RSS
people

The Secret

Phew..dpt saya coretkan sesuatu arini.. Pertamanya2 mekasih En. Aku yang sudi batuk kat ruang komen.. Hahak.. Saya ketiadaan komputer sebenarnya. Insya Allah dlm minggu ni, rumah sewa saya akan berinternet. Bila En. Aku batuk tu mmg kena post entry gak la. Heheh.. Banyak perkara menarik berlaku semenjak dua menjak nih.. Nak crita sket2 jelah..

Saya dah menang pertandingan kat Blog Linn. Haha. hebat jugak kuasa minda saya ni yerk. Sebetulnya saya semakin yakin dgn kuasa minda sekarang nih. Salah satunya sebab Linn dan ada beberapa perkara yang saya rasa menunjukkan kehebatan kuasa minda dan bagi yang tahu mmg dah arif dgn Law of Attraction, it seems to work for me.. :-)
Iklan: Jom meriahkan Forum Minda Sukses. Jom kita kongsi2 pengalaman menggunakan kuasa minda utk mencapai cita2 masing2.

Setelah sekian lama, akhirnya saya dah memulakan trading saya pada minggu lepas, tanggal 31 Mei 2007. Stakat ni macam tak ok sangat, tapi still under trading plan saya, so tak leh nk chow lagik.

Iklan: Nntikan kemunculan forum trading yang bakal memberi manfaat utk para traders di Malaysia. Bertambah lagi sumber ilmu pengetahuan utk menjana pendapatan.Kita tunggu tuan punyer forum official announcement.. ;-)
***Saya terlambat mendapat info (lama tak online), sebenarnya En. Aku telah pon melancarkan forum untuk traders. Silalah ke Forum BuySignal. Jom pakat main saham :-P ***

Berbalik kepada topik utama, kisah The Secret atau Law of Attraction. First time saya dengar pasal Law of Attraction ialah kat Blog Dik Mal. Bagi yang selalu baca blog saya, mmg tahu perangai saya yang suka mengkaji teori2 nih. Tapi yang ni saya buat derk jerk.. saya seolah2 nak biar teori ni yang dtg bagitau saya pasal dia. Saya tak google langsung pasal teori ni dan saya tak berusaha sedikit pon nk ambik tahu. Tapi saya tak pernah berhenti berfikir pasal teori ni…

Kisah Pertama:

Bila saya first jumpa rakan blog saya, Fiq dalam kitorang sembang2 tu dia cerita pasal Law of Attraction.

Kisah Kedua:

Nyonya yang carikan rumah sewa saya ajak saya minum suatu malam pastu bercerita pasal Law of Attraction. Dan dia menceritakan, kalo nk tahu lebih detail beli buku dia yang bertajuk The Secret. Baru saya teringat, buku tu ada kat rak buku saya tapi saya tak belek pon.

Kisah Ketiga:

Masa saya nk berpindah dari Penang. Sahabat saya mencari2 hadiah sebagai tanda ingatan. Sebab dia tahu saya ni kaki buku, maka pergilah dia ke Borders dan apa dia buat dia bertanyakan seorang pengunjung kat situ. Buku apa yang dia rekemen utk di hadiahkan. Dan dia menunjukkan buku cover kaler coklat yang tertulis ‘The Secret’. Mekasih Izuan. Hang pon patut baca buku tuh.

Sebenarnya teori tu dah melepak kat dalam rak buku saya sebaik sahaja saya decide kat mind saya, saya nk teori ni dtg carik saya. Bila saya wat derk kat buku tu seolah2 dia cuba hantar pengetahuan tu dgn cara lain plak. Menarik sungguh. Dan kini saya dah abes baca buku tersebut. Buku yang sangat menarik utk dibaca dan diamalkan. Insya Allah kalo Perpustakaan BJ dan ready, saya akan letak koleksi buku saya kat sana termasuk buku The Secret (tertakluk kepada rundingan dgn pihak pengurusan BJ).

Nnti kita sembang panjang lagi.. Oh ya.. kuasa minda boleh digunakan utk kebaikkan dan jugak kejahatan (kedua2nya telah saya eksperimenkan) Hahak :-P So, jgnlah korang buat benda tak elok dgn kuasa minda korang. Pesanan tulus ikhlas..

-Fuad-

20 Comments |

CashFlow 101 – The New Sight

Salam Pertemuan,

Ari Ahad lepas, saya telah menghadiri bengkel CashFlow 101 yang dianjurkan oleh Bicara Jutawan dan dikelolakan dgn jayanya oleh Pakdi dan ahli-ahli ‘senior’  BJ. Seperti dijanjikan, ulasan peribadi saya nk utarakan hari ni.

