RSS
people

Selamat Datang 2010

Assalamualaikum Wr. Wb. :-)

akadTime tengah cuak tak ingat nih.. Huhu.

Banyaaak sangat perkara yang berlaku sehingga saya tak tahu nk tulih pasal apa. Tapi nk tulih jugak..

  1. Tanggal 12hb Disember 2009 - Selamat Diakadkan sebagia suami kepada Siti Adibah Binti Amir Hamzah. Adeh..makin berat rasa tanggung jawab. Namun betul lah kata Ayah Mertua saya.. lepas kawin ni kita wat ibadat pon rasa syok jek. Mana tak nya, kalo dulu dapat pahala 1 tapi sekrang wat ibadat yang sama dapat pahala berganda. Sebab kawen jek. Itu antara banyak2 sebab lagi la yang best kawen. Best wooo kawen. Heheh ;-)
  2. Saya dapat anak buah baru - Nur Imanina Khaisarah. Comel bangat..
  3. Adik saya si Fitri dapat 5A aritu (crita basi). Tahniah budak kechik.. Saya gembira sgt sebab Mak Ayah saya gembira. Tak sangka pemalas macam dia lek jek dpt score gak. Hahak. Best jd ank bongsu ni.. Hadiah banyak2 dari Abang2 n kakak. Saya beli kan tibi utk PS2 dia tapi yang banyak main Abang dia gak.. dia tgk je kat sebelah.. Hahahah..
  4. Dah pindah rumah sewa baru kar Subang Suria. Kalut gak nk mengisi rumah tu. Kalut ngan masa dang Ringgit Mesia. Uhuk..
  5. Antara benda baru di beli ialah Video Camera Panasonic. Ingat lagi tak saya ckp nk wat ulasan buku ngan video ala Robert Kiyosaki? Hehe. Nnti kan ulasan buku dlm bentuk video plak. Lagipon saya tengah mengusahakan nk buat seminar kewangan untuk pelajar Universiti. Best sket kalo dapat record video.
  6. Saya beli 2 rak buku besar yang baru. Hahak. Best wooo. Sape nk tengok meh la dtg rumah. Nnti nk kena ambik balik buku kat Pakdi. Nk wat rujukan utk seminar plak.
  7. Ada banyak gak buku baru di beli.. Nnti lah update. Ni baru balik opis lepas cuti panjang.. banyak kerja nk di setlle kan. Nnti kita cite pasal buku plak.

Itu jek buat masa nih.. sehingga jumpa lagik. Salam..

-Fuad-

Nota: Saya tgh carik buku untuk dijual sepanjang seminar kewangan untuk pelajar Universiti. Sape2 yang berminat nk saya jualkan buku dia bagitau lah ye.


2 Comments |

Hadiah Buat Masa Ini

Ada jugak kesempatan nk malakar coretan di blog almari buku ni. Dalam kesibukan conduct training minggu lepas, saya dok baca lagi buku Awaken the Giant Within. Tebal lagi buku tu. Hehe ;-)  Sambil2 tu dah berjaya habiskan buku baru bertajuk The Present karya Spencer Johnson.

Buku ni saya beli kat MPH, Giant Shah Alam. Kebetulan aritu MPH bagi voucher diskaun. MPH dia monitor sape beli buku selama 6 bulan, pastu berdasarkan jumlah tu dia bagi lah diskaun. Dua buku yang saya beli aritu:

1.    The Present karya Spencer Johnson
2.    Hikayat Amir Hamzah (Jilid 1) karya Abdul Latip Talib.

Jom kita cerita pasal buku bertajuk The Present. Antara buku terfemes Spencer Johnson ni ialah Who Moved My Cheese. Saya pernah buat ulasan buku ni. Macam buku Who Moved My Cheese jugak, buku kali ni The Present pon intro dia sama jugak. Kisah ada orang yang ada masalah, pastu ada sorang kawan dia nk berkongsi satu cerita. Moga2 dapat diambil iktibar dari cerita tersebut.

thepresent

Maka mulalah dia bercerita kisah The Present. Intro macam ni Spencer gunakan supaya pembaca baca dengan fikiran terbuka. Mesti dia cuba tekankan secara hidden message, jangan jadi orang skeptical. Walau cerita ni ringkas, cuba ambik sebanyak mungkin pengajaran.

