RSS
people

Main Travian

Saya sekrang dok addicted dengan sejenis game online yang di gelar Travian. Pernah dengar tak? Best woo. Hehe. Advantage utama game Travian ni ialah sebab boleh main sambil buat kerja. Nak nak time baru balik dari site pastu nk kena wat report, tak ke sangap kalo dok ngadap laptop dok carik idea nk goreng report jek. Nk jugak release2 sket main game.

characters-travian

Berbanding game online berbentuk RPG macam WOW (World of Warcraft) atau Metin ni nak kena fokus. Kalo dah main ni memang tak boleh wat keja la. Sebab nk kena jalan bunuh monster je keje. Kalo main game network plak macam Age of Empire ataupon Red Alert pon sama nk kena fokus walau kurang sket dari RPG. Leceh lagi nk switch2 window plak kan. Kalo time kena serang pulak, bos dok bertenggek kat meja kita kan dah haru. Memang kalah la jawab nya.

Travian ni game yang kita buat kampung, develop resource dia, buat bangunan pastu apa lagi.. berperang lah. Kalo kita rasa busy kita boleh assign sitter yang boleh tolong bangunkan kampung kita bila kita tak dek. Sekrang ni saya dok main server 4. Rasanya kalo main server Malaysia, tak ramai player. Lagi ramai lagi best.

Game ni tak payah install. Register je online terus boleh main kat webpage. Dan semustinya adalah free. Kalo sape2 main kat server 4 boleh carik player Ambo dari tribe Gaul. Berhati2 dengan mamat ni, kang kena serang kang. Hehe. :-P

Abes crita pasal game.. ngasut orang main game plak. Sebelum mengakhiri entry hari ni, nak share satu cerita yang saya ciplak dari buku Awaken Giant Within karya Anthony Robbins. Cerita ni bertajuk:

Programmer dengan Tukang Baiki Piano

Alkisah seorang programmer ditugaskan menukar program dalam sesuatu komputer. Program yang sedia ada ni apa dia buat, tiap kali selepas makan kena berasap dulu. Jadik apa programmer ni buat dia kena pegi dekat syntax berasap tu pastu comment kan atau delete terus line tu. Dah compile siap2 pastu download balik dalam processor. Dah ada program baru dalam processor. Lepas ni tiap kali lepas makan dia dah takkan berasap dah sebab processor dia tak da command yang suruh berasap.

Alkisah tukang baiki piano ni pulak kerja dia pegi tune ketegangan tali piano supaya mencapai bunyi menepati standard piawaian. Dah tune cantik2 tu dapat la duit kopi. Dah test2 memang pelanggan dia puas ati. Tup tup pagi esok tercongok lagi si tukang baiki piano tu depan pintu. “Apsal plak lu ni Mat? Semalam kan dah repair. Ada tertinggal barang ke?” Marah tuan rumah tak puas ati sebab kaco dia tengah main game Travian.

Tak da incik. Tali piano tu kena adjust selalu. Sebab dia tak biasa lagi dengan ketegangan baru. So.. arini saya datang. Esok datang lagi. Pastu selang 2 hari. Pastu selang 3 hari. Sampai lah tali piano tu dah tak berubah dah ketegangan dia.” terang si pembaiki piano dengan senyum lebar mengenangkan berapa banyak duit kopi dia akan dapat nnti.

Okeh.. anda rasa untuk mengubah tabiat seseorang anda memerlukan seorang programmer atau pembaiki piano? Biasa nya programmer yang mengubah tabiat manusia menggunakan teknik yang di gelar NLP (Nuero Linguistic Programming). Yang pembaiki piono ni buleh dikatakan sebagai kaunseling.

Selamat berpikir.. :)

-Fuad-

Nota Kecik : Nk main Travians leh tgk disini www.travian.com

3 Comments | Tags: , ,

Sekitar Pesta Buku 2009

pestabuku2009Hari ahad lepas saya kena pegi opis buat preparation untuk ISO audit. Dah banyak hari sebenarnya. Dah pening kepala nk membelek dokumen. Last2.. x sempat sampai ke opis.. terlajak brenti parking kat stesen komuter Shah Alam. Haha..

Kalo pikir keje tak kan abes iye dak? Untuk melegakan pening pale ni, saya decide nk pegi bersiar2 ke Pesta Buku Kuala Lumpur kat PWTC. Hehe. Walaupon niat nk cuci mata tengok buku je.. tapi saya dah kosongkan beg laptop. Cadang2 kot2 dapat buku free. Heh.

Sampai je kat PWTC tu…perghhhh.. ramai tak ingat beb. Senang cerita, kalo yang pegi ada air sembahyang tu memang batal lah.. ;-) Nk jalan sikit punya susah. Tapi… buku memang bayak tak ingat. Pening pale terus ilang dapat tgk buku2 yang best2. Dah penat pusing2 ketiga2 tingkat tu akhirnya saya terbeli buku2 nih:

  1. The Last TycoonsWilliam D. Cohan
  2. Micro TrendsMark J. Penn & E. Kinney Zalesne
  3. Legacy of Ashes Tim Weiner
  4. Kenapa Allah Murka? Mohammad Qayyum A. Badaruddin
  5. The New Jerusalem Michael Collins Piper
  6. Final JudgmentMichael Collins Piper
  7. The High Priests of WarMichael Collins Piper
  8. The GolemMichael Collins Piper