Sebetulnya saya dah main CashFlow 101 dan 202 dah banyak kali tapi yang electronic version. Adik saya yang darjah 5 tu siap dah boleh predict bila harga saham tu naik turun. Dia boleh main option kejap jek boleh kuar dari Rat Race. Itulah biggest loop hole kat dalam electronic punyer version. Cycle data dan patern dia adalah sama. Kalo main banyak2 kali dah boleh agak apa yang akan terjadik.

Oh ya.. saya tak nk ulas in detail pasal CashFlow 101 itself tapi more toward kelebihan main CashFlow 101 board berbanding yang electronic. Point pertama saya dah cakap, board version lebih rawak.

Kelebihan ke-2, board version melatih kita seronok membuat kira2 dan catatan (lebih2 lagi time banyak duit). Kalo kat electronic version, computer dah tolong kirakan, apa yang perlu kita buat ialah drag and drop. Settle.. Apa yang berlaku pada saya, saya terpengaruh sket ngan electronic version, saya tak catat duit dalam tangan. So, bila ada oportunity saya terpaksa kira duit kat dalam tangan dulu. Sesi ke-2 (terima kasih kat penganjur bagi main 2 kali), bila saya catat semua keluar masuk.. on the spot saya leh analyse sesuatu peluang tu mampu di beli atau tak. Pastu mmg syok laa, edit2 CashFlow Statement ngan Balance Sheet bila time game bergerak dengan pantas. Memang tak menang tangan ngan audit akaun sendirik. Rasa macam everything is under control. Sape yang ada masalah tak tahu mana ilang duit bulan2, saya amat syorkan main CashFlow 101 board version.

Kelebihan ke-3, emotional involve tu amat ketara main yang board version. Walau yang electronic version pon boleh main ramai orang tapi suasana auction, influencing others, surrounding pressure tu mmg tak sama. Ini adalah kelebihan yang amat ketara dan merupakan pembelajaran penting dalam pengurusan kewangan.

Kelebihan ke-4, kita yang kawal game speed. Lagi terer kita wat deal, account update, lagi cepat dan lagi best game tu jadik. Bagi yang pernah main electronic version, taulah korang bertapa jenuh nak menunggu turn (tanpa buat apa2)..

Kelebihan ke-5, kita boleh pilih perkerjaan dan financial status kita malah kalo nak customize utk diri sendirik pon boleh. Secara general, option yang ada, kalo gaji besar perbelanjaan dia pon besar jugak. Kalo kita nk buat kita punyer profil sendirik pon boleh, kalo saya punyer gaji kecik tapi expense besar. Hahak. Lagi best kan sebab kita boleh guna data yang betul pasal diri kita dan tgk simulasi, boleh tak kita jadik financially freedom.

Kelebihan ke-6, kita boleh ubah cara main yang kita rasa lebih sesuai dengan suasana kita. Contohnya bank lebih demanding. Pastu instead of bayar lump sump utang kita leh banyar ansuran. Yang mana lebih menyerupai konsep sebenar yang kita amalkan kat luar. Tentuya dia nya akan jadi lebih komplek dan susah.. tapi lagi best apa. Dan semua benda ni tak boleh buat kalo main electronic version. Banyangkan, utang ngan bank tapi tiap2 bulan asek bayar interest jek. Kalo nk setel pokok, kena banyar lump sump. Apapun, itu worst case scenario la kan. Itu pon dah bleh kuar dari rat race apa.. :-)
Kelebihan ke-7, boleh makan best. Hahak.. Ini bagi yang pegi bengkel tu jela. Kalo kat rumah masak sendirik la ye…

Buat masa ini, itu je dulu yg saya boleh highlightkan. Kalo nk cerita kelebihan main game Cash Flow tu sendirik mmg banyak la, dari segi konsep aset dan liabiliti, cashflow, good debt & bad debt, investment tools dan macam2 lagi yang boleh belajar lah. Banyaaak sangat. Saya amat sarankan main game ni. Dan sape nk main kat BJ office tu ajak la saya skali ye.

Pengumuman: Kepada member yang saya pernah bagi CashFlow electronic version tu, saya dlm proses mendapatkan bantuan profesional utk membetulkan CD tuh. Heh..  Mintak sorii banyak2 atas kesilapan lalu..

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

12 Comments |

Siapa Belanja lebih?

Salam pertemuan,

Arini saya nk borak kosong pasal nafsu berbelanja. Ada orang kata orang kaya ni berbelanja lebih dari orang tak berapa nk kaya. Dulu, saya pon beranggapan demikian. Orang kaya ni semua berajakan nafsu. Mata duitan. Tapi setelah berpuluh2 bijik buku saya baca pasal so called kekayaan dan pemerhatian saya sendiri pada orang yang berduit. Sebenarnya orang yang kaya ni jauh lebih jimat dari orang yang kononnya tak nk kaya sebab tak nak jadi metarealistik.

