RSS
people

Al-Quran Rahsia Terunggul

Malam sebelum saya balik kampong, sahabat lama (zaman sekolah menengah) ajak jumpa. Awal2nya janji nk jumpa kat Giant Shah Alam, jadi nya menapak lah saya ke situ. Alang2 dah sampai Giant, saya pon mencuci mata kat MPH. Kebetulannya 2-3 hari sebelum tu, seorang rakan call saya dan dia dengan syok nya bercerita perihal satu buku yang best. Tajuk nya How Full is Your Bucket. Kira ada can usha buku ni sekali lah.

Dah dok lepak2 kat situ, dapat SMS kata tempat perjumpaan dah ditukar. Dah kira nk tinggalkan MPH tu, saya pon mintak la brader kat situ carikkan buku How Full is Your Bucket. Sedihnya, buku tu dah habis.. Ramai orang Shah Alam layan buku tu kot. Kalo nak beli buku tu kena pegi cawangan MPH yang lain. Takpe lah kan, tup2 ada satu cover buku yang menarik perhatian saya, tajuknya Al-Quran Rahsia Terunggul karya Ali Ahmad dan Maleya.

quran
Gambar kat atas ni pinjam dari website mudah.com.my

Kalo korang perasan cover dia lebih kurang dengan buku The Secret karya Rhonda Byrne. Saya pernah buat ulasan buku The Secret dulu kat sini:

http://almaribuku.com/?p=267

Tekaan saya tepat sekali, buku Al-Quran Rahsia Terunggul ni membincangkan perihal Law of Attraction dari sudut pendekatan Islam dan Al-Quran. Sesuatu yang hilang dari The Secret. Pada sapa yang amat teruja dengan Teori Tarikan (Law of Attraction) dan yang dah khatam The Secret berkali-kali, saya amat syorkan baca buku ni pulak.

Buku setebal 224 muka surat ni berjaya saya habiskan dalam masa 2 ½ hari. Itu pon kira time busy, maklumlah nk dekat raya lepak kat kampung kan. Harganya RM15.90 (kat MPH).

Cumanya pada sape2 yang nak baca buku ni, saya lebih galakkan baca buku The Secret dulu. Sebab kat buku ni dia tak cerita terperinci pasal Teori Tarikan. Pastu saya jugak amat sarankan baca buku The Answers karya John Assaraf dan Murray Smith.

http://almaribuku.com/?p=352

Sebabnya buku Al-Quran Rahsia Terunggul ni dia cerita pasal teori fizik lagi kompleks dari buku The Answer. Siap keluar rumus lagi yang derive dari formula  e = mc2 jadik r = tj2 (r = ruh, t = tubuh, j = jiwa). Itu cadangan saya jela kan. Korang suma mesti dah terer teori2 sains dan kuantum fizik ni.

Beberapa perkara yang saya ralat pasal buku ni ialah petikan Ayat Al-Quran. Kenapa letak nama surah dalam bahasa Inggeris? Padahal seluruh buku tu dalam bahasa Melayu (atau  mungkin bahasa Indonesia). Pastu petikan Ayat tak di letak nombor ayat. Kan leceh sikit bagi orang macam saya bukan hafiz ni nk buat rujukan.

Apapon buku ni amat baik untuk di baca. Melengkapkan Teori Tarikan dengan sudut pandangan Islam. Malah dia jugak menceritakan balik kaedah2 doa yang betul dan konsep doa itu dengan sangat bagus. Berbaloi? Sangat2 berbaloi.. :-P

-Fuad-

1 Comment | Tags: , , , , , , , ,

Fasa Baru Kehidupan

Assalamualaikum Wr. Wb.

Moganya semua orang yang terlitas di blog ni secara sengaja atau tak dalam keadaaan sejahtera atas definasi diri sendiri ataupon definasi orang kurang sejahtera dari kita. Antara kekurangan saya ni dari yang bayak2 kekurangan adalah lambat menyesuaikan diri. Akibatnya ramai orang yang mula2 jumpa ngan saya..yang tak kenal diri saya akan melabel budak sombong. Lambat menyesuaikan diri buat saya lambat selesa dengan persekitaran baru.. namun saya suka berubah dan ingin berubah.

Blog yang dah tak tersentuh sekian lama ni buat gaya pe’naip’an rasa janggal. Macam berputar belit mata nk baca dan cuba menangkap mesej yang cuba disampaikan. Kalu baca dengan kuat plak, tona pembacaan rasa ada yang tak kena. Pitching nk kena buat alignment. Makanya.. kenalah sentuh balik blog ni supaya janggalnya cepat2 hilang.

