Salam pertemuan,
Sudah agak lama blog ini tidak diperisikan. Alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan utk melakar sedikit ulasan buku terbaru yang saya baca. Sekadar ulasan yang teramat ringkas.. masa tidak berapa mengizinkan. Insya Allah jika ada perbincangan saya rasa manfaatnya lebih.
Buku bertajuk “Melahirkan Jutawan Melalui Sektor Pertanian” karya Nasnan Jajuli ini saya rasakan mencurah manfaat yang besar buat sesiapa yang menaruh minat tinggi sebagai Usahawan Tani. Saya adalah salah seorang. Setelah menatap buku ini, saya dapat rasakan sudah cukup alasan yang diberikan selama ini. Inilah masanya utk melestarikan impian yang terpendam sedari mula mengenal maknawi ‘cita-cita’.
Namun saya tidak akan berbicara apa yang ada, lebih tertarik pada apa yang tiada. Bagi yang berminat utk mengetahui perihal yang ada, boleh rujuk di website Sabak Agro. Sesuatu yang hilang disini ialah ilmu pemasaran. Sesuatu yang sukar hendak di gali di bumi Malaysia khususnya bagi orang Melayu ialah mempelajari ilmu pemasaran. Saya begitu mendambakan ilmu pemasaran ini. Sebetulnya ilmu memang boleh dicari dengan berusaha mencari melalui pengalaman. Istilah yang digunakan, ‘Learn form Hard-Knock University’. Ilmu yang bila dapat pasti akan diingat sampai bila2 dan dihargai sepenuh hati.
Mengungkap kata-kata seorang Leftenan Kolonel Rejimen Renjer Diraja, ‘Smart people learn from mistakes but it takes briliant people to learn form others mistakes’. Saya masih tercari2 jika ada sebarang rujukan tentang pemasaran yang praktikal di Malaysia. Sampai tika ini, belum ada suatu rujukan yang dirasakan benar2 berhasil. Mungkin seorang yang berpengalaman yang sudi memberi tunjuk ajar kepada pencebur baru adalah suatu yang begitu penting dalam bagi melengkapi kitaran ekonomi perniagaan kaum bumiputra khususnya orang Melayu yang sejak … (ntah bila) menghadapi masalah besar dalam pemasaran.
Saya begitu tertarik dengan forum perniagaan di barat, contohnya Start-up Nation yang menjadi bukan sahaja rujukan muka2 baru tapi sebagai batu loncatan buat para businessman vateran. Saya mengesyorkan, budaya bantu-membantu ini patut dipergiatkan dan moga2 menjadi suatu titik tolak perubahan kearah kemajuan perniagaan di Malaysia.
Forum Jom Niaga dikelolakan oleh saudara Adly mungkin boleh dijadikan asas untuk ini. ( Tolong iklankan
)
Sehingga berjumpa lagi…
-Fuad-