Buku pertama (yang saya betul2 take serius nk belajar pasal menjana pendapatan) ialah buku Azizi Ali, Milionaire In Me. Perkara asas untuk jadik kaya ialah menyimpan. Ya..tepat sekali. Bukan berbelanja. Jadik orang yang tak nak kaya ni pon tanak la menyimpan. Sebab bila menyimpan nnti banyak duit. Pastu bila banyak duit dah kaya. Bila dah kaya kena keluarkan zakat. Jadik baik habiskan duit dgn beli macam2. Kereta gempak, perabot gempak, makan best2 tak ingat, dan semestinya semua itu tak diwajibkan zakat. Lepasss dari bayar zakat. Untung ya tak jadik kaya.. ;-) Siapa ye yang metarealistik sekarang?

Pemerhatian saya pada orang yang berduit (merujuk pada orang yang carik sendirik duit dia dgn jujur, orang yang rembat duit bapak tak kira, orang yang sanggup buat apa saja tak kira halal haram untuk kaya pon tak kira), setiap perbelanjaan mesti dia rekod baik2, dan dia akan carik kedai yang paling murah utk berbelanja dan berbelanja bila perlu sahaja. Dia akan simpan duit dia semaksima mungkin. Duit yang ada dilaburkan pada tempat yang betul.

Bagi orang kebanyakkan pulak, termasuk jugak saya, dapat gaji belanja. Yang lebih2 tu baru simpan. Itupon kalo ada yang lebih la kan. Kalo jalan2 nampak baju cantik sket, alaa..bukan selalu beli baju, angkat. Datang salesman bodek2 sket, terus jalan.. Istilah yang Robert Kiyosaki pakai, one check pay away from broke. Kalo ilang kerja arini, entah brapa lama jek boleh survive, maklumlah takda duit simpanan.

Jadik, selagi kita tak leh control nafsu berbelanja kita tak leh menyimpan. Selagi tak leh menyimpan, tak da modal untuk melabur. Kalo kita takda pelaburan, terpaksalah bergantung kat anak2 bila derang besar nnti. Itupon kalo ada anak dan anak tu pulak tak boros macam kita. Jika diletakkan orang kaya dan orang tak berapa kaya kat shoping coomplex, kita boleh tgk siapa yang belanja lebih (kalo di bagi duit yang sama banyak). :-P
Berbelanjalah dengan bijak.. Pesan utk diri saya sendirik.

Nota: Cuak gak saya bila nk isi borang PFF (Personal Fact Finder) untuk set appointment ngan En. Aziz. Saya dah rasa diri ni dah cukup kedekut dah, tapi nampak macam teruk sangat jek financial statement tu. Guideline En. Aziz, paling teruk tak ingat pon kene simpan 40% daripada pendapatan. Saya punya..huhu..sedey nk crita.. :-(
Sehingga bersua lagi..

-Fuad-

6 Comments |

Macam-Macam

Salam pertemuan,

Gambar entry tiada kene mengena dgn entry hari ini. Rasanya baru jek beli PC dgn dual core processor, dah kuar quan plak. Tak sempat nak berlagak dah kuar lagi lagi power. Adeiii…

Alkisah…

You know Fuad, you have very nice nose” - Madam Tan

“Erk..” Tak tau nak ckp apa.

We chinese believe on face reading. And face like you is indicate you will be rich and successful man. And plus you are born under year of monkey. The most powerful god for buddhist. Even the king of God connot control him” - Madam Tan.

“Yeah. I know him. Sun Wukong.The monkey god” Hampeh. Baru perasan jap. Ingatkan nak kata hensem. Baik jadik hensem yang miskin dari kaya yang tak hensem. Hahak. Face reading? Dan dan la ko face reading. Karut marut.

Auntie.. How about me?” Atieh si awek Iran merengek manje pastu wat muka comel sambil diperhatikan oleh Madam Tan. Saya, tumpang usha.

“You are very smart and bright girl” - Madam Tan wat muka serius. Saya dalam hati “Adui sume yang bagus2 jek.”

Nota: Si Madam Tan seorang yang berpengalam dalam sales. Dan orang sales mmg mulut manis. Tapi sampi arini dia tak bayar2 lagi utang saya. Hampeh tol. Dan awek Iran tu adalah orang Syiah. Kechewaaaa.. :(
Nota2: Awek Iran tu pernah bagitau saya, orang Islam kat Malaysia ni tak cukup ‘religious‘. Malu jugak den.

Crita laen plak…….