Entry kali ni nak sembang santai sebab entry sebelumnya dah gegar teknikal. Saya baru melangkah ke Fasa Baru dalam kehidupan saya pada tanggal 12 Rejab 1430 bersamaan 4 Julai 2009. Terima kasih buat dia yang membantu proses transisi ni. Harap2 lanjutannya akan lincir seperti sebelumnya. Insya Allah. :-P

Oh.. saya sekrang mengisi rongga2 waktu yang terluang dengan buku karya oleh Dr. HM Tuah Iskandar yang mana nama yang diberi ialah Tau Tak Apa. Buku yang jatuh didalam kategori motivasi pada hemat saya ni memberi persepsi motivasi yang bersahaja tapi boleh buat pembaca diam seketika. Mungkin cuba memahami lebih mendalam atau pun cuba mencari fakta2 untuk menyanggah tapi tak terjumpa. Betul jugak kata Dr. HM Tuah ni.  Cara penyampaiian jugak seolah2 bersembang dengan pembaca. Yelah.. bila kita bersembang ni, ada masanya kena puji, ada masanya dicalarkan hati, ada masanya kena perli, ada masanya lawak seperti. Senang ceritanya.. buku motivasi yang mencuit hati kita yang selama ni dok asek membina sebanyak mungkin istilah2 alasan atas kemalasan kita nk menjadi lebih baik..lebih bermotivasi.

Sape yang tak caya..boleh beli sendiri dan baca. Yang percaya pon sama. Tak nk beli.. boleh pinjam ngan saya. Tapi tunggulah saya abes baca dulu. Oh.. saya kat Bintulu ni. Kat Medan Jaya. Kalo nk pinjam bleh carik saya kat sini. Tak rugi baca.. Saya percaya sesuatu akan berlaku selepas baca buku ni. Cumanya kesan jangka panjang atau pendek kenalah ketuk kepala sendiri. Bak kata sorang member saya, Allah bagi motivasi kat Manusia dalam surah Ar-Rahman dok ketuk akal dan hati supaya berpikir sebanyak 31 kali.. “Nikmat Tuhanmu yang Manakah Kamu Dustakan?” Kalo tak terketuk lagi..sendiri mau ingat lah. Sila baca ayat sebelum ni dengan nada positif.. Nada kerasnya saya tujukan pada penulis blog ni.

Oh ya.. saya ada dapat emel bertanyakan perihal Si Alif tu. Saya memang rindukan dia. Tapi sayangkan jangka hayatnya tak lama. Saya tak rindukan bodynya yang mengancam mahupun suaranya yang merdu. Tapi ciri-ciri nya yang saya rindukan. Hayat tak lama. Dah kong batt. Charger pulak dah ilang. Adeh.. Jadi, tak sedap hatilah saya nak menjualnya pada orang laen. Takut kesudahan yang sama menimpa saya jua menimpa pembeli lain. Pada sape yang masih berhajat besar jugak nk memiliki si Alif tu boleh kunjungi kedai XIMAX terdekat.

Terubat hati saya bila saya tengok henpon sahabat saya yang mempunyai ciri2 yang sama. Ada waktu Solat siap ngan reminder. Pastu ada Al-Quran bukan sahaja Terjemahan ngan Tafsir. Ada bacaan ngan Display bahasa Arab yang cun lagi. Terjemahan pulak dalam bahasa Melayu wa cakap lu.. Best kan? Haaa.. tau takpe. Cuma harga dia la slack sket. Tengah berkira2 lagi. Ingat nk kena wat istikarah dulu.. nak angkat ke idak. Nama henpon kawan saya tu iPhone. Ok ke henpon tu ye? Tak cepat rosak ke?

-Fuad-

9 Comments |

Siapa Pindahkan Keju Aku

who-moved-my-cheeseLepas saja majlis graduasi saya kat UTP, saya terus kena pegi program induksi Petronas dekat Permata. Program selama 2 minggu tu objektifnya kira macam nk bagi semangat dan bersedia untuk meng’kaya’kan lagi Petronas la lebey kurang. heh ;-) Banyak sangat aktiviti masa induksi tu yang saya pon dah tak ingat. Suatu perkara yang saya masih ingat ialah ada tayangan ala-ala motivasi yang bertajuk “Who Moved My Cheese?”

Menarik jugakla sebab tayangan video ada kartun2 yang memberi motivasi pastu lepas tgk video tu, fasilitator diskas plak pengajaran2 yang didapati dari siaran video tersebut. Secara asas nya video itu mengajar kita supaya bersedia menerima perubahan.