Buku nombor 1 sampai 3 tu derang pack skali. Harga sebenarnya RM82.50 untuk tiga2 buku tu tapi lepas diskaun dpt dalam RM53. Banyak diskaun tu. Kenapa dalam2 bertimbun2 buku kat pesta buku tu saya tak teruja nk beli buku2 ni (of course selain diskaun lah).? Sebab buku2 ni diterbitkan oleh Penguin Group. Selain dari penulis, saya akan pilih penerbit kalo ianya Penguin Group. Sebab stakat ni buku terbitan Penguin Group memang best2. Kalo korang baca kat belakang setiap buku terbitan Penguin Group pon derang akan cerita tujuan utama tertubuhkannya Penguin Group. Apa tujuan dia..?

Kalo nk tahu, pegi pesta buku naik tingkat atas sekali, pegi kat booth Pearson / Penguin Group. Ada gambar penguin kaler oren banyak2. Itu lah booth dia. Jangan risau..tingkat atas sekali memang lengang. Tak ramai orang. Buku2 ilmiah sket kat atas tu dan harga buku kat atas pon boleh tahan. Tapi kalo buku terbitan oversea RM53 untuk 3 bijik, pastu buku2 tu plak semua pernah menang anugerah memang sangat murah wa cakap lu.

Buku nombor 4 tu saya tak beli, tapi dapat. Haa kan dah kata. Bleh dapat free buku kat pesta buku. Tapi itu setelah memderma lah. Kat jalan nk masuk tu banyak tempat derma yang diberi hadiah buku.

Buku nombor 5 sampai 8 tu plak saya beli kat booth SABA Islamic Media. Itupon 4 buku pack skali dan harganya RM63 selepas diskaun. Sape2 yang dah tengok The Arrival macm yang Roy cerita kat blog dia, buku2 ni pon menarik untuk tahu apa lagi agenda geng2 Free Mason dan Yahudi ni buat untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Mungkin weekend ni nk pegi jalan2 lagi. Jumpa disana :-) Oh ya.. derang accept credit card. Kalo takut tergoda untuk swipe credit card, sila tinggal card kat rumah. Hehe.

-Fuad-

7 Comments | Tags: ,

Bacalah Oleh Mu

face-in-trees-illusion

Ada 2 perihal yang berlaku yang mencetus entry kali ni. Pertama ialah buku ESQ yang saya tak abes2 lagi baca :-( dan keduanya saya pegi Taman Negara aritu konon2 team building company.

Antara benda yang saya respek kat ESQ instructor ni, sebelum dia datang bagi kursus pasal konsep 165 dengan pendekatan yang lebih moden kat negeri Kelantan, dia pegi jumpa Tok Guru Nik Aziz dulu. Kadang2 lawak jugak kalo saya dok bayangkan sorang ckp indon sorang ckp kelate. Mengikut kata Bapak Legisan Sugimin tu, komen Tok Guru “Baguh2. Kalu dulu lagi kito buleh letok Quran nga Hadis buak Woye, Lagi sene kito nok bangun rakyak kelate ikut Isle.

Kenapa saya kata saya respek sebab berkisah entry saya sebelum ni http://www.almaribuku.com/2007/02/22/toleransi-vs-tegas/ . Kisah Ustaz moden ngan tok guru pondok.

Berbalik pada tajuk entry, Dalam konsep 165, dalam bab yang diilhamkan dari rukun iman ke 4, percaya pada kitab Allah diletakkan perihal learning. Selain dari membaca buku, manusia jugak diseru membaca kejadian dan kejadian Allah.

Korang rasa camna nk membaca dari kejadian alam ni. Jawapan standard nya ialah tengok ciptaan Allah akan timbulkan rasa kagum dengan kehebatan Allah dan bersyukur. Jawapan tu memang betul dan memang sangat tepat. Tapi ada cara membaca lain yang jarang orang pakai.

Seorang Ustaz memberi contoh, bagaimana cara lain membaca kejadian alam ini. Bila kita masuk hutan kita tengok kejadian Allah iaitu pokok-pokok yang menghijau dan sangat tenang. Dari kaca mata kita suasana di hutan ini sangat harmoni. Sebenarnya merekalah makhluk yang mana hidup di tempat yang sama tetapi tidak saling membantu. Jika ada satu pokok yang tumbang, pokok-pokok lain wat derk jek. Pokok2 yang boleh memanjat, akan panjat pokok lain sehingga pokok yang dipanjat tu sendiri mati kerananya. Pokok2 yang tinggi akan menutup matahari dan x kasik can kat pokok2 kecik dibawahnya. Kesimpulannya apa yang kita nampak dari jauh, tak semestinya mencerminkan apa yang berlaku sebenarnya kat dalam. Ni contoh jela. Lain orang mungkin cara bacanya berbeza.

Nota : Ustaz ada bagi satu potong ayat al-quran pasal pokok yang tak saling tolong menolong ni. Tapi dah x ingat la. Adeh. Ada sesapa bleh tulun tak pasal ayat Al-Quran nih?

Jujurnya sepanjang 3 hari kitorang lepak dalam hutan tu, memang ada betul jgk cara ustaz tu membaca. Kita nampak pokok yang membelit sampai pokok yang dibelit tu mati. Pokok2 tumbang merata2. Bila tumbang dia seret sekali pokok-pokok lain tumbang sama.