Secara ringkasnya, kisah The Present ni pasal seorang lelaki tua yang bercerita pada budak lelaki tentang sesuatu hadiah yang paling best skali yang digelar The Present. Kehebatan hadiah ni mengikut lelaki tua itu, jika seseorang dapat dia akan lebih menikmati segalanya dalam kehidupan dengan lebih baik dan mampu buat apa saja dengan lebih baik setiap hari.

Budak lelaki ni berharap suatu hari ada orang akan bagi hadiah The Present pada dia. Mungkin pada hari jadi nya yang akan datang. Semakin dia membesar semakin dia mahukan The Present sebab semakin dia matang, dia semakin tak gembira. Jadi..kat sini lah pencarian The Present bermula.

Okeh.. nk tahu kesudahan nya boleh dapat kan buku ni di mana2 kedai buku utama seluruh negara. Hehe. Kat MPH saya beli dengan harga RM37.90.

Buku ni banyak memberi pengajaran supaya kita sentiasa hadirkan diri dan fokus dalam kehidupan kita pada masa sekrang. Tak perlu lah kita terlalu mengenangkan perkara yang lalu tapi perlu belajar sesuatu daripadanya. Tak perlulah risau sgt pada masa hadapan tapi perlu merancang untuknya. Apa yang penting, beri yang terbaik pada masa sekarang, anda akan jadi orang yang tak suka bertangguh, jadi pendengar yang ikhlas dan seorang yang fokus dalam aktiviti harian.

Bila baca buku ni teringat saya tentang Solat. Allah ajar kita supaya fokus dan khuyuk secara 100% lima kali sehari. Itupun dalam 5 minit je setiap kali. Memang untuk sentiasa fokus adalah sangat susah sebab fikiran kita cenderung dok teringat kisah lama la, risau itu ini la. Dalam Solat, kita kena lupakan semuanya, fokus 100% pada ibadat mengadap Allah.

Solat sendiri dah ajar kita sentiasa fokus dan hadirkan fikiran kita sebaik mungkin. :-)

Pada sape yang dah baca buku ni dan nk komen pon dipersilakan. Topik pasal present ni jugak dibincangkan dalam buku Fish! karya Stephen C. Ludin. Sehingga bersua lagi.

-Fuad-

5 Comments |

Al-Quran Rahsia Terunggul

Malam sebelum saya balik kampong, sahabat lama (zaman sekolah menengah) ajak jumpa. Awal2nya janji nk jumpa kat Giant Shah Alam, jadi nya menapak lah saya ke situ. Alang2 dah sampai Giant, saya pon mencuci mata kat MPH. Kebetulannya 2-3 hari sebelum tu, seorang rakan call saya dan dia dengan syok nya bercerita perihal satu buku yang best. Tajuk nya How Full is Your Bucket. Kira ada can usha buku ni sekali lah.

Dah dok lepak2 kat situ, dapat SMS kata tempat perjumpaan dah ditukar. Dah kira nk tinggalkan MPH tu, saya pon mintak la brader kat situ carikkan buku How Full is Your Bucket. Sedihnya, buku tu dah habis.. Ramai orang Shah Alam layan buku tu kot. Kalo nak beli buku tu kena pegi cawangan MPH yang lain. Takpe lah kan, tup2 ada satu cover buku yang menarik perhatian saya, tajuknya Al-Quran Rahsia Terunggul karya Ali Ahmad dan Maleya.

quran
Gambar kat atas ni pinjam dari website mudah.com.my

Kalo korang perasan cover dia lebih kurang dengan buku The Secret karya Rhonda Byrne. Saya pernah buat ulasan buku The Secret dulu kat sini:

http://almaribuku.com/?p=267

Tekaan saya tepat sekali, buku Al-Quran Rahsia Terunggul ni membincangkan perihal Law of Attraction dari sudut pendekatan Islam dan Al-Quran. Sesuatu yang hilang dari The Secret. Pada sapa yang amat teruja dengan Teori Tarikan (Law of Attraction) dan yang dah khatam The Secret berkali-kali, saya amat syorkan baca buku ni pulak.