Okeh.. bayangkan atau ingat kembali ketika anda baru je grad. Memang masa kita student kita excited nk start keje. Ye lah kan..dapat duit sendiri..boleh beli apa yang kita nk yang masa student kita bleh tgk je orang beli. Masa tu memang kita nak sangat dan nantikan sangat perubahan dalm hidup kita. Sebab kita tahu itulah perubahan yang paling best dan buat kita rasa dewasa.

Video “Who Moved My Cheese?” pada saya masa tu memang tak beri impak sangat atau boleh kata tak langsung lah. Sebabnya video tu punya walk away message “Jangan takut untuk berubah” sedangkan masa tu memang tak takut langsung malah nak sesangat untuk berubah.

Itu cerita tahun 2003, sekarang dah 6 tahun berlalu. Dah tiga company saya tukar-tukar kerja. Hidup pon more or less dah stabil. Bila hidup kita dah kita sendiri tafsirkan sebagai stabil, rasa takut untuk berubah akan mula berkubu kat jiwa. Haa..masa ni lah saya rasa video ni akan berguna.

whomovemycheese

Saya baru habiskan buku Who Moved My Cheese? karya Dr. Spencer Johnson. Kira ni version buku untuk video yang sy tengok 6 tahun lepas masa mula2 nk start keje. Buku ni bestnya dia bercerita. Kisah 4 watak utama dalam cerita tu yang bernama Sniff, Scurry, Hem dan Haw.

Keempat2 watak utama ni mempunyai satu tujuan je dalam hidup derang iaitu makan keju. Ceritanya bermula bila derang jumpa selonggok keju dan mula rasa bahagia. Malangnya bila keju tu dah habis, hidup mereka berempat dapat ditentukan dengan sikap masing2.

Sniff adalah seekor tikus yang sentisa menghidu perubahan. Apa yang berlaku, dia sentiasa melihat keadaan dan ia sedar bila perubahan itu perlu.

Scurry adalah seekor tikus yang pantas bertindak. Bila perubahan itu perlu, dia akan terus bertindak dengan pantas.

Hem pulak adalah seorang kenit yang tak mahu berubah. Dia menyalahkan semua orang jika berlaku sesuatu yang tak kena dalam hidupnya. Bila kejunya habis, dia menyalahkan ada orang yang memindahkan kejunya ke tempat lain. Dia rasa terainiya tapi tidak berbuat apa2.

Haw jugak adalah orang kenit macam Hem. Tapi Haw akhirnya sedar yang dia kena berubah untuk terus maju dalam hidup.

Buku ni memang simple tapi bermanfaat. Apa yang paling saya suka quote dalam buku ni ialah bila Haw bertanya pada diri dia sendiri

What would you do if you weren’t afraid?

Jika anda buang rasa takut anda, apa yang anda akan buat dalam hidup anda. Quote tu tu buat saya berfikir bertapa tebalnya mental block dalam hidup saya ni yang menghalang saya buat apa yang saya betul2 nk buat.

Okeh..itu saja untuk ulasan buku best kali ni. Buku ni saya beli kat MPH dengan harga RM29.90. Selamat membaca.

-Fuad-

3 Comments | Tags:

Sekitar Pesta Buku 2009

pestabuku2009Hari ahad lepas saya kena pegi opis buat preparation untuk ISO audit. Dah banyak hari sebenarnya. Dah pening kepala nk membelek dokumen. Last2.. x sempat sampai ke opis.. terlajak brenti parking kat stesen komuter Shah Alam. Haha..

Kalo pikir keje tak kan abes iye dak? Untuk melegakan pening pale ni, saya decide nk pegi bersiar2 ke Pesta Buku Kuala Lumpur kat PWTC. Hehe. Walaupon niat nk cuci mata tengok buku je.. tapi saya dah kosongkan beg laptop. Cadang2 kot2 dapat buku free. Heh.

Sampai je kat PWTC tu…perghhhh.. ramai tak ingat beb. Senang cerita, kalo yang pegi ada air sembahyang tu memang batal lah.. ;-) Nk jalan sikit punya susah. Tapi… buku memang bayak tak ingat. Pening pale terus ilang dapat tgk buku2 yang best2. Dah penat pusing2 ketiga2 tingkat tu akhirnya saya terbeli buku2 nih:

  1. The Last TycoonsWilliam D. Cohan
  2. Micro TrendsMark J. Penn & E. Kinney Zalesne
  3. Legacy of Ashes Tim Weiner
  4. Kenapa Allah Murka? Mohammad Qayyum A. Badaruddin
  5. The New Jerusalem Michael Collins Piper
  6. Final JudgmentMichael Collins Piper
  7. The High Priests of WarMichael Collins Piper
  8. The GolemMichael Collins Piper