Apapon taman negara memang best. Sempat tengok rusa liar tengah minum air garam bukit. Misi nk skodeng babi hutan, tapi fail. Babi utan semua lari tengok manusia2 ni dtg kot. Air sungai dia memang x yah cerita la, memang superb jernih, sejuk, menyegarkan, dan sewaktu dengannya.

Aktiviti yang dok buat macam selalu orang dok buat la kalo pegi hutan, jungle tracking, night walk, canopi walk (jalan atas pokok… tinggi wooo), main air kat Lata Berkoh, bagi ikan kelah liar makan kat Kelah Sanctuary, pegi belajar menyumpit dengan orang asli dan lain-lain lagi.Dan paling best siap dapat jadik tekong bawak bot sekali. Walaupon cuak-cuak jugak takut bot terbalik, (yang lagi cuak sebenarnya bukan tekong tapi orang lain yang dok dlm bot tu… Haha.) tapi Alhamdulillah semuanya selamat.

Ni cara baca yang tak yah keluar duit beli buku tapi mungkin keluar duit nak bayar agensi pelancongan. Hehe. Apapon membaca alam ni memamang pengalaman membaca yang sangat best. :-D
Selamat membaca alam…

-Fuad-

No Comments |

Kisah Enam Topi dan 99 Topi

thinking_capEntry ni sebenarnya saya nk sembang2 pasal 6 Thinking Hats vs 99 Thinking Hats. Sape tau pasal Topi2 berpikir ni angkat tangan..? ;-) (Mood tgh tensen nk siapkan report ni sbnrnya)

Okeh, pepehal kita start dgn 6 Thinking Hats dulu atau dia jugak dikenali sebagai De Bono Hat. Agaknya ramai kenal Edward De Bono ni, kalo x kenal bleh google carik gambar dia. Saya nk letak gambar dia pon bukan hensem sgt. So korang leh carik sendirik. Hehe.

Seperti yang korang-korang tahu, Edward De Bono ni mmg femes la dgn teori2 berpikir dia. Pasal lateral thinking la, Mind Map la. Macam2 lah. Kalo pegi sesi motivasi atau cara belajar mostly akan cerita jugak pasal mamat ni.

Kisah mula-mula saya belajar pasal 6 Thinking Hats ni masa kat UTP. Masa 3rd year kot. Ada subjek elektif ape ntah nama dia, Creative Thinking kot.. lebih kurang la tu. Ringkasnya dalam 6 Thinking Hats ni kita diajar menggunakan enam jenis topi atau bahasa lainnya perspektif kita berpikir untuk menyelesaikan masalah.

  1. Topi Putih – berpikir mengggunakan fakta2 semata2.
  2. Topi Merah – berpikir menggunakan perasaan atau emosi.
  3. Topi Hitam – berpikir secara negatif atau perbandingan. Kira mood membangkang la ni.
  4. Topi Kuning – berpikir secara positif atau mencari manfaat. Yang ni pulak mood nak sokong je.
  5. Topi Hijau – berpikir secara kreatif. Macam out of box thinking. Berpikir untuk menyiasat dengan banyak andaian.
  6. Topi Biru – berpikir pasal proses berpikir sendiri. Kira macam monitoring dan post mortem la.

Contoh2 masalah yang menggunkan 6 Thinking Hats:

Mencari Idea – Mula dengan topi Biru, pastu Putih, Hijau, Biru balik.

Memilih antara byk alternatif
– Biru, Putih, Hitam, Hijau, Biru

Strategik Planning – Biru, Kuning, Hitam, Putih, Biru, Hijau, Biru

Okes..itu secara ringkasnya pasal 6 Thinking Hats. Kalo nk lagi kefahaman bleh buat kajian kan internet. Banyak maklumat pasal bende alah ni. Sekarang nk crita pasal 99 Thinking Hats yang tak banyak maklumat kat Internet.

99 Thinking Hats ni saya belajar dari kursus ESQ. Impak maksimum pada pendapat saya kalo korang pegi kursus (lebih fokus pada apa yang kita rasa) lepas tu follow up dengan baca buku yang diberi (lebih pada maklumat dan contoh2 yang lebih jelas).

Soklan yang best diajukan ialah kenapa manusia tertarik kepada kecantikan atau keadilan atau kasih sayang.? Kenapa? Semua spiritual leader dlm dunia ni menyeru kearah kebaikan dengan konfidennya cakap manusia ni secara fitrahnya sukakan kebaikkan. Tapi mana fakta derang ambik nk menyokong kenyataan tu. Derang buat survey ke.. Even derang wat survey, macam mana derang ukur sesuatu tu perkara baik atau tak sedangkan semua tu adalah subjektif.

“Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya ruh-Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan sujud kepadanya.”. (Q.S. 38:72)

Dalam ESQ menerangkan ruh yang Allah tiupkan kepada manusia adalah fitrah asal manusia. Dan fitrah asal manusia hanya akan suka dan tunduk hanya kepada Allah. Sebab itulah manusia nk kan kasih sayang (Ar-Rahman, Ar-Rahim) nkkan keadilan (Al-Adl).

namesofallah

Jadik 99 Thinking Hats ialah berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan mempertimbangkan 99 suara hati yang diilhamkan dari Nama Allah yang Maha Mulia.