Dalam 2 minggu lepas, dah 2 orang sms saya dan salah nombor. Sorang cikgu dan sorang akauntan. Yang menarik ialah si akauntan tu tersilap nombor member dia tup2 rupanya dia sahabat pada seorang yang bekerja di tempat yang sama dengan saya dan jugak adik kepada kawan saya. Buat saya terpikir pasal Six Degree of Separation Theory. Dan mengikut katanya, dah beberapa hari dia dok terpikir nk kol kawan dia ni dan last2 boleh tersalah numbor saya. Seorang yang sama satu tempat kerja. Ya.. Kebetulan. Tapi saya tertarik gak ngan Law of Attraction yang Fiq cite. Apa yang kita fikir akan mempengaruhi seluruh alam semesta. Mungkin kuasa minda dan fokus si Akauntan tu kuat sampai dia seolah2 tanpa sedar mencari connection dengan sahabat nya tersebut. Saya masih tercari2 maklumat pasal law of attraction nih.. Tapi ini hanya theory semata2. Terpulang.. Bagi saya ianya sesuatu yang menarik utk diketahui.

Abes Crita….

Hari Sabtu ni saya ada exam nak jadik ejen Takaful. Wish me luck.. :-P Hari Ahad plak ada bengkel Cashflow kat UKM. Tak sabar nih nak pegi lepak ngan otai2 financial. Harap boleh banyak belajar dan menuntut ilmu. Temu janji ngan En. Aziz Ibrahim (Financial Pllaner Otai Malaysia) jatuh hujung bulan 6. Insya Allah lepas appointment tu, ilmu yang saya dapat akan di kongsi bersama. Rumah saya kat Nilai dah pasang segala kelengkapan. Bersedia utk di diami. Iklan jap: Sape2 dok area2 Nilai tu nk sewa rumah best silalah contact saya. Saya boleh bagi deal paling best kat area tu.. (Tgh terdesak carik tenant..Huhu). 26-28hb ni ada Majlis Konvo kat UiTM Shah Alam. Ada sape nak wat bisness tak?

Sehingga bersua lagi..

-Fuad-

8 Comments |

Tip Elak Bayar Saman

Salam pertemuan, 

Sekarang ni saya tengah mengulangkaji buku yang tak berapa menarik pada tatapan umum. Kecuali bila terpaksa mengulangkaji macam saya sekrang ni. ;-)  Jadik, buat masa ni takdek ulasan buku dulu. Sekadar borak2 kosong..

Saya baru saje mendapat tip yang best. Tapi diharapkan korang pakai untuk diri sendirik jek. Nnti tak pasal2 blog ni di ban sebab mendedahkan rahsia kerajaan. Tipnya ialah bagaimana nak megelak dari membayar saman. Bila saja anda kena saman, terus sahaja menuju ke klinik yang terdekat dan mintak MC. Ya betul, loop hole dalam undang2 Malaysia, jika anda sakit anda akan terlepas dari saman, kononnya emergency. Tapi tak sume saman la, speed trap ke boleh kot. Tapi kalo parking tempat takleh parking pastu depan disko plak. Sakit pejadah nyer. Dan make sure MC tu tarikh dia sama ngan tarikh kene saman.

Jika anda tak sakit? Inilah perlunya berkawan ngan doktor2, atau kawen ngan doktor atau paksa adik2 korang blajar rajin2 supaya leh jadik doktor. Haha. :-P
Kenangan Silam: Pernah pegi satu klinik dan masa tu demam suam2 jek tapi ngayat doktor tu kasik MC. Seminggu lepas tu baru tau doktor tu sebenarnya wife bos besar. Huh.. Nasib baek dia tak cite kat laki dia. Kalo takkk.

Sehingga berjumpa lagi. 

-Fuad-

18 Comments |

Waspada dengan pasangan anda

Salam pertemuan lagi…

Arini saya nk borak2 kosong pasal penyakit. Walaupon saya ni bukan yang jenis terer sangat pasal perubatan ni, kadang2 tu apa saja yang menarik untuk dipikirkan boleh mencurik sket masa saya untuk kaji. Jom tengok gambar dulu.

Pernah dengar pasal Thalassemia? Ini adalah penyakit genetik dimana penyakit ini adalah penyakit keturunan. Orang yang ada penyakit ni akan mewariskan kepada anak derang. Oh ya, saya tertarik mengkaji pasal penyakit ni sebab dok borak2 ngan member yang nk kawen semalam, sekarang ni bakal2 pengantin baru kene pegi check samada ada Thalassemia atau tak. Kalo sorang ada still ok tapi kalo bakal suami ngan isteri dua2 ni ada Thalassemia, doktor akan nasihatkan carik pasangan lain. Bunyik serius kan?

