat utk anda..

-Fuad-

Nota selingan: Saya rasa kalau kita buat perniagaan secara online, terutama jual barang amat elok kalo lepas pembayaran dibuat, penjual membuat panggilan kepada pembeli dan melafazkan akad jual beli. Apa komen anda?

22 Comments |

Tolonglah Aku

Salam Pertemuan,

Pernah diceritakan oleh kawan saya kisah adiknya membaca doa qunut.

Di waktu subuh yang hening, seorang gadis kecil menunaikan solat Subuh. Umurnya masih sangat muda dan masih baru belajar beribadat. Tanpa dia sedari, abangnya sedang berzikir disatu sudut bilik sembahyang. Sampai bangkit dari rukuk rakaat kedua, gadis ini terdiam. Dia memang tak tahu baca doa qunut. Selalu mendengar Ayahnya dan abang2nya membaca doa qunut dengan suara yang kuat. Maka dengan penuh perasaan dia berdoa ”Ya Allah yang tuhanku. Bagilah aku rambut yang panjang“.. Apa lagi, berdekah2 lah si Abang kat belakang. Abes dinobatkan kesah tu kat seluruh ahli keluarga. Ampeh sungguh si Abang. Tapi sebagai seorang abang yang ada adik perempuan, saya setuju.. memang best ngusik adik pompuan. Hahak.. :-P

Apa yang cuba saya sampaikan ialah doa. Adakah kita hanya perlu berdoa mintak perkara2 yang serius sahaja? Pada pendapat saya, Allah itu yang Maha Penyayang. Dengan kasih sayangnya, sebagai hamba kita patut mengadu semua masalah kita padaNYA, tak kiralah seremeh atau sekecil mana pon. Memanglah Allah Maha Mengetahui, tapi bukankah lagi afdal kita sendiri yang meminta tolong dari yang sangat menyayangi kita, yang sangat pemurah dan maha kaya? Saya betul2 kagum dengan kemurnian hati adik perempuan kawan saya tu. Dia sangat menginginkan rambut yang panjang, siapa lagi yang paling utama dapat menunaikan permintaan dia?

Teringat saya komen dari seorang hakim suatu ketika dulu. “Janganlah kita selalu menyusahkan tuhan dengan meminta bermacam2..” Augustine Paul, seorang hakim yang menulis buku undang2 yang menjadi rujukan utk univeristi2 di Malaysia. Lawak sungguh.. Adakah dia membayangkan TUHAN itu seperti manusia yang mempunyai had.? Masa yang terhad, tenaga yang terhad, sumber yang terhad, ruang yang terhad. Tidak wahai tuan hakim. Allah itu Maha Sempurna. Mintaklah apa sahaja, banyak mana sekalipun. Tidak menjadi masalah sedikit pon pada Zat yang Maha Kuasa.

Renungan:

  1. Doa adalah senjata utama orang Islam
  2. Perlukah kita malu utk meminta sesuatu yang remeh dari Allah padahal Allah lah paling memahami diri kita?
  3. Kalo budak kecik berdoa, mesti best curik2 dengar.. ;-)

Pasal meminta tolong ni, saya nak sentuh sket isi pertama dalam buku Before You Quit Your Job semalam. A succesful business is created before there is a business. Isi ini menekankan mind setting sebagai seorang usahawan dan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan yang terperinci. Setelah rancangan perniagaan yang terperinci siap, langkah yang sangat penting ialah mintak tolong. Mintak tolong akauntan, peguam, jurujual, usahawan yang berpengalaman dan siapa saja yang difikirkan perlu untuk memberi komen rancangan perniagaan anda. Ini adalah langkah yang sangat penting tapi ramai orang tak buat.

Semoga bermanfaat utk anda. Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Berdoa dalam hati: Ya Allah, bagilah kerja tak byk harini supaya boleh balik on-time.. :-)

16 Comments |

Before You Quit Your Job

Salam Pertemuan,

Buku dari Robert Kiyosaki bersama Sharon Lecture. Before You Quit Your Job – 10 Real Life Lessons Every Entrepreneur Should Know About Building a Multimillion Dollar Business.