Contoh yang saya cedok dari buku ESQ:

Tajuk dia : Dony Membeli Becak

Suatu Ketika, Dony bertugas di luar kota Jakarta. Ia memiliki seorang anak yang duduk di bangku Sekolah Dasar, dan membutuhkan sarana transportasi yang aman dan murah. Tiba-tiba muncul sebuah ide, agar soal transportasi bisa terselesaikan dan keamanan anaknya tetap terjamin. Dony pun membeli sebuah becak. Kemudian dipanggilnya seorang Bapak yang tidak memiliki pekerjaan, dan ditugasilah ia menghantar anaknya ke sekolah setiap hari. Setelah bertugas, Bapak itu boleh mencari tambahan penghasilan lain dengan cara mencari penumpang. Perjanjian dibuat dan disepakati, termasuk setelah satu tahun becak tersebut akan jadi milik si Bapak. Sebaliknya si Bapak berkewajipan menjaga keselamatan sang anak. Tambahan lagi, becak tersebut harus dihiasi bulu ayam berwarna-warni. Sang anak amat senang.

Dony berprinsip pada keamanan sang anak, tapi ia juga menimbang prinsip memberi (kepada si Bapak); berprinsip pada kepercayaan (dari si Bapak ke Dony); berprinsip sosial; berprinsip mencipta (lapangan pekerjaan); berprinsip membimbing (Si Bapak); berprinsip menolong (memberi pekerjaan); berprinsip menghitung (masa kerja satu tahun sebelum memberikan becak kepada si Bapak); dan satu lagi berprinsip indah (menghias becak)

P/S: kisah tu tak di translate ke bahasa KL untuk memelihari keaslian cerita :-P
Jadik, boleh tak korang listkan nama2 Allah yang digunakan oleh Dony dalam menyelesaikan sesatu masalah? Secara ringkasnya camtulah penggunaan 99 Thinking Hats ni. Untuk lagi banyak contoh dan penerangan detail bleh rujuk buku ESQ.

Okeh.. itu secara ringkasnya pasal 99 Thinking Hats ni. Memang suatu ilmu yang amat berguna dan saya rasa memang wajar diamalkan. Sehingga bersua lagi.

-Fuad-

3 Comments |

Six Degree of Separation Theory Ver. 2 – The Rise of Connectors, Mavens and Salesmen

Rekod tajuk entry paling panjang sejak blog ni diwujudkan. Haha. :-P Okeh.. Ada dua sebab utama yang saya tergerak nk sembang pasal Six Degree of Separation Theory sekali lagi.

Pertama: Masa entry saya dulu (Klik disini untuk rujukan), saya pernah buat eksperimen. Rasanya dalam ramai2 yang setuju nk buat eksperimen tu, sorang jek yang betul2 buat. Dan hasilnya memang eksperimen tu berjaya. Orang terakhir yang kenal saya itu adalah staff MLNG di Sarawak tempat saya keje dulu. Masa pegi bagi training aritu terjumpa dia. Teringat balik saya pada eksperimen yang saya buat dulu.

Kedua: Saya tengah layan The Tipping Point dan dia cerita pasal teori ni sebenarnya akan betul2 berkesan dengan kehadiran sejenis spesis manusia. Ni kira tambahan maklumat la, pelengkap bagi teori ni.

Teori asal dia mengatakan bahawa (dalam bahasa senang nya) kalo saya tegur sape2 je yang saya jumpa kat mana2 pon. Kalo saya selidik punya selidik, rupa2nya dia dengan saya akan bersambung kurang dari 6 orang jek.

Kata Malcom Gladwell plak, teori ini hanya berjaya kerana kewujudan sejenis manusia yang dia gelar sebagai The Connectors. Jom kita kaji sifat2 spesis yang di gelar The Connectors ni.

  1. Dia kenal ramai orang
  2. Dia suka berkawan
  3. Kata Malcom “He has an instictive and natural give for making social connection
  4. Mereka enjoy dengan “weak tie” (ikatan yang lemah). Bermaksud dia tak perlukan masa yang lama untuk jd rapat dan sayang pada seseorang.

Saya ingat saya nk kumpul la list The Connectors kat Malaysia nih. Sebab derang ni spesel, kira macam cite Heroes la. Pada saya derang ni ada superpower atau bahasa lainnya anugerah yang Allah bagi kat derang yang tak sume orang dpt.

Tapi ada sejenis specis lagi yang lagi superb. Dia panggil The Mavens. Ni memang susah giler aa nk carik. Kalo jumpa orang camni memang layak simpan kat Muzium. Si Mavens ni antara ciri-ciri dia:

  1. Dia jenis yang tak ckp “Panas la cuaca ari ni”, tapi dia ckp “Eish..ko tau harini kat KL panas smpi 30 darjah la”
  2. Dia akan minitor harga semua brang runcit dan dia tahu kalo sos cili dkt mana murah, megi katne murah.
  3. Dia rasa gembira dpt kumpul maklumat2 terperinci.
  4. Berbeza dgn pakar yang bagi pendapat sebab minat pada sesuatu benda, tapi Maven berkongsi maklumat sebab dia sayangkan kawan dia. Macam tak kena je ayat tu..ok pinjam ayat MalcomThey are more than experts. An expert will talk about say cars because they love cars. But they don’t talk about cars because they love you, and want to help you with your decission. The Market Mavens will. They are more socially motivated
  5. Senang cerita kalo orang jenis Mavens ni bagi pendapat, memang kita akan ambik pandangan dia sebab knowledge dan keikhlasan dia.