Sebabnya kat gambar diatas, suami isteri yang pembawa Thalassemia akan mempunyai potensi 25% anak mendapat Thalassemia Major. Thalassemia major ni memang dasyat la, pesakit kene tukar darah setiap minggu, sebab sel darah merah dia cepat mati. Saya tak pandai nk cite detail dari aspek perubatan, kalo berminat nk kaji leh search kat internet.

Sekarang ni , 4.5% dari penduduk Malaysia ada penyakit ni. Sebab ni penyakit keturunan, dia akan bertambah dari semasa ke semasa. Kat negara barat, memang pandang kes ni serius tapi kat Malaysia ni baru start kat Hospital Kota Bharu, setiap wanita bersalin derang cek. Bagusla kalo orang nk kawen cek penyakit ni kan..

  • Buat orang dah kawen dan ada Thalassemia- cek la suami/isteri ada penyakit ni tak. Kalo dua2 ada elok buat persediaan secukupnya dan mintak nasihat pakar. Tak yah la sampai bercerai kan. Cuma kene amalkan gaya hidup yang lebih sehat supaya potensi anak2 nk dapat Thalassemia Major ni semakin kecil.
  • Buat orang dah kawen dan tak ada Thalassemia - cek la suami/isteri ada penyakit ni tak. Kalo pasangan ada, cek la anak2 plak. Potensi anak dapat Thalassemia Major tu boleh kata sikit sangat, tapi kalo dapat menantu ada Thalassemia, cucu tu ada potensi besar ada Thalassemia Major.
  • Buat yang bakal kawen - Sama ngan kat atas la kan nasihat dia. Saya tak soh putus ya.. Jgn salah faham ;-)
  • Buat yang tgh mencari dan ada Thalassemia- Kalo boleh carik pasangan yang takda la kan. Tapi kalo dah berkenan jugak nk wat camne. Prepare la secukupnya.
  • Buat yang tgh mencari dan tak ada Thalassemia - No komen. Wat macam biasa la kot. Heh. Haa tak pon carikla pasangan yang ada Thalassemia supaya potensi pesakit ni kawen sesama pasangan ada sakit ni berkurang. Cuma kena educate la anak2 korang nnti pasal penyakit ni.

Coretan ni adalah pendapat peribadi saya sendiri tanpa mendapat nasihat pakar perubatan secara langsung. Tidak bermaksud menyinggung mana2 pihak. Dan kalo ada orang lagi expert bab ni, sangat diharapkan dapat komen. Trima kasih.

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

10 Comments |

Sape Tak Smayang Angkat Tangan

Satu benda yang saya cukup tak suka ialah over confident during interview session. Tapi kadang2 benda tu terjadi tanpa dapat di elak. Natijah dia akan nmpk macam show off sangat dan missing details masa interview.

Ari Sabtu lepas (3 ari lepas) saya bertolak ke KL. Memandangkan menumpang rumah abang saya malam tu, memang takde aktiviti menarik nk di buat sebelah malam. Jadik terpaksalah melanggar azam taknak beli buku dalam bulan Januari. :-( Maka terbelilah saya buku Pakcik Donald Trump, The Art of The Deal. Jadi, malam sebelum interview tu saya dok menghabiskan masa menatap buku ni.

Akibatnya pagi esoknya, saya dah terpengaruh dengan ajaran si Donald ni. Saya telah meranjau interviewer dengan konfiden sekali. Kaedah changing the ground, using leverage as weapon telah saya aplikasikan dengan jayanya. Tapi kesan sampingan dia yang paling saya risau ialah over konfiden. Hakikatnya kita tak kan tahu sama ada kita over confident atau tak. Hanya interviewer je yang tahu.

Pada pandangan saya ketika tu interviewer tu macam member. Jadinya sesi tu dah macam sesi borak2 plak. Hatta sesi kedua bersama MD pun agak konfiden tapi dah turun sket dek aura Managing Director. Abes je interview, rasa tak sedap ati. Sampai sekarang pon rasa tak puas ati jek. Kalau la over confident.. Abeess. Gigit jari je la.

Difinisi Over Confident: Kita yakin sekali kita tahu pasal sesuatu topik ni tapi hakikat sebenarnya kita tak tahu pon.

Pendapat Saya: Buku The Art of The Deal amat sesuai digunakan sebagai salah satu rujukan mendapat skill interview. Tapi perlu di ingat kan kena pandai sesuaikan dengan keadaan. Contohnya teknik changing the ground. Secara mudah, jika soklan tu kita tak pandai nk jawab, tukar perpsektif soalan tu pada apa yang kita tahu. Bahasa pasarnya, tanya lain tapi jawab lain. Jadi pandai2 la. Jangan la sampai dia tanya “Awak suka makan nasik ayam?” di jawab dengan konfiden, “Resipi menyediakan the O limau ais ialah…” nampak sangat la kan. Kalo tak leh nk guna tektik ni baik cakap tak tau jek. Selamat..