Buku nombor 1 sampai 3 tu derang pack skali. Harga sebenarnya RM82.50 untuk tiga2 buku tu tapi lepas diskaun dpt dalam RM53. Banyak diskaun tu. Kenapa dalam2 bertimbun2 buku kat pesta buku tu saya tak teruja nk beli buku2 ni (of course selain diskaun lah).? Sebab buku2 ni diterbitkan oleh Penguin Group. Selain dari penulis, saya akan pilih penerbit kalo ianya Penguin Group. Sebab stakat ni buku terbitan Penguin Group memang best2. Kalo korang baca kat belakang setiap buku terbitan Penguin Group pon derang akan cerita tujuan utama tertubuhkannya Penguin Group. Apa tujuan dia..?

Kalo nk tahu, pegi pesta buku naik tingkat atas sekali, pegi kat booth Pearson / Penguin Group. Ada gambar penguin kaler oren banyak2. Itu lah booth dia. Jangan risau..tingkat atas sekali memang lengang. Tak ramai orang. Buku2 ilmiah sket kat atas tu dan harga buku kat atas pon boleh tahan. Tapi kalo buku terbitan oversea RM53 untuk 3 bijik, pastu buku2 tu plak semua pernah menang anugerah memang sangat murah wa cakap lu.

Buku nombor 4 tu saya tak beli, tapi dapat. Haa kan dah kata. Bleh dapat free buku kat pesta buku. Tapi itu setelah memderma lah. Kat jalan nk masuk tu banyak tempat derma yang diberi hadiah buku.

Buku nombor 5 sampai 8 tu plak saya beli kat booth SABA Islamic Media. Itupon 4 buku pack skali dan harganya RM63 selepas diskaun. Sape2 yang dah tengok The Arrival macm yang Roy cerita kat blog dia, buku2 ni pon menarik untuk tahu apa lagi agenda geng2 Free Mason dan Yahudi ni buat untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Mungkin weekend ni nk pegi jalan2 lagi. Jumpa disana :-) Oh ya.. derang accept credit card. Kalo takut tergoda untuk swipe credit card, sila tinggal card kat rumah. Hehe.

-Fuad-

7 Comments | Tags: ,

Keinginan Yang Tak Patut

Keinginan…

Saya baru balik dari Bintulu. Macam biasa, bagi training. Sepanjang jadi trainer, ada sesuatu yang saya rasa tak best tapi saya terpaksa terima hakikatnya. Iaitu tahap keinginan peserta untuk belajar. Kalo nak kata sebab bayaran, bukan calang2 bayarannya, course yang saya ajar tu RM5000 per head. Huh..kalo saya sendiri mmg tak mau ngabeh duit banyak tu. Mungkin derang pon sama kot, yelah company yang bayar. Bukan duit sendirik. Oh..untuk ingatan, yuran tu tak masuk poket saya ye, masuk poket company. Hehe. ;-)
Apa yang saya teringin sangat ialah pelajar yang sangat2 berminat untuk belajar. Yang saya rindukan waktu sekolah menengah dulu. Member2 yang mintak ajar. Memang syok ngajar orang yang betul2 nk belajar. Susah lah nk describe rasa puas je bila ngajar orang camtu. Walaupon saya ni ada penyakit ‘kia’ (kene rujuk kamus bahasa kelantan untuk mengetahui maksud penuh) bila ngajar budak pompuan, tetap rasa syok dapat share something pada orang yang betul2 appreciate.

Harap2 bleh rasa balik perasaan camtu..

Yang Tak Patut…

Seorang sahabat mengijazahkan pada saya Selawat Tafrijiyah atau digelar jugak Selawat Nariah ataupun Selawat Kamilah. Dah dapat tu saya pon berazam lah nak menghafal dan amalkan. Langkah pertama yang saya buat bila ada orang bagi amalan ialah letak jadi desktop. Truly saya dah tak ingat brapa lama dah desktop tu ditukar. Semalam adik saya, Fitri bertanya apa yang saya letak kat desktop. Saya pon bercerita lah kesah sahabat saya tu yang mengalami sendirik keberkatan amalan Selawat Tafrijiyah.

Kredit: Terima kasih pada Hanie Liza atas perkongsian tulisan Selawat cantik2 pastu siap dengan makna sekali. Memang cun buat Desktop. http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1734856

Saya pernah layan video ceramah mengajar selawat ni kat laptop kawan saya. Kot2 la ada kat youtube maka saya pon mulakanlah pencarian. Sedihnya tak jumpa. Tapi saya terjumpa youtube kat bawah ni. .