Kalo Spesis kacukan antara Connectors ngan Mavens ni kira memang paling superb aa.  Dahla dia kenal ramai orang, pastu kalo dia ckp sesuatu memang orang akan dengar. Golongan nilah yang boleh menghasilkan sesuatu revolusi sosial. Kalo korang kenal seorang pon orang camni, korang bawak satu produk yang dia betul2 suka, memang tak lama produk tu akan meletup di pasaran.

Dikatakan Paul Revere yang femes dgn kata “The British is coming” yang akhirnya mencetus revolusi Amerika adalah seorang yang memiliki ciri-ciri connector dan maven.

Iklan: Walaupon saya rasa sgt jauh untuk saya ada ciri2 connector apatah lagi maven, tapi saya nk share sesuatu yang pada pendapat saya amat bagus. Khamis lepas saya attend satu kursus yang di panggil ESQ. Rasanya ramai dah tahu pasal kursus ni. Sebelum attaend pon macam2 yang saya dengar pasal kehebatan kursus ni. Dan setelah attend memang saya akui, kusus ni memang hebat. Walaupon harganya agak tinggi tapi memang berbaloi. Sape berminat bleh rujuk websitenya: http://www.esq.com.my/

Pasal buku, saya tengah baca 2 buku sekrang ni:

esq_1 penenang_jiwa

Dua2 buku ni memang amat bagus dan memberi pengertian hidup yang berguna.

-Fuad-

3 Comments |

Beli Belah Hujung Tahun

Coretan kejap arini perihal hari penutup membeli belah buku untuk tahun 2008. Sebetulnya saya sendiri tak minitor sangat brapa saya dah spend untuk beli buku dalam setahun. Saya hanya akan tahu masa isi Borang BA (Taksiran Cukai Pendapatan Individu) nnti.

Apapon, since ni last day 2008 maka tergerak gak hati nk bershopping buku. Mana2 kedai buku pon jadilah. Asalkan dapat shopping. Hehe. Target buku yang saya dok terliur sangat dan memang target nak beli buku2 kat bawah ni.

sbmm1 outliers2 banker_to_the_poor_nobel

Harap2 tak jumpa buku best2 lagi kalo tak makin banyak list nk baca yang perlu habes baca. Sekarang ni pon dah 3 buku in queue nk kena habis kan. Adeehh.

Berbalik pada cukai tadi. Cuba bayangkan, katalah gaji korang RM3000 sebulan. Kan dah kena 13% (tahun ni mungkin 12%). Kalo korang spend maksimum beli buku RM1000. Kan dah jimat RM130. Ok aa tu.

Kalo korang beli buku yang betul2 bermanfaat kan dah tak terkira untungnya.

Kalo korang pinjamkan plak buku yang betul2 bermanfaat tu kan dah tak kiraaaaaa sangat2 untungnya di dunia malah di akhirat yang terutamanya. Perghh.. :-P
Pada mereka2 yang nk bayar zakat pon elok apa banyar sebelum masuk tahun depan. Daripada bayar cukai pendapatan, baik bayar zakat je semua. Bukan tak bagus bayar cukai pendapatan, bagus apa. Cuma rasanya lagi bagus la kalo bagi kat baitul mal. Nak2 ASB nak dapat dah dividen.

Wokes.. Nak sambung wat keje. Selamat membuat azam semua.

-Fuad-

6 Comments |

Keinginan Yang Tak Patut

Keinginan…

Saya baru balik dari Bintulu. Macam biasa, bagi training. Sepanjang jadi trainer, ada sesuatu yang saya rasa tak best tapi saya terpaksa terima hakikatnya. Iaitu tahap keinginan peserta untuk belajar. Kalo nak kata sebab bayaran, bukan calang2 bayarannya, course yang saya ajar tu RM5000 per head. Huh..kalo saya sendiri mmg tak mau ngabeh duit banyak tu. Mungkin derang pon sama kot, yelah company yang bayar. Bukan duit sendirik. Oh..untuk ingatan, yuran tu tak masuk poket saya ye, masuk poket company. Hehe. ;-)
Apa yang saya teringin sangat ialah pelajar yang sangat2 berminat untuk belajar. Yang saya rindukan waktu sekolah menengah dulu. Member2 yang mintak ajar. Memang syok ngajar orang yang betul2 nk belajar. Susah lah nk describe rasa puas je bila ngajar orang camtu. Walaupon saya ni ada penyakit ‘kia’ (kene rujuk kamus bahasa kelantan untuk mengetahui maksud penuh) bila ngajar budak pompuan, tetap rasa syok dapat share something pada orang yang betul2 appreciate.

Harap2 bleh rasa balik perasaan camtu..

