RSS
people

Entri Baru - RWDS

rancangwang

Selamat menjalankan ibadah puasa…. :) Sesudah sekian lama meninggalkan blog ni tak di isi, teringin nak menulis sesuatu hari ni. Hakikatnya sudah 3-4 hari lepas rasa nk mengulas buku, lebih-lebih lagi ada offer yang menarik dari Pakdi perihal buku terbaru nya ( tak pasti pulak kalau ada karya Pakdi yang lain di pasaran) Rancang Wang Dari Sekarang atau nama singkatannya RWDS.

Malangnya, kita merancang saja yang penentunya adalah bukan diluar kuasa kita. Harapnya ayat ni tak berbaur membagi alasan. Tarikh akhir membuat ulasan buku tu berakhir pada 15 Ogos 2010.. :( Akibat masalah teknikal saya gagal membuat entri sebelum tarikh tutup. Saya tak tahu kenapa Celcom Broadband block blog saya nih. Maaf pada hosting provider saya yang kena sound, rupa-rupanya bukan salah dia. Namun memandangkan saya dah berniat nak buat ulasan, hari saya buat jugak serba ringkas.

Bermulanya bulan puasa ni patern pembacaan saya berubah. Buku berkaitan perancangan kewangan, perniagaan, penulisan dan seumpanya hanya saya baca time tengah panaskan enjin kereta. Buku RWDS ni terletak dalam kategori ini. Ini yang bestnya sebab pengarangnya yakni Pakdi menyusun bab-bab secara ringkas dan padat. Ngam-ngam meter temperature dah naik boleh abes jugak 2-3 bab. Cumanya dengan cara pembacaan saya pada bulan Ramadhan ni menyebabkan buku setebal 162 muka surat dan mengandungi 27 bab mengambil masa 5 hari jugak nak di habiskan.

Pembacaan teknikal hanya saya lakukan waktu pejabat saja, maklumlah keperluan kerja. Kita ni makan gaji jek. Pembacaan penghayatan saya baca bila lepas solat Terawikh sambil menunggu masa untuk melelapkan mata. Bestnya Terawikh kat Surau Subang Suria ni, penceramah yang dijemput bukan calang-calang. Excited gak saya malam ke-3 terawikh Ustaz Wan Ji Wan Hussin datang bagi tazkirah. Ustaz Wan Ji ni pengarang buku Belajar Dari Para Wali yang ada dalam koleksi buku saya. Pada saya pengarang-pengarang buku ni selebriti yang saya respek. Semalam pulak penceramah siap cadangkan buku lagi. Hehe. Kira hari ni saya nk cadangkan buku RWDS ni lah. Jom pakat-pakat beli.

Pembacaan perihal ibadat selalunya saya baca time sahur dan lepas subuh. Memandangkan banyak jenis buku saya cuba baca dalam sehari, masa untuk setiap buku agak terhad namun fokus itu agak baik sebab bila kita switch buku, otak kita jadi fresh balik.

Uniknya buku RWDS ini ialah cara penyampaian Pakdi dalam menghuraikan topik-topik penting dalam pengurusan individu berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Paling saya tertarik ialah kisah Nabi Yusuf menafsir mimpi Raja Mesir ketika itu. Rata-rata buku kewangan tak kira dari barat mahupun penulis tempatan (kebanyakkan mereka mengadaptasi buku dari barat), emergency fund mereka tetapkan pada 6 bulan. Tapi Pakdi menyatakan 7 tahun. Nas nya adalah ayat Al-Quran menceritakan kisah Nabi Yusuf. Tabik..

Keduanya gaya bahasa yang sungguh mudah difahami dan penggunaan analogi yang sangat tepat. Mungkin pengalaman Pakdi menjawab soalan dan menerangkan pada pembaca blog, forum mahupun dalam bengkel kewangan memberikan Pakdi kemahiran ini. Menerangkan sesuatu yang berbaur teknikal supaya mudah difahami orang kebanyakkan melalui penggunakan contoh yang tepat.

Ketiganya, Pakdi menyentuh hampir kesemua masalah kewangan yang dihadapi oleh orang Malaysia khususnya umat Islam hari ini. Ini membuatkan buku ni menjadi padat dengan maklumat dan mungkin mengundang pertanyaan lanjut. Namun mesej Pakdi sangat jelas, laksanakan dulu apa yang anda baca. Titik.

Mungkin Pakdi akan menulis buku lanjutan yang lebih terperinci untuk setiap bab atau Pakdi membuka ruang untuk pembaca mengutarakan pertanyaan lanjut. Namun pendapat saya kalau belum laksanakan apa yang ditulis itu, baik buat dulu sebelum tanya.

Habis tiga sebab utama pada pandangan peribadi saya kenapa buku ini agak istimewa. Objektif pembaca amat jelas dari tajuknya, mengajar pembaca merancang kewangan mengikut Syariah. Bab-bab nya disusun mengikut kategori hukum kewangan, penerangan istilah, simpanan (dimulakan dengan impian) dan perbelanjaan , pelaburan , hutang, perlindungan dan amalan baik. Ini secara ringkas nya lah (rasanya tak perlulah disenaraikan kesemua tajuk sebanyak 27 bab tu). Senang cerita merangkupi hampir keseluruhan kewangan yang kita perlu tahu.