Pendapat peribadi saya, kebanyakkan buku karya Robert berkait rapat antara satu dengan yang lain. Pendapat saya, tiga buku utama yang menerangkan prinsip asas Robert ialah Rich Dad Poor Dad, Cashflow Quadrant dan Retire Young Retire Rich. Konsep asas dalam 3 buku utama ni digarap dalam buku Before You Quit Your Job dan ditulis khusus untuk orang yang ingin berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Jom kita tgk 10 perkara yang perlu diambil kira sebelum berhenti kerja mengikut kata2 si Robert nih:

  1. A Successful Business is Created Before There is a Business (Perniagaan yang berjaya sudah diwujudkan sebelum ia bermula)
  2. Learn How to Turn Bad Luck to Good Luck (Belajar menukar nasib tak baik kepada nasib baik)
  3. Know the Difference Between Your Job & Yor Work (Tahu perbezaan tugas dan pekerjaan anda)
  4. Success Reveals Your Failures (Kejayaan akan menunjukkan kegagalan anda)
  5. The Process is More Important Than the Goal (Perjalanan itu lebih penting dari matlamat)
  6. The Best Answers are Found in Your Heart… Not Your Head (Jawapan terbaik adalah dari hati bukan otak)
  7. The Scope of the Mission Determines the Product (Matlamat perniagaan anda menentukan produk)
  8. Design a Business That Can Do Something That No Other Business Can Do (Bina perniagaan yang buat lain dari yang lain)
  9. Don’t Fight for the Bargain Basement (Jangan bersaing dengan keuntungan yang rendah)
  10. Know When to Quit (Tahu bila perlu berhenti)

Itulah dia 10 perkara yang Robert cuba sampaikan dalam buku dia. Ini adalah kata2 dia dan setiap orang mempunyai pendekatan yang tersendiri. Apapun ini adalah buku yang sgt menarik dari segi kandungan. Seperti biasa Robert mempunyai cara yang menarik utk menerangkan semua teori2 dia dan disokong oleh Sharon. Kalau sape yang dah baca buku ni akan berpendapat utk memulakan perniagaan bukanlah semudah 1)Berhenti Kerja 2)Mulakan Perniagaan. Namun Robert jugak menggalakkan pembacanya ambik risiko, seperti buku2nya yang lain.

Semoga perkongsian ini bermakna untuk anda. Mungkin lenkali kita leh bincang detail setiap isi2 tu.. Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

9 Comments |

Kempen Berhenti Kerja

Salam pertemuan,

Saya tidak berniat melancarkan kempen berhenti kerja :-P Saya cuma mahu bercerita pasal pengalaman pasal pekerjaan. Masa saya nak berenti company saya dulu adalah beberapa membe yang semagat betul nk berenti.. Tapi last2 saya je yang berenti.. huhu.. Kepada sesiapa yang terasa tu, ni cabaran nih.. ;-)
Sebenarnya memang tak salah bekerja. Malah dunia hari ini memerlukan pekerja. Kalo sume nk jadik bos pon susah jugak. Jadi, entry kali ini saya nak dedikasikan kepada orang yang memang betul2 nk berhenti kerja dan mulakan perniagaan.

Pendapat saya, orang2 yang nk berhenti kerja tapi masih bekerja kerana tidak sanggup hilang jaminan yang setiap bulan gaji akan masuk. Gaji masuk bermakna ada fulus. Ada fulus bermaksud boleh teruskan hidup lagi.. Haha.. Ada jugak yang banyak hutang2 menyebabkan mereka tak boleh berhenti. Cthnya saya. :-(
Namun, adakah satu langkah yang bijak berhenti kerja tanpa perancangan yang terperinci? Pendapat saya, sebelum berhenti, seseorang memerlukan bukan sahaja rancangan terperinci tetapi jugak beberapa back-up plan andai rancangan tak menjadi. Bak kata Robert Kiyosaki, berhenti bekerja dan memulakan perniagaan ni laksana terjun dari kapal terbang tanpa payung terjun. Payung terjun perlu dibuat sebelum terhumban ke tanah. Jika sempat, anda selamat. Jika tidak.. terimalah kesakitan tu (harap2 tak mati) dan kemudian terjun lagi sampai berjaya.. :-)
Buat sesiapa yang ingin melancarkan kempen berhenti kerja.. saya akan ulas buku Robert Kiyosaki bertajuk “Before You Quit Your Job” pada entry akan datang. Nantikan…

-Fuad-

11 Comments |

Hantu Pokok Pinang

Salam Pertemuan,

Nota Gambar: Iklan Coke di Eropah. Kalau perasaan kita sedikit pun tak terusik, tak tahu nak cakaplah. Kononnya kita Anti-Yahudi, tapi mereka dengan senang mengaut kekayaan dari poket kita. Hurm…

Suatu ketika (lebih kurang 3 atau 4 bulan yang lepas) sebuah stesen minyak Shell di Penang penuh sesak dengan kunjungan orang ramai. Setiap malam, manusia berpusu2 memenuhi kawasan tersebut. Kalau di bukak gerai jual dadih ke saya yakin pasti laris sekali :-) Maka tertanya2 lah saya, apalah daya tarikan stesen minyak itu yang penuh sesak dengan umat manusia walhal bukanya mahu mengisi minyak pon mereka mereka ini.