Yang Tak Patut…

Seorang sahabat mengijazahkan pada saya Selawat Tafrijiyah atau digelar jugak Selawat Nariah ataupun Selawat Kamilah. Dah dapat tu saya pon berazam lah nak menghafal dan amalkan. Langkah pertama yang saya buat bila ada orang bagi amalan ialah letak jadi desktop. Truly saya dah tak ingat brapa lama dah desktop tu ditukar. Semalam adik saya, Fitri bertanya apa yang saya letak kat desktop. Saya pon bercerita lah kesah sahabat saya tu yang mengalami sendirik keberkatan amalan Selawat Tafrijiyah.

Kredit: Terima kasih pada Hanie Liza atas perkongsian tulisan Selawat cantik2 pastu siap dengan makna sekali. Memang cun buat Desktop. http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1734856

Saya pernah layan video ceramah mengajar selawat ni kat laptop kawan saya. Kot2 la ada kat youtube maka saya pon mulakanlah pencarian. Sedihnya tak jumpa. Tapi saya terjumpa youtube kat bawah ni. .


Budak Kecik Baca Selawat Tafrijiyah

Terasa gak saya, budak 2 tahun pon dah hafal dah. Adeii. Susah gak nk jadik murid yang betul2 nak belajar ni.. :-(

8 Comments |

Menguap dan Batuk

yawn23.jpgTajuk entri arini ialah kisah menguap …. Dan batuk.. Pernah tak anda terpikir perihal menguap? Menguap merupakan suatu fenomena yang unik. Dan saya fikir perkara sama berlaku tentang batuk. Walaupon saya tak pasti dengan kesan tajuk entri hari ni, tapi buat orang jadi pembaca blog ni dari dulu, entri kali ini adalah bersifat eksperimen. Tajuk menguap dan batuk saja saya jadi tajuk entri kali ini untuk belajar kesan nya pada pembaca.

Okeh..setelah membaca 5 kali perkataan menguap dan batuk sape yang tetiba rasa nk menguap angkat tangan..? (Saya angkat tangan). Uh uh..kali ke-6 tu baru saya rasa nk menguap. Hehe. Tapi batuk tak memberi kesan yang sama lah. Sape sudi menyumbangkan hasil eksperimen ni, komen anda amat dihargai. Anda hanya perlu komen samaada anda menguap atau tidak. Kalo anda rasa tetiba nk batuk pon harap anda bagi komen. Komen anda menentukan hasil eksperimen kali ini dan saya amat2 hargai.

Oh ya..kalo anda mula menguap selepas seminit dari sekarang pon boleh dikira termasuk dalam hasil eksperimen ni jugak (takpon sebab borink baca entry ni..haha)

Sebenarnya saya tengah baca buku The Tipping Point karya Malcom Gladwell. Kisah pasal bagaimana perkara kecil sebenarnya boleh memberikan kesan yang besar. Dia bagi contoh menguap tadi. Kalau anda menguap 2-3 kali di khalayak ramai, potensi besar beberapa orang lagi akan ikut menguap sama. Pastu orang lain yang tgk orang tu pulak akan ikut menguap. Last2 kebanyakkan orang kat situ akan menguap. Pada hemat saya batuk pon akan mempunyai kesan yang sama tapi ntah la. Nk kena wat eksperimen nih. Hehe.

tipping_point.jpg

Buku pertama Malcom Gladwell yang saya baca ialah Blink. Teros saya ‘tergoda’ dengan gaya penulisan dia. Tadi masa kat KLIA saya dok terpikir nak beli The Tipping Point ke Outliers. Last2 pilih yang paling murah. Hahak.

Apa yang buatkan karya Malcom ni best ialah pertamanya perspektif utama dalam setiap buku yang boleh bagi pandangan yang baru pada pembaca. Keduanya huraian dia banyak melibatkan eksperimen2 yang dijalankan (saya kan kaki eksperimen :-) ) Ketiganya gaya penulisan dia memang sempoi dan interact dengan pembaca. Pastinya buku terbaru dia Outliers mesti saya beli nnti.

Iklan: Satu blog menarik tentang buku buat peminat2 buku http://mekmulong.blogspot.com

Ucapan: Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua pembaca kalo masih tak terlambat. Biasalah saya bercuti sakan mmg tak terupdate blog.

Berita Sedih: PokokKecil.Com tidak dilancarkan lagi atas halangan2 teknikal yang tak dapat di elakkan. Huhu. Sedey2..

14 Comments |

Watikah Hari Keputraan 2008

besday.jpgEhem ehem.. Sempena hari keputraan saya yang jatuh pada hari ini, saya ingin menaip entry hari ini sebagai peringatan untuk diri sendirik. Tajuk watikah saya ialah “Ada Apa Pada Nama”.

P/S: Kredit pada Awang Purba untuk typography kat sebelah ni. Cantik2 khat kat blog tu.

Sebelum meneruskan watikah ni, saya nk ucapkan terima kasih kepada Mak saya yang suboh2 lagi dah call wish besday. Rasanya Mak nk call pukol 5 pagi sempena saya jam kelahiran saya. Takut ganggu tido kot. Nak2 hari pon sama iaitu hari Jumaat. Pastu kepada kawan-kawan, Roy yang wish besday sehari lagi awal. Echah yang bagi kek maya. Cik Akira.. yang lupe nk bagi hadiah sekali ;-) Kak Amy.. ada salah eja kat SMS tu. Ju for giving a lot of smiles. My Boss, Miss Shima..mana tau besdey yerk?