Budak Kecik Baca Selawat Tafrijiyah

Terasa gak saya, budak 2 tahun pon dah hafal dah. Adeii. Susah gak nk jadik murid yang betul2 nak belajar ni.. :-(

8 Comments |

La Tahzan – Buku Mesti Milik

Salam pertemuan, 

Pada suatu hari, datanglah seorang sahabat melepak2 dalam bilik saya. Sambil2 kami dok borak2 dan merapu dia membelek2 satu persatu buku dalam rak buku saya.

“Koleksi hang ni tak lengkapla. Hang kena beli satu buku ni. Buku ni memang best, memang kalah la Napolean Hill ka, Dale Carnegie ka, Anthony Robbins ka, Robert Kiyosaki, Donald Trump, Adam Khoo apa jadah lagi lah. Hang penah dengar La Tahzan dak? Aku baru baca 5 mukasurat tapi habaq hang, memang terasa aura motivasi dia. Kalo hang baca buku ni hang kira tak dak nk risau apa dah. Aku highly rekemen kat hang”

Begitulah testimonial yang saya dapat berkenaan buku ni. Sebetulnya saya pernah dengar jugak pasal buku ni tapi mungkin belum tergerak hati nak memilikinya. Petang tu jugak saya carik buku ni. Memang, memang patut dibaca.

Dkarang oleh Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Bin ‘Aidh ‘Ali Majdu’ Al-Qarni (Yang tang koma kat atas tu sampai sekrang saya tak tahu camna nk sebut). Hafiz Al-Quran dan Kitab Bulughul Maram, hafal lebih 5000 Hadith dan lebih 10000 bait syair. Fuh, memang power.

Orang2 macam ni mmg respek sgt2. Aritu borak ngan sorang India Muslim dari India, perihal kehebatan orang macam Allayarham Syaikh Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik. Dia cerita anak Dr. Zakir Naik ni boleh bagi ceramah macam ayah dia tapi umur baru 9 tahun. Hehe. Terasa jugakla saya. Asek bagi alasan tak cukup masa nak menghafal Al-Quran tapi budak kecik tu pon bukan stakat hafal je, siap boleh quote ayat mana, surah mana, kisah apa, sebab penurunan ayat. Itu Al-Quran, tambah plak Hadith, bible, manuskrip hindu pon dia hafal. Tak heran la tiap kali dia ceramah beratus ribu orang datang dan ada orang yang peluk Islam time tu jugak.

Berbalik pasal buku La Tahzan atau dalam bahasa melayunya Jangan Bersedih.Saya tak baca habis lagi buku setebal 611 m/s ni, tapi saya boleh kata buku ni antara yang terbaik pernah saya baca. Sebuah buku motivasi yang menggunakan pendekatan tasauf yang mantap. Saya teramat amat amatlah mengesyorkan buku La Tahzan menjadi bacaan setiap umat Islam.

Nota: Buku yang saya baca ni adalh terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Maklumlah tak terer bahasa Arab. :-(
Kesimpulannya, dapatkanlah buku terlaris di timur tengah dan indonesia ini. Promote sket :-P
**Sila baca entry ini sehingga tamat dan anda mungkin berpeluang mendapatkan buku La Tahzan dengan percuma/kos yang sgt murah**

Iklan: Saya mungkin terlambat nak tulun sebarkan. Adly a.ka. Labanon dan team FlareBiz telah melancarkan ebook percuma. Ya. Diulangi percuma. E-Book yang bertajuk Menjana Wang Tanpa Produk ini adalah satu e-book yang amat bermanfaat untuk mereka2 yang mengintai2 peluang menjana pendapatan secara online. Berdasarkan pengalaman dan kisah yang dialami oleh penulis sendiri, e-book ni menjelaskan cara yang memang sudah terbukti keberkesanannya. Tiada lagi alasan, boleh caya ke? Takkan senang sangat nk buat duit dengan interenet.. Semuanya terjawab jika anda merebut peluang dapatkan e-book ini segera. Sila rujuk: http://blog.jomberniaga.com/2007/03/15/ebook-menjana-wang-tanpa-produk-dilancarkan/

Pengumuman: Sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung blog ini, saya ingin menawarkan kad debit Borders yang bernilai RM30 kepada sesiapa saja yang berminat. Sila nyatakan kesediaan anda menerima kad ini di ruangan komen. Dengan kad ini, anda boleh membeli apa saja kat kedai Borders dengan nilai RM30, kalo lebih tu kena tambah la sket. Saya tak pasti berapa banyak Borders kat Malaysia ni dan tang mana, yang saya tahu kat Penang ni ada sebijik di Queens Bay Mall. Jadik, saya harap orang yang nk kad ni dekat la ngan Borders kalo tak tak leh pakai gak.. ;-)
Oh ya. Sape cepat dia dapat. Hanya terdapat satu kad sahaja. Kalo boleh bagi alamat rumah sekali boleh cepat2 antar. Tapi kalo takut dihujani surat2 peminat, leh bagitau je nnti saya contact..