Buku setebal 224 muka surat ni berjaya saya habiskan dalam masa 2 ½ hari. Itu pon kira time busy, maklumlah nk dekat raya lepak kat kampung kan. Harganya RM15.90 (kat MPH).

Cumanya pada sape2 yang nak baca buku ni, saya lebih galakkan baca buku The Secret dulu. Sebab kat buku ni dia tak cerita terperinci pasal Teori Tarikan. Pastu saya jugak amat sarankan baca buku The Answers karya John Assaraf dan Murray Smith.

http://almaribuku.com/?p=352

Sebabnya buku Al-Quran Rahsia Terunggul ni dia cerita pasal teori fizik lagi kompleks dari buku The Answer. Siap keluar rumus lagi yang derive dari formula  e = mc2 jadik r = tj2 (r = ruh, t = tubuh, j = jiwa). Itu cadangan saya jela kan. Korang suma mesti dah terer teori2 sains dan kuantum fizik ni.

Beberapa perkara yang saya ralat pasal buku ni ialah petikan Ayat Al-Quran. Kenapa letak nama surah dalam bahasa Inggeris? Padahal seluruh buku tu dalam bahasa Melayu (atau  mungkin bahasa Indonesia). Pastu petikan Ayat tak di letak nombor ayat. Kan leceh sikit bagi orang macam saya bukan hafiz ni nk buat rujukan.

Apapon buku ni amat baik untuk di baca. Melengkapkan Teori Tarikan dengan sudut pandangan Islam. Malah dia jugak menceritakan balik kaedah2 doa yang betul dan konsep doa itu dengan sangat bagus. Berbaloi? Sangat2 berbaloi.. :-P

-Fuad-

1 Comment | Tags: , , , , , , , ,

Membeli Watak

Apa khabar semua? Harap2 semuanya sehat hendaknya. Tak sangka kan pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 20 kita berpuasa.

Haha..best plak wat intro dalam blog mengikut skema jawapan. ;) Sekarang ni saya ada relek2 sket kat opis. Kira sume keje dah tai chi lepas raya. Hehe. Jadinya saya tengah kemaskan blog pastu recheck balik domain2 yang saya beli. Kalo korang perasan saya dah renew banner kat belah kanan ni.

Banner tu sume saya gunakan khidmat http://www.bannerservices4u.com dengan harga RM20 satu banner (diskaun lepas beli 6 banner). Harga asal RM25 satu banner.

Saya nk bagi testimoni dan promote sekali lah.

Sebenarnya saya hantar permintaan untuk membuat banner di pada 3-4 orang. Dan yang paling cepat respond ialah Dila dari http://www.bannerservices4u.com . Lepas tunggu dapat respond lagi saya compare harga dan hasilnya memang Dila jugak antara yang berpatutan harganya. Lepas bagi maklumat semua, 2 hari kemudian saya dapat hasilnya dan saya berpuas hati.. Mekasih Dila..” – Fuad (almaribuku.com)

Saya sekarang tengah dok tercari2 ada tak orang jual watak kartun. Cerita nya saya tengah dok gila buat game dan jugak sambil2 main game lah. Hehe. Bab teknikal saya yakin saya boleh belajar dan buat. Cuma bab seni ni leceh sket. Memang kekurangan saya yang amat ketara sekali.

Jadik sape2 berminat nk jual watak atau kenal sape2 yang menyediakan perkhidmatan macam tu, bagitau lah saya ye. Kira sekarang saya dah kumpul nama domian, kumpul syarikat (daftar je tapi tak aktif.. :( ), kumpul logo2, yang terbaru kumpul banner, pasni nak kumpul watak kartun plak. Ngeh ngeh.

pendekar-lanun1

Contoh Watak (Pendekar Lanun) - Dipijam dari blog Edens Art http://artofden.blogspot.com/

Oh ya, saya aritu terjumpa blog Awang Purba (ni gara2 layan cerita Da Vinci Code dan Angels and Demons la ni) Syok plak tengok ambigram dan khat yang dia buat. Saya jugak dah tempah khat nama saya dan tunang. Tak sabar nk tunggu siap. :-P

Oret.. nk pegi sambung buat php coding untuk Dunia Pendekar. Sape2 berminat jual watak tu sila bagitau ye..