Buku ni sesuai untuk buku semua golongan baik yang dah lama kerja atau yang baru nak kerja atau yang tak berkerja lagi terlebih bagus nya. Sehingga bersua lagi. Semoga Ramdhan kali ini kita tak sia-siakan.

Salam…

No Comments | Tags: ,

Gerak Gempur Pasar Malam

treadmillnytime.jpgMood = Tertekan. Punca = Stok lama tak terjual. Sejak balik labuan haritu saya terus kena pegi Melaka. Ntah sampai bila x tahu. Mungkin 2 minggu lagi. Natijahnya, dah beberapa minggu perniagaan Little Trees tak berjalan. Adeii.. Azam saya abes je outstation kali ni nak buat gerak gempur penghabisan stok. Target market ialah Pasar Malam. Maka saya dengan ini menyeru para sahabat yang tinggal di sekitar Selangor atau lebih spesifiknya Shah Alam dapat membantu saya menyediakan maklumat tentang Pasar Malam yang best dekat tempat korang. Hadiahnya*(rujuk nota kaki untuk terma dan syarat) ialah sekeping little tree yang anda sukai. :-P
Latest buku yang saya dok godek2 semenjak dua menjak ni ialah Weekend Millionaire Mindset karya Mike Summey & Roger Dawson ngan Train Your Brain karya Dr. Ryuta Kawashima. Yang menarik pasal buku Train Your Brain ni ialah kajian penulisnya menunjukkan senaman paling best utk otak ialah membuat latihan matematik yang mudah dengan cepat. Dan keduanya ialah membaca dengan suara yang kuat. Haha. Itu yang lawak tu. Sejak dua menjak ni saya jadik macam budak tadika belajar bahasa Inggeris. Baca buku kuat2 macam belajar mengeja. Kene sediakan air mineral satu botol besar. Mau taknya, kering tekak wa cakap lu..

weekendmillionairemindset.jpgtrain.jpg

Sedihnya time nak datang site aritu tertinggal plak buku tu. Dalam buku tu disediakan aktiviti selama 60 hari untuk menambahkan kecerdasan otak samaada dari segi kuatkan ingatan, kreativiti, mahupon kecekapan berfikir.

Buku Weekend Millionaires Mindset adalah buku yang terbaik penah saya baca mendefinasikan pasal financial freedom. Serius. Memang tak tipu. Even penulis yang saya minati Robert Kiyosaki pon tak definasikan financial freedom se’best’ penulis buku ni. Saya amat rekemen buku ni, bak kata orang kelantan ‘berani tepek jari’. Mungkin sebab utama fokusnya ialah mencapai financial freedom melalui part time. Well.. you got to read it in order to judge it. Mark my word.. the insight is soooooo much valuable.

*Terma dan Syarat Kempen Gerak Gempur Pasar Malam

Sebaik sahaja penjualan pertama little tree di tempat yang dicadangkan berjaya, pencadang dengan automatiknya layak untuk mendapatkan hadiah. Hadiah tersebut mestilah diambil dari pihak menganjur dari tapak pasar malam yang dicadangkan. Panghataran melalui pos tidak akan dilayan. Pengambilan melalui wakil juga tidak dilayan….. kecuali wakil tu cun ;-)
-Fuad-

10 Comments |

Takde Life..!

Salam pembaca Almari Buku semua, 

Pernah dengar tak ungkapan tersebut? Dulu (merujuk zaman U), housemate saya seorang yang teramat rajin study. Tiap kali saya celik je mata, dia dah tercongok dah depan buku tak pon depan komputer. Silap2 mimpi pon sebut formula. Nasib baik saya jenis yang cool jek.. tak terpengaruh langsung.. hahak. :-P (sila abaikan ayat ini bagi yang masih sedang menuntut) Kerana kerajinan dia, adalah segelintir orang yang kata “Ko ni takde life aaa..dok stadi jek. Banyak bende lagi dalam dunia ni boleh wat tau tak..” Saya - No komen (Dalam hati: Tgklah masa nk antar assignment nnti, sape yang dicarik)

Fuad: Skill Copy Ninja Kakashi peringkat duploh lapan, boleh salin assignment tanpa mengetahui subject apa sebenarnya assignment tu.. heheh.. ;-)
Sekarang (merujuk sejak mula berniaga di pasar malam), bila di tanya “Balik ni watpe? Nak ikut kitorang layan cinema dak?”

“Aku berniaga kat Pasar Malam, best woo.. singgah aa nnti”

“Ek enaaa.. takde life aa.. Ko telah membazir masa muda ko tau tak?”

Saya - No komen.

Hmmm…saya terpikir. Apa maksud life..? Adakah hidup seperti orang lain itu life? Pilih cara hidup sendiri itu takde life. Adakah bila kita tgk orang yg rutin harian dia tak sama macam kita, kita menganggap dia tak gembira dengan hidupnya.. Yang mampu di ucap..”kesian…” Padahal, mungkin orang itu lebih gembira melakukan perkara yang lain dari orang lain.. Kita tak tahu..