Nota kecik: Buku La Tahzan yang saya beli tu hard cover harga dia RM49.00. Saya pernah nampak kat Borders yang paper cover tapi tak perasan harga dia, dalam RM30 la kalo tak salah.

Sehingga bersua kembali..

-Fuad-

24 Comments |

Apa yang best nya jadi kaya..

Salam pertemuan,

Ari Isnin aritu (2 hari lepas) saya ada course daripada sebuah company kat Jerman. Apa yang saya perhatikan, trend company kat advance country ni lebih kepada technology driven. Derang ada staff brape kerat jek tapi sume geng2 doktor la. Paling koman pon ada master. Stakat degree ni tak pandang.

Jadi kerja2 remeh2 sume derang outsource kat syarikat yang takde teknologi hebat macam derang. Contohnya company kat Malaysia. :-) Saya menjangkakan trend macam ni akan jadik kat Malaysia jugak nnti. Jadi, kalo nk survive di masa akan datang, kenalah lengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan yang superb. Sekarang ni kat Malaysia pon degree dah tak berapa laku sangat dah.

Memenuhi janji aritu, cerita pasal buku Why We Want You to be Rich. Penulis: Robert Kiyosaki dan Donald Trump. Lama dah tak ulas buku, asek membebel tak tentu hala.. ;-)
Komen:

Buku lebih kepada mind shifting approach. Dimana penulis berharap lepas baca buku ni, orang yang selama ni bercita-cita  nk menjadi miskin merubah cita-cita mereka nk jadi kaya. Walau pon target audience dia world wide, sesetengah part macam fokus sangat kat American.

Pasal Robert: Kebanyakkan isi dia berulang dari buku sebelum ni. Pasal cash flow, pasal quadrant, pasal expand your mean dan lebih kurang stail die la. Pada orang dah baca buku dia sebelum ni, isi buku ni macam overview.

Pasal Donald: Saya bukan nk kutuk sangat, tapi nmpk sangat dia menulis cukup syarat jek. Dia soh Robert hurai dulu point yang nk bincang, pastu dia main tambah2 je. Apapon tetap tak dinafikan nilai ilmu tu tetap ada.

Buku ni dikarang oleh seorang Millionaire dan sorang lagi Billionaire. Sorang yang pelajaran dia tak hebat sangat tapi sorang ni grad Wharton wa ckp lu. Top business school in the world. Sorang ni bapak dia miskin dan sorang ni plak memang kaya gilak tak ingat nye.

Point yang menarik perhatian saya:

  1. Robert sebut pasal 10/90 pembahagian kekayaan dalam bisnes. Saya syak dia ambik hadis nabi. Saya rasa kebanyakkan orang dah tahu pasal 20/80 Pareto Rule. Saya masa first time dengar Pareto Rule tu saya dah terpikir hadis nabi 9/10 rezeki dalam perniagaan ni.
  2. Donald sebut pasal orang yang berjaya mesti belajar sejarah. Pada akhir bab tu dia sebut pasal Empayar Uthmaniah. Tapi dia tak cerita detail apa pengajaran yang dia ambik dari kejatuhan Empayar Uthmaniah.

Kesimpulan: Buku yang bagus buat orang yang dah ada keinginan untuk kaya. Tapi ia tetap perlu disupport oleh buku2 yang sebelum ni. Kalo dengan harga RM89.90 tu baik beli buku derang yang awal2.. kalo takde lagi lah. Kalo dah beli semua buku derang ni, lengkapkan lah koleksi anda dengan buku ni. Heheh..

Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

5 Comments |

Orang Kaya Bertaqwa

Salam pertemuan buat sekian kali,

Hahah..sudah sekian lama tidak disentuh blog Almari Buku ni.. Terasa janggal la plak. Sebetulnya saya begitu gundah gulana pabila memikirkan blog yang sudah ditinggal lama tanpa pengisian. Nak buat macam mana, inilah nasib orang makan gaji. Walau dah dirancang seteliti mungkin, namun setiap yang berlaku tetap diluar kawalan..

Hari ini, dikesempatan ini saya nk share dan promote buku best dari Dr. Rusly. Buku terbaru ni memang saya salute sangat2. OKB! Orang Kaya Bertaqwa. Memberi berjuta pengertian dan keinsafan untuk dihayati buat para penggila bisnes malah jua umat Islam yang tak kira lah menggilai apa sekalipon. Satu buku yang saya rasa boleh diibaratkan meng’calibrate‘ atau ‘alignment’ buat para usahawan Islam.  