Nota Penting: Mintak tulun jangan bagitau bos saya ye pegi interbiu semalam. Sat lagi tak pasal2 lain macam jek. Dah ler result tak tau lagi.. Heh.

Soklan Interbiu of the day:

MD: Fuad, do you pray?
Saya: (Blank.. Sambil cuba rewind balik betul ke soklan tu dia tanya)
MD: Awak sembahyang tak?
Saya: Yes. Of course.
MD: How many times per day? (Muka serius)
Saya: Erk. Standard which are 5 times..
MD: If non standard?
Saya: If I got free time maybe 9-10 times.
MD: Ok. You know what? This is my standard question during interview session. Don’t be surprise.

Ini pertama kali saya ditanya soklan sebegini masa interview. Sampai sekarang saya cuba memahami apa yang cuba dicari dalam soklan tu. Secara logiknya orang yang tak solat pon akan ngaku solat. Hurmm.. Kalo sudi, leh kongsikan apakah soklan interview yang paling menarik pernah anda alami. Mekasih.. :-)
Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

*ranjau = goreng

23 Comments |

Bijak atau Kreatif?

Salam pertemuan, 

Time tgh morning break semalam, kakak-kakak operator panggil nk tanya pendapat. Sekarang ni syarikat saya menawarkan skim berhenti kerja secara sukarela. Agak lumayan jugak pampasan yang diberikan. Sayangnya bukan untuk Engineer, kalo tak dah antar borang dah.. ;-)
Yang menarik, bila ditanya tentang plan B, derang bercerita tentang gaji, benefit dan lain2 yang bersangkutan pasal makan gaji. Saya senyum sendiri melihat perbezaan mentaliti. Bukan perbezaan dari segi akedemik, bijak atau sebaliknya, sempit atau terbuka bukan juga melihat siapa betul atau salah. Apa yang begitu menarik utk difikirkan ialah cara berfikir seseorang tu bergantung kepada matlamat hidup. Bagi seorang yang matlamat hidupnya makan gaji, berbisnes adalah sesuatu yang janggal untuk difikirkan. Tapi bagi orang yang tak mahu makan gaji, kalo crita pasal kerja..boring…

Bagaimana pula jika mengendalikan 2 matlamat hidup.? Contoh mudah kata hujung minggu ni seorang kawan ajak pegi mengaji kitab kat Pondok. Pastu biasanya Pasar Malam ari Sabtu selalunya keuntungan dia agak lumayan. Yang ni kene pandai bagi keutamaan la kot ye.. Atau…….. Kalau cukup kreatif boleh dapat dua2 sekali. Uh uh.. Walau telah lama ku cuba menjadik kreatif tetapi terasa begitu kejap untuk merungkai kebolehan otak belah kanan.

Mahu saja saya menyalahkan kokurikulum sekolah rendah, menengah hatta universiti pon. Semua melatih pelajar menggunakan otak sebelah kiri saje. Tapi takda gunanya komplen sekarang. Yang perlu, apa yang perlu dibuat sekarang. Ada cadangan tak camne nak jadik lebih kreatif?

Nota Ibu Jari: Selalu pegi blog Linn nk belajar menggunakan minda. Selalu jugak jenguk forum ID Malaysia melihat kehebatan orang2 kreatif menghasilkan design2 yang gempak. Jeleess…

Tulun Promote: Semalam beli dompet kulit jahit tangan kat sorang brader. Siap leh tulih nama kat kulit tu. Brader ni memang tangan artis (pelukis) la, canteek jek nama tu. Memang cool tak ingat lah. (I wish I had pictures to show to you guys). Buat sape2 yang berminat nk dompet kulit jahit tangan leh bagitau. Ni kire super high quality hand made wallet la ni. Janji tak ambik untung, tulun promote brader ni punyer bisnes jek. Buat awek-awek, korang bagi hadiah kat pakwe / husband korang konfem makin sayang lah. Cair jek ;-)
Pada sape yang ingat dan pernah baca entry sebelum ni, brader ni adalah Abang Mat yang berniaga sebelah saya masa saya berniaga di Komplek Bukit Jambul dulu. Sokonglah barang buatan orang Islam yang berkualiti. :-P
Sehingga bersua lagi…

-Fuad-

13 Comments |

Harga Sebuah Kehidupan

Salam Pertemuan,

Amaran: Entry ini mungkin menimbulkan kegusaran sesetengah pihak akan status mesej yang cuba disampaikan. Walau pendekatannya seolah2 mengajak pembaca memandang masa depan secara condong ke arah nilai2 material, namun niat asal penulis ialah peringatan buat sahabat2 yang difikirkan tidak salah dikongsikan.. 