Rupa2nya mereka ingin menyaksikan secara dekat hantu tenggek di atas pokok. Konon nya bila malam menjelma, bertenggekla hantu diatas sebatang pokok. Maka ramailah orang dari setiap pelusok Penang datang menyaksikan fenomena aneh ni.. Kira pakat2 tgk hantu.. hantu plak tgk derang. Fenomena ini hanya berakhir setelah pokok tersebut ditebang. Terserlah lah crita sebenar yang dikatakan hantu tenggek itu hanyalah sejenis pokok tumpangan yang tatkala malam nampak seolah2 makhluk diatas pokok.

Inilah contoh fenomena hantu pokok pinang yang digilai oleh masyarat Malaysia terutama sekali M….. (kalo cakap kang ada plak yang terasa.. jadi biarlah rahsia..masing2 pakat buat andaian). Istilah ini digunakan oleh Dr. Danial dalam satu rancangan Motivasi Mutiara FM. Kaum M lebih gemar melihat Hantu Pokok Pinang dan terkinja2 dengan artis pujaan hati mereka.

Maka, apa ku pedulik si Pope mahu kata apa…Coke nak iklan mengihina agama.. Tak peduli.. Yang penting Coke adalah penaja rasmi hiburan kegemaran.. Si Pope tu biar Ustaz2 yang setelkan, Pak Menteri yang perlu risau.. Hidup hanya sekali.. Kita enjoy…

Nak dijadikan cerita bangkitlah Professor beragama Kristian menyanggah kata2 Pope… ( Gary ) Kalau yang dianggap pihak seberang sana pon mahu menegakkan kebenaran, nampak sgtlah yang mana benar yang mana salah. Tapi…yang di sini tak kesah.. Tak kiralah yang bernama Aiman atau tidak.. Tetap..Aiman tak kesaaahhh….

Nota: Sorry Aiman.. Nama anda sungguh femes utk tidak digunakan dalam menerangkan senario ini. Namun ia tidak membawa entiti mana2 individu. Sekadar penyedap ayat..

Renungan:

  1. Tak habis2 puak2 disana ingin memainkan sentimen keagamaan.Apa yang perlu kita buat.? Landaskan dengan ilmu bukan emosi (itupon kalo kita beremosi dengan isu2 sebegini)
  2. Kawan..Sampai bila kita mau jadi buih2 dipermukaan air..
  3. Kalo nak kasik jualan laris, kita taruk kain putih ke..wat rambut2 sket kat atas pokok yang berhampiran.. Haa..tak lama lagi ramailah orang dtg.. Boleh buat duit tu.. ;-)

Sekadar perkongsian utk renungan bersama..

-Fuad-

12 Comments |

Pekerja KFC Terjatuh Dalam Kuali Panas

Ish..Ish..Ish.. kesian dia.. Peringatan buat rakan2 yang suka memasak terutama sekali mengoreng samaada dapur mahupun di dewan peperiksaan, berhati2lah. Malang itu tidak berbau.. ;-)
Hari ni saya nak cakap pasal berfikiran kreatif. Agak2nya kan, kalo KFC buat nugget bentuk orang macam ni makin laris tak? Teringat lawak Ustaz Ismail Kamus dalam satu ceramah. Masa gaji kecik, jumpa member “Weh, Hang nk makan apa arini?”. Dah naik pangkat sikit. “Nak makan kat mana ni”. Dah jadi bos besaar. “Hari ini kita nak makan siapa?” Hahak..

Pasal berfikiran kreatif, ada yang cakap berfikir luar kotak la dalam kotak la berkotak2la. Apapun secara kasarnya berfikiran kreatif ni pikir bende yang orang lain tak terfikir. Tak semestinya kene sesuatu yang pelik2, kadang2 yang simple sangat tapi orang tak terfikir nak buat. Dua kisah yang femes pasal berfikiran kreatif tetapi ringkas dan padat. (Sape2 yang dah tau cerita ni, boleh kita bincang2kan pengajarannya)