Saya tak nak bincang byk, saya sgt syorkan beli buku ni. Mungkin dari segi ilmu baru tak banyak, namun motivasi dan renungan yang disajikan memang lazat dan menyelerakan.  Entry ni saya nk sentuh pasal satu penangan minda yang begitu mencetus kalbu saya..

Terdapat 2 jalan yang harus dipilih oleh setiap orang Islam. Jalan yang menjanjikan dunia dan jalan yang membawa kebahagian di akhirat. Manakah pilihan anda? Selalunya bila diajukan soalan sebegini, rata2 menjawab mahukan keduanya, dunia dan akhirat (Saya pun jawab camtu gak..) Hakikatnya, mana mungkin 2 jalan yang berbeza membawa kepada destinasi yang sama.. Anda hanya boleh memilih salah satu sahaja. Tapi..percayalah, jika akhirat yang dipilih, Insya Allah kemurahan Allah itu memberikan keduanya..

Semoga semua yang berminat menjadi OKB termakbul seadanya…

Slot Cakap Bukan2… 

Minggu ini dah masuk minggu ke-3.

Dulu..minggu pertama, tiap2 detik mentera yang di lafaz ”Sabar2..minggu ni je.. Pasni boleh relek sket..”

Minggu lepas.. ada isu plak. Rutin itu berulang lagi. Blog tak terjenguk.. Pasar malam tak terkunjung (utk menjual).. Projek2 bisnes terbengkalai… Adik terabai kat rumah.. huhu.. Harapan menggunung tinggi semoga minggu ni tak berulang lagi..

Namun kini… harapan tinggal harapan.. Saat kerja minggu lepas nyaris2 siap.. datang lagi arahan baru.. Uh uh..

What a life.. Very intresting.. Heheh.. :-P
“Manusia adalah satu makhluk yang mana jika dia melakukan sesuatu perkara berulang2 kali, tak dapat tidak dia akan menjadi pakar dalam perkara itu.” - Tun Dr. Mahathir, ceramah majlis konvokesyen 2006 Universiti Teknologi PETRONAS.

Sehingga berjumpa lagi…tapi ntah bila… 

-Fuad-

18 Comments |

Membina Empayar Diri

Salam pertemuan,

Bagi yang mengenali diri saya di UTP, saya boleh dikategorikan ‘taik’ game. Heheh. Yang lebih malang game yang saya sangat suka ialah game strategi dan RPG. Berlainan dengan game seperti fighting atau race (archade) yang mengambil masa yang yang pendek, game saya semestinya mengambil masa yang panjang. Memang tak hairanlah banyak masa di buang sia-sia. Jadi.. nasihat saya, jgn jadik ‘taik’ game. Hargailah zaman muda anda.. :-P

Dalam sesuatu permainan game strategi seumpama Red Alert, Starcraft, Warcraft, Age of Empire, Heroes dan sewaktu dengannya biasanya (pengalaman saya) pemain akan mengukuhkan pertahanan dan cuba bertahan. Setelah itu diikuti dengan askar2 disamping mula mengukuhkan ekonomi. Mungkin setiap pemain mempunyai pendekatan tektik yang berlainan namun aspek pertahanan, serangan dan ekonomi memainkan peranan penting untuk menang. Saya percaya dalam sesebuah empayar sebenar pun ketiga-tiga aspek ini penting..

Habis mukaddimah .. ;-) Kalo pembaca bukan peminat game.. memang hancus mukaddimah entry kali ni..  Hari ini saya nk membuat satu ulasan buku setelah sekian lama jugak tak berkesempatan. Mungkin gara2 masa tak cukup nk review balik buku sebelum buat ulasan. Namun dikesempatan ni saya ulas buku yang tiap2 hari saya baca tapi bukan berkaitan perniagaan. Lebih kepada pembinaan empayar diri. Tajuk buku tersebut ialah “Surah-Surah Pilihan” keluaran Al-Hidayah. Buku nipis ini mengandungi surah2 yang sangat penting dalam pembinaan diri. Kandungannya ialah surah Al-Kahfi, Yaasin, Ad-Dukhan, Al-Waqiah dan Al-Mulk.