Jom mulakan sembang perihal Ada Apa Pada Nama.

11 tahun dahulu, telah lahir seorang bayi lelaki di Hospital USM, Kubang Kerian. Ayahandanya, Tuan Haji Ibrahim dengan bangganya memberikan nama “Ahmad Fitri Bin Ibrahim” pada bayi tersebut.

Oh ya, takut salah faham, Ahmad Fitri bukan penulis blog ini, dan penulis blog ini tidak berusia 11 tahun. Harap maklum..

Masih ingat lagi saya kata-kata Ayah saat itu. “Ok tak nama adik ni? Kalau nama Ahmad Fuad maksudnya Hati yang Terpuji, Ahmad Fitri plak bukan hati saja tapi seluruh diri tu terpuji. Diri yang Terpuji” Itulah kata Ayah saat itu. Walau saya tak berapa ingat riak muka ayah dan gaya tubuh Ayah, tapi saya masih ingat bunyi nafas Ayah tatkala bercerita tentang nama Fitri. Bertapa bangga dan tinggi harapan. Sesuatu yang sukar dicoretkan tapi dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja yang hadir diwaktu itu.

Saya memandang Fitri yang masih sangat kecil. You must be better than me, at least you have advance starting point. Kata hati saya (kononla.. yang pastinya versi sebenar tak bunyi omputih. Cuma rasa di hati je..hehe). Saya harap saya dapat ceritakan perkara ni pada Fitri suatu hari nnti. Atau jika saya tak berkesempatan, mungkin dia boleh baca di blog saya ni.

Jadi…ada apa pada nama? Jawapan saya: Harapan dikala permulaan.

Suatu hari Ismail atau nama penuhnya Ahmad Ismail Bin Ibrahim, balik dari Taski. Excited betul dia hari tu. Mak saya menegur. Apa Ustazah cerita hari ni? Dengan suara tercungap dia bercerita “Tadikan Mak. Ustazah cerita pasal hari akhirat..” tarik nafas “Ustazah cakap kat akhirat nnti Allah timbang semua pahala ngan dosa kita..pastu kan..pastukan..” sambung tarik nafas “ Pastukan kalau orang tu pahala dia lagi banyak dia masuk Syurga. Kalau dosa dia lagi banyak dia masuk neraka.. Pastu kan.. Mak tau tak kalau sama banyak camne?” Ismail tersengih. Mak geleng sambil tersenyum. “Ustazah cakap kalau orang tu pahala ngan dosa dia sama banyak. Allah tgk nama dia. Kalau nama dia sama ngan nama nabi, Allah tambah dekat timbangan pahala dia. Teros masuk surga.” Ismail tersenyum lebar. Ayah menyampuk “Kalau macam Ayah best la nama nabi” Mak plak menjawab “Ismail lagi best sebab ada nama dua nabi kan.? Ahmad tu kan nama Nabi Muhammad pastu Ismail plak. Ayah satu je, Ibrahim.” Ismail terangguk-angguk dgn bangga.

Ntah Si Ismail tu masih ingat ke tak peristiwa itu saya tak pasti. Harapnya walau sekarang dah besar (baru lepas SPM), kelebihan satu nama tu masih dihargai.

Jadi..ada apa nama? Jawapan saya: Salah satu penentu pengakhiran.

Semenjak dua menjak ni saya dok terpikir tentang cara mendapat kebahagiaan dengan cepat. Mula-mula saya beranggapan “Mana boleh mencapai kebahagiaan dengan cepat. Kena la berusaha lama-lama pastu bersungguh. Last skali bahagia” Tapi sangkaan saya meleset sebab memang ada cara mencapai kebahagiaan dengan cepat. Apakah dia? ….

Mana boleh jawab direct. Tak syiok la. Kena cerita dulu.. ;-)
Seorang kawan pernah bertanya saya dengan serius dan concern. “Aku nampak kau ni dari segi Syariah nya dah ok. Solat tak tinggal apa semua. Tapi ko tak teringin ke nk mencapai Makrifat plak?” Soklan tu tak bunyi pelik sangat kan? Tapi kalau soklan tu datang dari orang yang tak solat macam mana.? Jika soklan tu datang dari seorang yang bila diajak untuk bersolat dia akan bertanya “Untuk apa ko Solat?”

Ok ok. Tak yah pikir lelama untuk jawab soklan tu. Saya tahu skema jawapan yang dia expect. Jawapan laen sume dia rejek. Jawapan yang dia terima ialah : Untuk mengingati Allah. Maka akan ditanya pulak soalan, “Adakah dengan Solat je boleh mengingati Allah?” atau “Kalo ko solat ko ingat Allah tak? Macam mana ko ingat Allah?”

Hehe.. Walau saya tak pernah setuju bab Solat dengan dia dan macam2 topik lagi yang saya tak setuju (dan dia pon tahu) tapi ada sesuatu yang saya respek pada dia iaitu hati (Fuad). Ungkapan yang saya tak pernah dengar terpacul dari mulut dia “Kenapala jadi camni?” atau “Apala nasib aku ni” atau “Malang betul aku hari ni”. Dia adalah ketegori orang yang Care-less. Dan dia pernah cerita kawan-kawan dia selalu kata yang dia ni jenis yang Care-less (tak pedulik sgt apa yang jadi). Yang dia kecewa ialah orang tak tanya kenapa. Kenapa? Kerana apa yang terjadi adalah diluar kawalan kita. Semuanya adalah ketentuan.