Menulis di Bulan: Tersebutlah kisah para angkaswan US berjaya mendarat di bulan dengan jayanya. Hatta melihat kehebatan persekitaran di bulan, para angkasawan pon ingin menulis laporan ekspedisi tersebut. Malangnya, dek kerana graviti dibulan lebih rendah, dakwat pen tak leh nk turun. Aiseh…haru nih. Maka dikumpul para bijaksana utk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah dibuat kajian bermacam2 dan melabur jutaan dolar akhirnya mereka berjaya mencipta pen bertekanan tinggi. Banggalah rakyat US dapat mencipta pen yang boleh menulis dibulan. Sebulan kemudian Rusia telah menghantar angkasawan di bulan dan mereka menulis laporan menggunakan…….pensel :-)
Sabun yang Hilang: Sebuah kilang sabun di US menghadapi masalah dalam pembungkusan sabun kerana ada kotak yang tidak berisi sabun. Utk mengatasi masalah ini para genius memikirkan berbagai cara akhirnya mereka membeli mesin X-Ray yang mahal utk memastikan setiap kotak berisi sabun sebelum di pasarkan. Satu kilang di Jepun juga menghadapi masalah yang sama. Apa yang mereka lakukan, memasang kipas pada line terakhir sebelum dimasukkan dalam kotak. Kotak yang kosong akan terbang ditiup angin.

Nota: Kedua2 cerita tidak bermaksud memperlekehkan kebijaksanaan orang US. Kepada pembaca yag berkerakyatan US, penulis memohon maaf atas ketidaksengajaan mengutuk orang US.

Berfikirlah secara ringkas utk menyelesaikan masalah. Kita hanya memerlukan satu saja idea yang kreatif utk boomm.. :-P Jom mula memerhatikan apa yang orang lain lakukan hari ini dan cuba menukarkan pendekatan dengan cara yang lebih kreatif. If the result not good, change the approach. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, hilangkan kitaran yang negatif. Rasul Allah bersabda, Orang yang paling bodoh adalah orang yang di patuk oleh ular yang sama, di lubang yang sama dua kali.

Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

13 Comments |

Sudahlah Wahai Pengecut

Salam pertemuan semua,

Sahabat saya pernah mengingatkan saya ketika saya nk memulakan perniagaan di pasar malam. Orang melayu ni hang kena berhati2 sket. Kuat hasad dengki dia. Lebih2 lagi kalo berniaga.

Maka, diceritakanlah kisah benar tentang Makciknya. Makcik kawan saya ni berniaga nasi lemak disekitar P. Pinang. Biasalah, byk peniaga yang menjual nasi lemak. Dek rezeki nya yang murah, nasi lemak makcik ni sangat laris. Mungkin kerana sedap dan sikap makcik ni yang pemurah (dia selalu bagi duit kat budak2 kecik yang datang kat gerai dia). Nak dijadikan cerita, seorang pengecut mengintai dari jauh kejayaan makcik ni. Kerana hasad dengki dan sikap pengecutnya utk bersaing secara sihat, dia menggunakan ilmu khurafat utk mengenakan makcik ni. Sedihnya makcik yang dulu berbadan agak berisi menjadi semakin kurus dan menderita akibat ilmu si pengecut durjana ini. Akhirnya, Allah menarik nyawa makcik ini. Penderitaan beliau berakhir. Allah itu maha pengasih.

Yang lebih teruk perangai si pengecut ini, dia pergi meninjau keadaan makcik ni utk memastikan dia sudah meninggal. Agaknya berbangga dengan kehebatan ilmu kotornya. Dasar si pengecut. Saya tak pernah tengok dengan mata kepala sendiri ilmu kotor yang begitu kejam ni. Stakat yang ringan2 tu pernah gak.

Saya pernah melihat kuasa ilmu khurafat ini masa saya sekolah menengah. Saya ada seorang kawan, yang mana tiap kali nk masuk tandas mesti mintak tulun saya pegangkan dompet dia. Saya peliklah. Apsal plak tak leh wat masuk jamban. Akhirnya dia bagitau yang dia ada tangkal dalam dompet tu. Katanya itu tangkal penunduk. Berlainan dengan ilmu pengasih, penunduk ni tak buat perempuan jatuh hati tapi tunduk mengikut perintah je dan tak melawan. Inilah rupanya rahsia kenapa budak2 perempuan tak pernah melawan dia (Ini terjadi selepas dia bwk tangkal tuh, sebab sebelum ada tangkal tu memang dia antara ranking atas di anti oleh geng2 pompuan)

Nota: Zaman sekolah menengah, budak2 lelaki ngan pompuan memang slalu bergaduh jek kerje :-P

Secara peribadi, saya merasakan bertapa tidak gentlemannya menggunakan tektik kotor begitu. Ini satu lagi jenis pengecut. Common la. It just a very childish and foolish thing to do. Adakah nampak macho bila semua pompuan tunduk walhal bertabirkan bantuan syaitan2 dan jin2..