Laksana sebuah kota yang teguh pertahanannya, Al-Kahfi adalah pelindung yang sangat penting. Yaasin pula adala senjata peperangan yang sangat berguna. Tak kiralah sebagai pekerja, pelajar, pendakwah atau apa saja, khasiat Yaasin memang tiada taranya. Kalo nk dibincangkan khasiatnya memang teramat panjanglah jadinya. Akhir sekali ialah penjana ekonomi atau rezeki. Tidak lain dan tidak bukan surah feveret saya, Al-Waqiah. :-) Nah..sudah lengkap tiga asas kukuh dalam membina empayar diri . Namun ini adalah pandangan saya yang cetek ilmu agamanya. Sebetulnya masih terlalu banyak lagi amalan yang perlu.. Mungkin anda boleh komen..

Sedikit nukilan pasal surah feveret (baca favorite) . Sejak dua menjak ni saya dah mula terpengaruh dengan seorang sahabat blog. Surah feveret beliau ialah Ar-Rahman. Dulu saya juga ada seorang kawan yang cukup meminati surah Ar-Rahman. Pantang jadi imam sket mesti boleh dengar dia tarik “Fabiayyialaaaa Irabbikuma Tukazzibaaann**   ” (Nikmat Tuhanmu yang manakah telah kau dustakan? ). Komen saya ketika tu.. memangla dia minat surah tu sebab senang nk hafal.. Hahak.. Jahil betul.. Namun kini saya dan terpengaruh jugak.. Membe blog ni siap rekemen satu novel dan lepas baca novel tu saya dah cair dan tergoda dengan Ar-Rahman plak. Heheh. Walau Al-Waqiah masih tetap dirindui, Ar-Rahman mula bertapak dihati.. (Lagipun part paling best kat Al-Waqiah pon ada gak dalam Ar-Rahman.. Kisah bidadari syurga.. maklumlah suke berangan.. ngeh ngeh)

Nota: Tiada niat saya ingin membandingkan kehebatan antara surah kerana semuanya adalah kalam Allah, namun kadang2 kita dapat rasakan sesuatu surah itu begitu mesra dengan kita berbanding surah2 lain.

Sehingga berjumpa lagi…

-Fuad-

** - Sila rujuk Al-Quran utk bacaan tajwid yang betul 

13 Comments |

Before You Quit Your Job

Salam Pertemuan,

Buku dari Robert Kiyosaki bersama Sharon Lecture. Before You Quit Your Job – 10 Real Life Lessons Every Entrepreneur Should Know About Building a Multimillion Dollar Business.

Pendapat peribadi saya, kebanyakkan buku karya Robert berkait rapat antara satu dengan yang lain. Pendapat saya, tiga buku utama yang menerangkan prinsip asas Robert ialah Rich Dad Poor Dad, Cashflow Quadrant dan Retire Young Retire Rich. Konsep asas dalam 3 buku utama ni digarap dalam buku Before You Quit Your Job dan ditulis khusus untuk orang yang ingin berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Jom kita tgk 10 perkara yang perlu diambil kira sebelum berhenti kerja mengikut kata2 si Robert nih:

  1. A Successful Business is Created Before There is a Business (Perniagaan yang berjaya sudah diwujudkan sebelum ia bermula)
  2. Learn How to Turn Bad Luck to Good Luck (Belajar menukar nasib tak baik kepada nasib baik)
  3. Know the Difference Between Your Job & Yor Work (Tahu perbezaan tugas dan pekerjaan anda)
  4. Success Reveals Your Failures (Kejayaan akan menunjukkan kegagalan anda)
  5. The Process is More Important Than the Goal (Perjalanan itu lebih penting dari matlamat)
  6. The Best Answers are Found in Your Heart… Not Your Head (Jawapan terbaik adalah dari hati bukan otak)
  7. The Scope of the Mission Determines the Product (Matlamat perniagaan anda menentukan produk)
  8. Design a Business That Can Do Something That No Other Business Can Do (Bina perniagaan yang buat lain dari yang lain)
  9. Don’t Fight for the Bargain Basement (Jangan bersaing dengan keuntungan yang rendah)
  10. Know When to Quit (Tahu bila perlu berhenti)

Itulah dia 10 perkara yang Robert cuba sampaikan dalam buku dia. Ini adalah kata2 dia dan setiap orang mempunyai pendekatan yang tersendiri. Apapun ini adalah buku yang sgt menarik dari segi kandungan. Seperti biasa Robert mempunyai cara yang menarik utk menerangkan semua teori2 dia dan disokong oleh Sharon. Kalau sape yang dah baca buku ni akan berpendapat utk memulakan perniagaan bukanlah semudah 1)Berhenti Kerja 2)Mulakan Perniagaan. Namun Robert jugak menggalakkan pembacanya ambik risiko, seperti buku2nya yang lain.

Semoga perkongsian ini bermakna untuk anda. Mungkin lenkali kita leh bincang detail setiap isi2 tu.. Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

9 Comments |