Saya terpandang suatu berita perihal seorang artis terkenal di Malaysia, Asmawi Ani. Kisahnya berkenaan hutang perubatan arwah / almarhum ayahandanya dengan IJN berjumlah RM120,000. Mungkin bagi seorang yang tidak bermasalah dengan wang, dia tidak gusar pabila setuju dengan kos ini.

Ini kisah lain seorang insan yang tidak dikenali ramai. Ayahanda yang disayangi diserang sakit jantung beberapa minggu yang lalu. Komplikasi dari serangan itu mewujudkan lubang dijantung beliau. Seharusnya pembedahan dilakukan dengan kadar segera untuk mengelakkan hal-hal yang tak diingini. Tragis sekali suatu masalah dengan hospital milik kerajaan ialah responsi yang sangat perlahan dan segala urusan dipersusahkan (Nota: Harus dimengerti juga kesibukkan para kakitangan dan doktor yang terpaksa melayan begitu ramai pesakit). Di saat tegar nyawa insan yang dikasihi terancam, semestinya si anak sanggup lakukan apasaja demi orang tuanya. Plot ceritanya panjang…saat2 getir juga mengundang simpati si pendengar. Ringkasnya, demi kasih sayang yang utuh, wang ringgit tidak dipandang dan akhirnya bapa yang memiliki anak2 yang baik itu menjalani pembedahan di Hospital Swasta. Berpuluh ribu di habiskan. Segala simpanan.. segala caruman masa depan.. habis dikorek… diserah dengan rasa jerih demi nyawa seorang insan bergelar bapa.

Namun ceritanya tidak habis disitu… berulang2 lagi sakit yang datang.. khabar terbaru.. di saat Tun Mahathir menjalani rawatan di IJN, di ketika itu juga seorang bapa yang ditemani anaknya menjalani rawatan jantung yang pertama kali dijalankan di Malaysia seumpamanya. Bezanya si yang pertama tidak langsung gusar pasal kewangan. Anak2 yang datang bersama kereta2 gah yang mustahil dimiliki orang kebanyakkan. Manakala yang kedua, lain sekali suasananya. Plot nya masih berjalan bersama peredaran masa yang pasti tidak menunggu sesiapa. Ongkosnya juga berkemungkinan besar bakal bertambah berlipat ganda..

Apa yang membuat saya terfikir, suatu hal ialah bagaimana anak2nya nanti meneruskan hidup dengan bebanan hutang yang ntah bila akan langsai. Hal keduanya, jika perkara ini berlaku pada keluarga yang tidak berpendapatan apatah lagi dengan tiada atau sedikit anak. Adakah solusinya membiarkan insan tersayang menghadapi hari2 terakhir tanpa dapat berbuat apa2.. Anak mana yang sanggup melihat orang tuanya menderita. Para Ah Long mungkin sudah mula mencucuk jarum pemusnah kehidupannya.

Benarkah hidup manusia kini mempunyai harga.? Sepintas lalu saya akan mengangguk lemah. Kedengaran agak berbaur materialistik.. Mungkin saya patut menggunakan ‘Harga satu nyawa’ lebih enak di dengar dan di terima umum. Kehidupan lebih memberi pengertian prinsip hidup, nilai kasih sayang, pengorbanan dan sewaktu dengannya. Pokok pangkalnya, jika tragedi ini berlaku pada diri kita.. apakah reaksi kita..?

Emak seorang mampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu” Suatu persolan yang sinis pernah diutarakan, itu mungkin si anak pula terpaksa menjaga 10 lagi anaknya.. Pada saya, usah dibahaskan benda yang tiada faedah di tikam lidahkan. Yang penting.. jika tahu begitu susah menjaga ibubapa dan juga anak-anak terutama di zaman mutakahir ini, yang penting ialah mencari penyelesaian..

Berbalik kita pasal orang miskin dan kebanyakkan yang menghadapi dilema kos perubatan. Saranan saya bagi yang berkemampuan, ialah Insuran Takaful. Islam mengajar amalan khairat itu bukan saja meringankan beban tapi juga mengukuhkan persaudaraan. Itu kisah diri sendiri utk meringankan beban anak2 kita nnti. Bagaimana pula ibubapa kita sekarang yang tiada insuran dan belum tentu nk di insurankan masih berkelayakkan.?