Wahai pengecut2.. sahabatmu akan dibelenggu kelak. Sampai bila engkau masih mau jadi pengecut berselindung dibalik amalan mungkar kau itu. Tempuhilah dunia ini dengan kudrat kau sendiri…

Pesanan dari insan kerdil:

  1. Stakat mana hidup ini mahu jadi hebat dengan bergantung pada kesyirikan.? Hidup ini hanya sementara.
  2. Usahlah berhasad dengki. Jadilah seorang yang bermaruah dan bersainglah dengan sehat.
  3. Wahai Si Pengecut, sudahlah.. Cukuplah onar yang engkau dah lakukan dimuka bumi ini..
  4. Alert…alert.. Akan datang.. Pelaburan yang menjanjikan pulangan hebat. Dalam satu malam saja keuntungan melebihi 60000%. Pergh..sape yang tak merebut peluang pelaburan ni sgtlah rugi.. kurang waras mungkin lagi tepat ;-) Al-Qadr.

Sehingga bertemu lagi andai hayat masih mengizinkan.

-Fuad-

12 Comments |

Tangan yang memberi

Salam pertemuan,

“Pakcik, saya nak yang kaler putih kecik ye..?” Seorang budak kecik berdiri disamping gerai saya.

Setelah siap iceblended vanilla dan dah dihias cantik2, saya menghulur kepada budak kecik tersebut. Tiba2 muka dia berubah.. “Saya ada seringgit je Pak Cik” suara yang beralun dengan sedikit nada meminta belas..

Saya senyum..”Takpe.. Pak Cik wat special utk adik.. Ni rahsia kita tau.. Lenkali pon Pak Cik jual singgit je kalo adik nk iceblend ..” Kanak2 itu berlari2 riang dan hilang dicelah2 pengunjung pasar malam.

Jam dah menunjuk pukul 9:30 malam. Saya dah bersedia utk menutup gerai. Malam ni agak kurang pelanggan. Target saya nk habiskan bahan sebelum bulan puasa. Puasa ni nk cuti berniaga. Sedang mengemas2 barang, datanglah seorang lelaki mendekati gerai saya.

“Weh.. dah tutup ke..? Awal lagi nih..”

“Dah tutup la bang.. Sorry lah”

Dia berfikir sejenak sambil memerhati saya mengemas barang.. “Eh..ko buat la utk aku satu. Jap lagi aku dtg ambik” dia terus blah.. Saya dalam hati.. Gengster betul brader nih. Tak nampak ke aku dah kemas barang dah sume..

Dengan hati yang berat, saya keluarkan balik2 barang. Saya siapkan satu iceblended utk brader tadi.. Sementara menanti dia datang, datang satu famili membeli 4 lagi iceblended diikuti seorang budak kecik membeli 2. Alhamdulillah. Rezeki semalam agak murah. Sekarang jualan saya dah mencapai target. Yang tak tahan tu siap diperli oleh brader tu.. “Haa..kan aku dah soh ko bukak balik..” sinis sungguh nada nya. Apapun..tenkiu brader..

Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas. Walau sedikit sumbangan dengan ikhlas kerananya, pasti dibalas berkali2 ganda.

Pengajaran:

  1. Jadikan pemberian ikhlas satu amalan. Walaupun terlalu sedikit sumbangan itu kita pasti tak menyangka Allah membalasnya dengan berkali2 ganda.
  2. Customer is always right. ;-)
  3. Berniaga adalah satu senaman yang baik utk mengeluarkan peluh..

Pengumuman:

  • Projek dadih lapis saya terpaksa dibatalkan kerana hasil ekperimen menunjukkan dadih yang dibuat menggunkan kotak ais tak menjadi seperti menggunakan peti ais. Apapun terima kasih keatas rakan2 yang menyumbangkan idea dan komen.
  • Tiket balik kampung masa Raya dari P. Pinang ke Kelantan sudah habis. Sape2 yang dok Penang nak balik Kota Bharu dgn keta, kalo ada kosong lagi bagaitau la ye..
  • Sape2 nk rasa dadih boleh ler datang rumah petang ni.. Walau rupanya tak cantik tapi rasanya tetap best.. Heh.. (Sehari suntuk beli bahan dan buat dadih semalam, akhirnya.. Isk..isk.. :-( )
  • Kepada member2 blog dan jugak pembaca, Saya ingin memintak halal segala ilmu yang saya timba melalui blog2 korang, komen2 korang, email2 korang dan rujukan2 yang korang beri. Insya Allah ilmu itu akan digunakan kearah kebaikkan. (Baru lepas kena basuh pasal keberkatan ilmu)

Sekian buat kali ini.. Terima kasih..

-Fuad-

15 Comments |