Hari ni saya tulih blog dgn mood yang sgt hepi.. I had choose my own way of life. Slagi apa yang aku buat tak berdosa.. Why not?

Fuad: Erkk.. ada 7 AI nak kene submit hari ni.. Company tgh nk buang orang ni…Fuad, kerja rajin2.. You can be fired anytime..

Sedikit sambungan ulasan buku Multiple Streams of Income, merujuk kepada duit simpanan, Robert mencadangkan di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Duit Kecemasan (3-6 Bulan perbelanjaan Anda)
  2. 50% Pelaburan Risiko Rendah
  3. 30% Plaburan Risiko Sederhana
  4. 20% Pelaburan Risiko Tinggi

Mengikut kajiannya, ramai orang yang hanya bergantung kepada gaji shj tanpa ada simpanan kecemasan. Jika hari ini dia dipecat, esoknya dia tak boleh survive lagi. Duit takda. Itulah gunanya duit kecemasan. Walau anda di buang kerja dan takda sumber pendapatan lain dah, sekurang2nya anda mempunyai masa 3-6 bulan utk mencari pendapatan baru.

Sementara peratusan pelaburan itu sekadar rujukan. Terpulanglah kepada individu utk memberikan keutamaan dalam pelaburan yang mana satu. Disarankan, semasa masih muda bykkan melabur risiko tinggi, semakin tua ehem ehem berumur :-) , lebihkan pelaburan dalam risiko rendah.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

P/S: Server Wordpress dah ok. Kalo nak tgk cover buku Mulitple Streams of Income sila ke post Multiple Streams of Income

7 Comments |

Multiple Streams of Income

Salam semua,

Hari ini saya nk bincang buku baru bertajuk Multiple Streams of Income - How to Generate a Lifetime of Unlimeted Wealth daripada Robert G. Allen. Secara peribadi saya amat menyukai buku ini berdasarkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat.

Saya amat sarankan kepada mereka yang serius utk membuat duit, anda harus miliki buku ini dan yang lagi penting, praktikkan apa yang terkandung dalam buku ni. Secara peribadi juga saya mensasarkan pada umur 33 tahun saya melaksanakan kesemua 9 sumber pendapatan yang disarankan oleh buku ni (semuanya sepuluh tetapi ada satu sumber yang tidak dapat dipraktikkan di Malaysia). Ada 7 tahun lagi.. heh.. Good luck to myself :-)
Pada awalan buku,Robert menegaskan sebelum anda mempraktiskan apa yang diajarkan, anda perlu tahu 7 kemahiran wang iaitu:

  1. Menghargai duit
  2. Mengawal duit
  3. Simpan Duit
  4. Laburkan Duit
  5. Buat Duit
  6. Jaga Duit
  7. Kongsi Duit

Kemahiran tersebut adalah mengikut turutan. Selagi anda tidak pandai dengan kemahiran pertama sgt susah anda utk mempelajari kemahiran ke-2 dan begitulah seterusnya.

Asas yang paling utama yang cuba disampaikan, Robert menggambarkan kekayaan atau duit sebagai sebuah kolam takungan. Terdapat air yang mengalir masuk dan juga yang mengalir keluar dari kolam tersebut. Tugas anda ialah memastikan air ditakungan itu sentiasa ada, lagi bagus airnya bertambah setiap masa :-P . Secara logiknya, untuk bertambah, air yang mengalir masuk mestilah lebih banyak dari yang megalir keluar.

Mengikut Robert Allen lagi, air yang mengalir masuk kedalam kolam itu berasal dari 3 buah gunung iaitu:

  • Hartanah
  • Pelaburan
  • Pemasaran

Daripada tiga gunung tersebut, mengalirlah 10 batang sungai yang menjadi sumber pendapatan anda. Kalo dilihat senarai 10 sumber pendapatan ini, kerje makan gaji dan full-time business takda. Pendapat saya, Robert hanya senaraikan pendapatan yang anda boleh lakukan walau sekadar part time sahaja. So, no more excuse. Jom kita tengok apa nama sungai2 tu:

  1. Saham risiko rendah
  2. Saham risiko sederhana (saham agresif)
  3. Option / Futures (risiko Tinggi)
  4. Jual Beli Hartanah
  5. Beli Hartanah yang di lelong
  6. Bayar cukai orang lain - bukan utk org Malaysia
  7. Network Marketing MLM
  8. Peniagaan Maklumat (Infoprenuering)
  9. Harta Intelek
  10. Perniagaan Internet

Sumber 1-3 adalah sungai yang mengalir dari gunung pelaburan. Sumber 4-6 adalah sungai yang mengalir dari gunung hartanah. Sumber 7-10 adalah dari gunung pemasaran.

Bagaimana? Adakah anda memiliki sekurang2nya satu dari 10 sumber pendapatan tersebut? Anda bersemangat utk memulakan sumber pendapatan tersebut? Saya sgt teruja :-P Sehingga berjumpa lagi utk entry akan datang. Fikir2kanlah..

-Fuad-

12 Comments |