Tika ini saya hanya terfikir untuk mula menyimpan dan menabung demi ketidak pastian itu. Getus hati saya, walau menabung sebanyak mana pon, agak sukar untuk memenuhi belanja berubatan yang kian meruncing. Terokailah rezeki di alam Allah ini sesungguh hati. Bukan utk mendabik dada dengan kekayaan dan juga melalaikan diri dgn urusan dunia yang sementara, tapi sebagai perisai masa depan dan kepuasan diri. Berniaga dan melabur mungkin.. :-P

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

15 Comments |

Bila Ilmu Diperdagangkan

Salam pertemuan,

Pagi ini terasa perit jerih urat saraf saya. Terasa semuanya hypertensi dan meraung mengiringi setiap inci pergerakan. Aduh2.. Takda masalah nak carik masalah. Ini semua gara2 senaman pagi tadi. Dek kerana semenjak dua menjak ni saya asek senaman jari dan mulut jek, badan pon dah rasa makin lemah. Maka timbul lah keinginan melaksanakan amanah ilmu Ayah saya.

Senaman urat saraf atau lebih glamer dengan nama senaman tenaga batin. Saya tak pasti ianya mengundang fikiran sinis dengan nama senaman tersebut namun tujuan asal senaman itu ialah membetulkan urat saraf utama dalam badan. Persisnya masyarakat mempunyai selera sendiri dalam menilai sesuatu. Mungkin kerana nilai2 pemasaran atau populariti kearah sambutan hangat masyarakat ‘kita‘ , nama senaman tenaga batin lebih gah utk diuar-uarkan.

Hanya 5 jenis senaman sahaja dan pada pendapat peribadi saya, kebanyakkan orang dah amalkan. Cuma mungkin tidak dengan kaedah yang betul sahaja. Tahukah anda nilai ilmu senaman ini? RM10 000. Ya.. saya tak bergurau jauh sekali buat lawak spontan mahupun terancang. Inilah nilai ilmu yang bagi orang yang tak pandai menilai, tak lebih dari …. (saya tidak dapat mencari perbandingan yang sesuai). Yang pasti kalo awek cun melecun mengoda saya dengan penuh manja sekalipun, mustahil saya sanggup bayar dengan harga walau RM100 pon. :-P

Setuju atau tidak.. walau anda gelak sampai menggelupur diatas lantai sekalipon pabila melihat masih ada orang sanggup ‘membeliilmu sebegini, tahulah oleh mu bahawa di tengah2 ibukota sana, seorang lelaki hidup mewah hanya dengan menjual ilmu ini. Apa tukaran nya? Anda mungkin penasaran.. Deduksi rambang saya yang tak bertauliah ini mengatakan bukti kepuasan pelanggan. Ya.. setakat ini, semua pelanggannya (yang mempunyai masalah ‘tang penting tu’) berpuas hati dengan hasil rawatan. Kos rawatan biasanya RM20 000. Pakej ekonomi ialah RM10 000 tapi kena amalkan senaman dengan penuh disiplin. Kalau urutan diperlukan, RM5000 lagi. Yang membuat saya senyum sendiri hanya 15 minit urutan memberikan pulangan RM 5000. Aduh2.. Kalau outstation charge (within peninsular Malaysia) ialah RM1000++. Hanya satu pelanggan sebulan sudah cukup untuk dia hidup senang. Hakikatnya, selalunya dia mendapat ramai pelanggan yang tak teragak2 membayar dahulu, rawatan kemudian. No money, No talk.

Saya tidaklah mahu menjadi seorang yang tampak terlalu pesimis, tapi berani saya katakan jika ilmu itu diberikan percuma peluang utk ianya diamalkan teramatlah tipis. Itu adalah senario masyarakat. Usah bicara soal betul salah mahupun logik atau tidak. Bila majoriti bersuara, itulah yang akan di anggap normal.. Lain pulak ceritanya jika ia bernilai RM10 000. Pasti ianya akan diamalkan sesungguh hati. Maklumlah dah laburkan banyak duit. Ilmu yang sama tapi memberi impak yang berbeza kerana ada tukarannya. Selamat datang ke norma-norma kehidupan yang agak sukar dinilai dengan penakkulan mantik. :-)

Kesimpulannya:

  1. Nilai sesuatu ilmu itu terlalu subjektif.
  2. Semakin tinggi harga ilmu, semakin tinggi penghargaan orang ramai
  3. Jadilah pakar sesuatu bidang, nilai dagangan ilmu anda akan bertambah berlipat ganda.
  4. Bila ilmu diperdagangkan, adakah para ilmuan juga akan dinilai dengan RM?
  5. Masih utuhkah hubungan murid dan guru dalam era ilmu dikomersialkan?

Sehingga bersua lagi di lain perutusan.

-Fuad-

18 Comments |