-Fuad-

6 Comments |

Kayakah Orang Yang Banyak Tanah?

sawah-padi1

Beberapa hari lalu, Datuk saya telah menjual tanahnya. Ada konflik sikitlah dengan nenek saya. Nenek saya tak bersetuju tanah itu di jual. Bila ditanya pada Datuk saya kenapa dia hendak jual tanah tu, dia kata “Aku nk bayar zakat”.  Pada saya, saya sokong datuk saya. Dia jual pon pada anak dia jugak. Sama je, kalo dia simpan, nnti diwariskan pada anak dia jugak. Dengan cara jual kat anak, dia ada duit untuk keluarkan zakat atau bersedekah. Anak dia pon rasa dapat berbakti dan tanah tu tetap tak jatuh kat orang luar.

Saya tak terfikir sebelum ni, jika seseorang tu ada tanah seribu relung ataupon seribu ekar sekalipon, jika pendapatan nya sedikit, dia tetap layak menerima zakat. Siapa yang boleh terima zakat? Kita ikut Mazhab Syafie la kan, ada 8 Asnaf.

  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Fir Riqab (Pembebasan Hamba)
  6. Gharimin (Penghutang)
  7. Fi Sabilllilah
  8. Ibnu Sabil (Musafir)

Maksudnya hatta si Fakir tu ada tanah banyak (saya pon akan soal jugak kan, kalo dah ada tanah takkan la tak cukup makan lagi.. Jual je la tanah tu beli nasik. Ok2.. kita sembang hukum maka harusnya berdasarkan fakta, bukan andaian. Kalo dia tak nak jual tanah dia, dia masih dikategorikan fakir), dia tetap layak terima zakat. Tak da zakat tanah kan? ;-)

Maksudnya orang banyak tanah tak semestinya kaya. Tapi dia boleh jadik kaya kalo usahakan tanah dia dan hasilnya dia akan diwajibkan atas zakat harta macam zakat tanaman, zakat ternakan, zakat perniagaan dan macam2 lagi. Haaa..kan best camtu. Kata orang bulan puasa ni pahala amalan sunat seperti macam wajib dan yang wajib bertambah2 lagi. Jadik layakkan lah diri anda diwajibkan banyak perkara, walaupon kita tak nampak beza antara pahala sunat dan wajib, kita tahu yang wajib itu nilainya jauh lagi tinggi dari sunat.

Mesti ada pulak orang sembang pasal capital gain ngan cash flow kan.?  Ini kita sembang lenkali pulak. Bukan saya nk hasut jangan beli tanah, tapi saya galakkan usahakan tanah. Salah satu nk wajibkan zakat ialah kahwin, kan dah wajib banyar zakat fitrah untuk isteri pulak.  :-P

Memandangkan ni entry pertama lepas Ramadhan, saya nak mengambil kesempatan ni nk ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beribadat kepada semua. Sehingga berjumpa lagi.

Walk Away Message: Jangan Lupa Banyar Zakat Fitrah ye.. Hehe

-Fuad-

3 Comments |

Main Travian

Saya sekrang dok addicted dengan sejenis game online yang di gelar Travian. Pernah dengar tak? Best woo. Hehe. Advantage utama game Travian ni ialah sebab boleh main sambil buat kerja. Nak nak time baru balik dari site pastu nk kena wat report, tak ke sangap kalo dok ngadap laptop dok carik idea nk goreng report jek. Nk jugak release2 sket main game.

characters-travian

Berbanding game online berbentuk RPG macam WOW (World of Warcraft) atau Metin ni nak kena fokus. Kalo dah main ni memang tak boleh wat keja la. Sebab nk kena jalan bunuh monster je keje. Kalo main game network plak macam Age of Empire ataupon Red Alert pon sama nk kena fokus walau kurang sket dari RPG. Leceh lagi nk switch2 window plak kan. Kalo time kena serang pulak, bos dok bertenggek kat meja kita kan dah haru. Memang kalah la jawab nya.

Travian ni game yang kita buat kampung, develop resource dia, buat bangunan pastu apa lagi.. berperang lah. Kalo kita rasa busy kita boleh assign sitter yang boleh tolong bangunkan kampung kita bila kita tak dek. Sekrang ni saya dok main server 4. Rasanya kalo main server Malaysia, tak ramai player. Lagi ramai lagi best.

