Salam pertemuan,
Tak sempat nk mencoret sesuatu di blog lantaran PC di serang virus. Namun kesempatan yang ada ni nk kongsikan maklumat yang diperolehi oleh seorang kawan. Sedihnya saya tak dapat pergi sebab kena hadiri majlis perkahwinan member2.. Apapun.. Layanzzz….
Tajuk : Kursus Intensif Kewangan & Perbankan Islam ( Khas & Dipermudah Bagi Orang Awam )
Anjuran: Pusat Pengajian At-Tibyan.
Tempat: Dewan Seminar, Masjid As-Syakirin KLCC
Tarikh & Masa: 2 Jun 2007 ( Sabtu ) bermula dari jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang
Yuran:
RM 100 ( Korporat dan institusi)
RM 80 sahaja ( Awam )
RM 50 sahaja (Pelajar Sarjana Muda ke bawah)
Untuk pengetahuan pembaca, menurut kebiasaan di Malaysia, yuran kursus kewangan sebegini dianggap amat komersial dan yuran paling rendah adalah di sekitar RM 150-200 ( bagi satu sesi dalam beberapa jam) dan yang paling tinggi adalah sekitar RM 20,000 seorang untuk satu kursus 3-4 hari dengan topik dan isu yang hampir sama malah adalakalanya lebih ringkas.
Justeru harga sebegini adalah khas untuk memudahkan masyarakat Malaysia di samping kos-kos kertas kerja, dewan dan makanan. Tiada sijil disediakan kerana kursus ini lebih cenderung kepada penyebaran ilmu untuk amalan sendiri sahaja, dan tiada peperiksaan.
Pembayaran yuran mestilah dibuat sebelum kursus. Pembayaran semasa kursus tidak dibenarkan.
Pembayaran boleh dibuat menggunakan ‘bank in’ melalui internet banking atau di kaunter bank dan sebagainya ke akaun :
- Bank Islam Malaysia Berhad ( 14041010047603 ) atas nama Pusat Pengajian At-Tibyan
- Maybank ( Wadiah ) - ( 164017071347 ) atas nama Zaharuddin Abd Rahman
Pendaftaran: Sila hubungi 019-6096 117 , 017-681 7810 , 019-388 5486 atau atau email ke tibyan2006@gmail.com
Pendaftaran ditutup pada 29 Mei 2007
Pembentang: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
- Bekas Konsultan Shariah, Ingress Corporation Bhd
- Bekas Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad
- Ketua (Pengurus Kanan), Jabatan Shariah, Asian Finance Bank Berhad (anak syarikat Qatar Islamic Bank- Sekarang)
- Kolumnis mingguan bagi ruangan Shariah (An-Nur) di akhbar METRO AHAD.
- Kolumnis dan editor, Majalah Iktisad
Kelulusan Pembentang:
- B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
- M.A, Shari’ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan
- Tawliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Rujukan pmwp/600/2 klt.6(138)
Kandungan Kursus Lengkap
BAB PERTAMA : HALAL & HARAM DALAM KEWANGAN
BAB KEDUA : INTRODUKSI KEPADA ILMU FIQH MUAMALAT
BAHAGIAN PERTAMA : KAEDAH ASAS DALAM FIQH MUAMALAT
BAHAGIAN KEDUA : KONTRAK-KONTRAK DALAM MUAMALAT ISLAM
BAHAGIAN KETIGA : RUKUN & SYARAT JUAL BELI DALAM ISLAM
BAB KETIGA : UNSUR DAN ELEMEN HARAM DALAM KEWANGAN
BAB KEEMPAT : RIBA DAN HUKUMANNYA
BAHAGIAN PERTAMA : PENGERTIAN RIBA
BAHAGIAN KEDUA : JENIS RIBA
BAHAGIAN KETIGA : HUKUMAN RIBA DALAM ISLAM
BAHAGIAN KEEMPAT : RIBA DAN BENTUKNYA DALAM KONTEKS SEMASA
1. RIBA DALAM PINJAMAN RUMAH, KERETA, PERNIAGAAN
2. RIBA DALAM AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN.
- Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).
- Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
- Akaun Islam : Simpanan (Wadi’ah)
- Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung)
3. RIBA DALAM KAD KREDIT
- Kad Kredit Bank Islam
- Penggunaan Kad Kredit dan Hukumnya
4. RIBA DALAM INSURAN KONVENSIONAL
5. RIBA YANG BERLAKU DALAM JUAL BELI PERHIASAN EMAS DAN PERAK
- Jual barang kemas (emas) dengan secara ansuran
- “Trade in” barangan kemas (emas)
BAB KELIMA : GHARAR DAN JUDI
BAHAGIAN PERTAMA : PENGERTIAN GHARAR & DALIL PENGHARAMAN
BAHAGIAN KEDUA : JENIS GHARAR & TEMPAT BERLAKUNYA
- Tempat-tempat Berlaku Gharar
- Contoh-Contoh Gharar
BAHAGIAN KETIGA : GHARAR & JUDI DALAM BENTUK SEMASA : PERTANDINGAN
BAB KEENAM : PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM & KONVENSIONAL
BAHAGIAN PERTAMA : HUBUNGAN PERBANKAN ISLAM DAN ILMU SHARIAH
BAHAGIAN KEDUA : TUGASAN MAJLIS PENASIHAT SHARIAH
BAHAGIAN KETIGA : PENGESAHAN HALAL PERBANKAN ISLAM & TAKAFUL
BAHAGIAN KEEMPAT : PRODUK PERBANKAN ISLAM
- Jual Beli & Sewa
- Pelaburan Mudarabah dan Musyarakah
BAHAGIAN KELIMA : CONTOH DAN BENTUK PRODUK KEWANGAN ISLAM
- Pembiayaan Perumahan, barangan Industri secara Murabahah
- Pembiayaan Istisna’ (untuk rumah atau bangunan dalam pembinaan )
- Komiditi Murabahah
BAHAGIAN KEENAM : PRODUK TAKAFUL (INSURAN ISLAM)
- Takaful Model Wakalah dan Tabarru’
- Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
BAB KETUJUH : PERNIAGAAN & KERJAYA SEMASA
BAHAGIAN PERTAMA : PEGUAM & PEGAWAI PEMASARAN
BAHAGIAN KEDUA : PENIPUAN DALAM PENDAPATAN HARTA
BAB KELAPAN : ISU-ISU BERKAITAN PERBANKAN ISLAM & TAKAFUL
BAHAGIAN PERTAMA : MODAL BERCAMPUR PERBANKAN ISLAM & TAKAFUL
BAHAGIAN KEDUA : PERBANKAN ISLAM MAHAL DAN ZALIM
BAHAGIAN KETIGA : PERTEMBUNGAN KEPENTINGAN AHLI SHARIAH
BAHAGIAN KEEMPAT : TERIMA LOGO ‘HALAL’ ATAU ‘ISLAM’ TANPA KAJI
BAHAGIAN KELIMA : UBAH LAFAZ AQAD UNTUK HALALKAN RIBA
BAHAGIAN KEENAM : PINJAMAN KAKITANGAN & KETERPAKSAAN
BAHAGIAN KETUJUH : KESILAPAN DALAM IMPLEMENTASI ‘QARDUL HASAN’
BAB KESEMBILAN : HARTA HARAM & CARA PENGURUSANNYA
BAHAGIAN PERTAMA : CARA MELUPUS
BAHAGIAN KEDUA : SEDEQAH DENGAN HARTA HARAM
BAHAGIAN KETIGA : HARTA HARAM UNTUK MEMBINA MASJID
BAHAGIAN KEEMPAT : HARTA HARAM DIBERSIHKAN DENGAN ZAKAT
BAB KESEPULUH : HUTANG DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM
BAB SEBELAS : ISU SHARIAH DALAM MLM
BAHAGIAN PERTAMA : PARA ‘USTAZ’ DAN MULTI LEVEL MARKETING
BAHAGIAN KEDUA : PENGERTIAN MLM
BAHAGIAN KETIGA : BEBERAPA KERAGUAN SHARIAH DI DALAM MLM
BAHAGIAN KEEMPAT : SYARAT MINIMUM BAGI MLM
BAB KEDUA BELAS : BEBERAPA PELABURAN SEMASA
BAHAGIAN PERTAMA : PELABURAN SWISS CASH
BAHAGIAN KEDUA : ABB FUND, EAINDEX DAN WINLIFUND
BAHAGIAN KETIGA : PELABURAN DINAR IRAQ
Tentatif Program:
07.30 pagi : Pendaftaran peserta
08.30 pagi : Diskusi Topik 1
10.30 pagi : Sesi Soal Jawab
11.00 pagi : Rehat dan Minum Pagi
11.30 pagi : Diskusi Topik 2
12.30 tgh : Sesi Soal Jawab
01.15 tgh : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari
02.15 ptg : Diskusi Topik 3
03.30 ptg : Sesi Soal Jawab
05.00 ptg : Kursus Tamat
******************* IKLAN TAMAT *********************
Sape2 yang pegi2… tulun share ye… Harap sangat2 sape leh kongsi ilmu yang bermanfaat nih.
Sehingga bersua lagi…
-Fuad-





Â
Hari ni saya menganggarkan saya akan mendapat kecaman hebat dari pembaca blog wanita. Haha. Tapi best jugak untuk diperbahaskan. Sebelum borak pasal satu lagi teori sains sosial saya yang suka2 je saya buat kesimpulan, suka saya jelaskan saya bukanlah seorang yang pakar dalam sains sosial malah tak pernah dalam hidup saya, saya mempelajari ilmu2 berkaitan sains sosial. Latarbelakang pendidikan saya ialah kejuruteraan. Sebagai pemikir bebas (jangan salah paham berkaitan akidah ye), subjek sains sosial adalah sesuatu yang begitu menarik pada saya.
Arini saya tak sempat lagi nk tulih blog.. 