Jujurnya saya rasa saya tak sampai tahap redha macam dia. Walaupon amalan dan ilmu mungkin ada kesan pada keyakinan hati, tapi hati itu adalah sesuatu yang bukan senang nak di didik. At least for me.

Berbalik rahsia kebahagiaan dengan cepat. Jawapannya ialah…… jeng jeng jeng.. Hint sket : terletak pada nama saya, Fuad. Hahahak. Promote nama sendirik. Penemuan saya, bila rasa sunyi atau kecewa atau tak puas ati dan sbgnya.. Bila saya bisikan pada hati saya “Solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah kerana Allah, tuhan sekelian Alam.” Kalo kat trafik light tu jadik hijau je memanjang. Kalo makan kat kedai rasa cam murah jek kene charge. Kalo jumpa orang, macam orang tu baik semcam jek. Saya dah cuba banyak kali, asek jadik je. Yang paling best hati rasa macam bahagia je. Apa kata korang cuba lak pastu bagitau saya jadik ke tak.

Dah abes dah watikah hari keputraan saya. :-) Panjang kan? Pada yang baca sampai habes, terima kasih saya ucapkan. Semoga bersua lagi..

-Fuad-

8 Comments |

1 Cerita 3 Rasa

wefeelfine.gifApa crita? Gimik je tu. Hua hua hua. Tak dek crita best pon. Nk sembang2 kosong. Tajuk entry to sempena apa yang saya rasa in last 2 week (since last entry)

Feel of Guilty is worst if something bad happen but you can do nothing about it.

Kalo entry ni di taip 2 minggu lepas, mood saya ialah rasa bersalah. Sebab pertamannya ada seorang engineer baru kat company saya baru je resign. Sedihnya bukan sebab dapat offer lagi bagus tapi sebab tak tahan pressure kerja. Seminggu sebelum tu dia mintak tulun saya, malangnya dek kerana busy sgt tak sempat. Tau-tau boss saya datang ke site dan bagitau saya perletakan jawatan dia. Herm….

Sebab kedua, saya terpaksa pegi Bintulu untuk bagi training kat MLNG. Maka kerja2 saya kat Melaka terpaksa bagi engineer lain settle kan. Dia call saya dok mengadu pasal projek tu dengan nada sedih “Bang, apa ko dah buat kat aku ni bang. Aku merayu ko balik tolong aku”. Hurmm..

Sebab ketiga, seorang sahabat saya di Penang sakit selama sebulan. Lepas dia sembuh baru saya tahu dah sebulan dia sakit. Itupon dia yang emel bagitau. I just feel like sh**. Nothing I do or say to him make me feel better (not even a bit). Urghh.. :-(
Tolerate is the best cure when you were Pissed Off

Kalo minggu lepas, mood saya tgh tensen tahap gaban. Mau taknya, dah la pegi Bintulu. Tup-tup training takde lak. Kalo istilah kedai kopi dia panggil miscommunication. Terpaksa balik. Pastu kena pegi Melaka, gaduh ngan main contractor. Dah gaduh sakan, baru dia kasik balik. Pastu balik Shah Alam last minute kena buat training untuk SESCO. Barang plak tak cukup. Sambil2 tensen2 prepare barang tetiba plak keta sewa tu buat hal. Tak abes lagi tu, sampai kat hotel tetiba awek receptionist tu ckp dgn comelnya “Takde book la untuk Foxboro punya function esok”. Pergh..menyirap wa ckp beb. Teros gua call boss gua. Suara dah tinggi dah. Wa dah tak kira sape dah time tu, nak suruh orang keje tapi arrangement litang pukang. Nasib baik rupanya hotel tu yang salah. Masa training tu plak tak sempat nak abes lagi tetiba kena brenti tgh jalan sebab kena pegi Melaka. And Now here I am. Huh..

No reason is needed to feel excited

Truly saya tak tahu nape saya excited. Patutnya saya pegi training kat Singapore next week. Dah issue dah pon tiket. Kena kansel plak. Hehe. Main contractor suruh saya stay siapkan projek ni. Lagipon kalo saya blah, kesian plak sapa yang terpaksa ganti saya. Bab tensen melayan customer yang cerewet ni kalo orang yang tahan boleh naik tangan jadinya. But still saya rasa excited. Mungkin sebab saya ada extra time nk siapkan www.pokokkecil.com kot. Pastu dah nk dekat raya haji ni, tak dapat pegi training takpe lagi, janji jangan kansel cuti seminggu raya haji sudah. :-D Kenduri kawen adik lelaki saya pada raya ke-4. Jemput la dtg rumah ye..

Wokey lah..esok kena keje. Chiaw duluk. Oh oh..sebelum terlupa. Latest buku yang saya dok layan:

Tajuk : Surah Ar Rahman Tafsiran & Fakta-Fakta Saintifik.
Penulis : Dr. Salleh Bin Ismail
Penerbit : Al-Hidayah Publications

Saya baru je start baca. So tak leh bagi ulasan lagi. Apapon saya jumpa blog penulis buku ni : http://ziahdrsalleh.blogspot.com/

Okes. Salam.

-Fuad-

6 Comments |