Game ni tak payah install. Register je online terus boleh main kat webpage. Dan semustinya adalah free. Kalo sape2 main kat server 4 boleh carik player Ambo dari tribe Gaul. Berhati2 dengan mamat ni, kang kena serang kang. Hehe. :-P

Abes crita pasal game.. ngasut orang main game plak. Sebelum mengakhiri entry hari ni, nak share satu cerita yang saya ciplak dari buku Awaken Giant Within karya Anthony Robbins. Cerita ni bertajuk:

Programmer dengan Tukang Baiki Piano

Alkisah seorang programmer ditugaskan menukar program dalam sesuatu komputer. Program yang sedia ada ni apa dia buat, tiap kali selepas makan kena berasap dulu. Jadik apa programmer ni buat dia kena pegi dekat syntax berasap tu pastu comment kan atau delete terus line tu. Dah compile siap2 pastu download balik dalam processor. Dah ada program baru dalam processor. Lepas ni tiap kali lepas makan dia dah takkan berasap dah sebab processor dia tak da command yang suruh berasap.

Alkisah tukang baiki piano ni pulak kerja dia pegi tune ketegangan tali piano supaya mencapai bunyi menepati standard piawaian. Dah tune cantik2 tu dapat la duit kopi. Dah test2 memang pelanggan dia puas ati. Tup tup pagi esok tercongok lagi si tukang baiki piano tu depan pintu. “Apsal plak lu ni Mat? Semalam kan dah repair. Ada tertinggal barang ke?” Marah tuan rumah tak puas ati sebab kaco dia tengah main game Travian.

Tak da incik. Tali piano tu kena adjust selalu. Sebab dia tak biasa lagi dengan ketegangan baru. So.. arini saya datang. Esok datang lagi. Pastu selang 2 hari. Pastu selang 3 hari. Sampai lah tali piano tu dah tak berubah dah ketegangan dia.” terang si pembaiki piano dengan senyum lebar mengenangkan berapa banyak duit kopi dia akan dapat nnti.

Okeh.. anda rasa untuk mengubah tabiat seseorang anda memerlukan seorang programmer atau pembaiki piano? Biasa nya programmer yang mengubah tabiat manusia menggunakan teknik yang di gelar NLP (Nuero Linguistic Programming). Yang pembaiki piono ni buleh dikatakan sebagai kaunseling.

Selamat berpikir.. :)

-Fuad-

Nota Kecik : Nk main Travians leh tgk disini www.travian.com

3 Comments | Tags: , ,

Ilir-Ilir

Salam menyambut 27 Rejab 1430. Arini saya dah masuk balik opis. Baru balik Bintulu. Dah abes dah pon baca buku Tau Tak Apa. Sape nk pinjam dah boleh dah :-P Dah sampai Shah Alam ni, sambung balik buku yang saya dok baca sebelum pegi site aritu. Buku karya Anthony Robbins. Saya bukak je keta kelisa saya tu, buku ni masih setia menanti atas seat. Tajuknya Awaken The Giant Within. Memandangkan saya baru baca part one, post kali ni tak nk sentuh sangat pasal buku ni. Sebenarnya saya dah dengar banyak kali dah audio-book dia. Best.. Dah baca part one pon dah macam lagi best dari audio book. Ni tak sabar nk habeskan.Buku ni 512 muka surat, boleh tahan tebalnya. Take time sketlah kot nk habeskan. Nak2 time tgh busy macam sekrang ni. Apapon dalam entry akan datang saya akan cuba share serba sikit dari buku ni..

awaken

Kalau lah saya tak pegi Bintulu 2 minggu lepas, saya dah dapat pegi kursus ESQ peringkat ke-2. Dah la free. Hehe. Ni tips nk pegi kursus free ESQ peringkat ke-2, berkawan ngan staf Sime Darby. ;-) Mak Ayah saya dah dpt pegi ESQ peringkat ke-2 dengan percuma sebab abang saya Engineer kat Sime Darby. Derang tengah bagi percuma kepada keluarga dan kawan staf derang. Adehh…terlepas peluang nk menimba ilmu.

Jadik apa yang saya dapat tengok.. Layan CD yang Abang saya beli. Itu mukaddimah pasal tajuk intro kali ni..Ilir-Ilir. Itu bahasa jawa yang membawa maksud Bangkitlah-Bangkitlah.

Puisi ini yang dialunkan dengan tembeng diilhamkan oleh salah satu dari Wali Songo. Ada yang kata dicipta oleh Sunan Ampel dan ada yang kata Sunan Kalijaga. Apapon Ilir-Ilir ni memang menarik perhatian saya. Yang paling menarik perhatian saya ialah dua rangkap tembeng Ilir-Ilir ni yang amat terkesan pada saya. Rangkap tu ialah:

Bocah Angon Bocah Angon Penekno Blimbing Kuwi
Lunyu-lunyu Penekno Kanggo Mbasuh Dodot Iro

Maksudnya lebey kurang:

Anak Gembala, Anak Gembala. Panjatlah Pohon Belimbing Itu
Biarpon Licin, Panjatlah Jua Demi Mencuci Pakaian mu..

Yang saya terpikir kiasan atau nasihat yang pencipta lirik tu cuba sampaikan dalam alunan tembeng tu, pertamanya penggunaan Anak Gembala. Simboliknya yang saya cuba rungkai kenapa dia tak guna anak muda ke.. apa ka. Tapi anak gembala. Suatu pekerjaan yang mana pengembala ni dapat mengawal binatang ternakannya. Mungkin ada yang menafsirkan sebagai, puisi ini ditujukan pada para pemimpin yang mengawal anak buahnya. Pada saya pula, saya beranggapan setiap dalam diri kita ada binatang yang kita gelar sebagai nafsu. Sehingga kita mmpu mengawal nafsu itu, barulah kita dah layak menggelarkan diri kita sebagai pengembala yang baik. Setiap orang adalah pengembala. Kembala lah binatang dalam diri sendiri sebaik mungkin jangan sampai di injak-injak olehnya pula. Sama-samalah kita berusaha menjadi pengembala yang baik.

Pohon belimbing ni mungkin merujuk kepada jalan menuju buah belimbing. Mengikut kajiannya, orang jawa dulu menggunakan belimbing sebagai sabun mencuci pakaian. Belimbing juga dikiaskan sebagai mempunyai bucu lima mungkin merujuk pilar2 penting dalam Islam. Kiasan keratan ke-2 mungkin menyuruh anak kembala bergerak kerja untuk mencapai tahap Islam yang sebaik mungkin.

Rangkap ke-2 pula mungkin mendesak Anak Kembala ni walau sesukar manapon perjuangan mendapatkan cara hidup Islam yang betul, dia perlu teruskan jugak sebab hanya dengan cara Islam yang betul dapat mencuci (menyempurnakan) akhlak seseorang itu.

Terkesan jugak saya dengan rangkap2 tembeng ni. Nk capai tahap Bocah Angon pon macam tak layak lagi. Apa lagi nk menyahut seruan memanjat pokok belimbing. Namun itulah nasihat wali terdahulu. Rasanya patut sangatlah kita ambik kisah.

Lirik penuh tembeng Ilir-Ilir ni macam kat bawah ni.

Ilir ilir, ilir ilir, tandure wus sumilir
Tak ijo royo royo, tak sengguh temanten anyar
Cah angon, cah angon, penekna blimbing kuwi
Lunyu lunyu penekna, kanggo basuh dodot ira
Dodot ira, dodot ira, kumitir bedah ing pinggir
Dondomana, jlumatana, kanggo seba mengko sore
Mumpung gedhe rembulane, mumpung jembar kalangane
Ya suraka, surak hiya

Faham tak? Hehe..saya pon tak faham. Orang Jawa takdak masalah la kot. Apapon saya jumpa terjemahan dan siap tafsiran (mengikut kaca mata penulis tu) kat sini:

http://sad-ewing.staff.ugm.ac.id/hikmahdetail.php?id=29

Kalo berminat nk dengar alunan tembeng ni leh tengok kat you tube ni:

http://www.youtube.com/watch?v=ToOXG2Es234

Selamat menghayati…

-Fuad-

4 Comments |

Fasa Baru Kehidupan

Assalamualaikum Wr. Wb.

Moganya semua orang yang terlitas di blog ni secara sengaja atau tak dalam keadaaan sejahtera atas definasi diri sendiri ataupon definasi orang kurang sejahtera dari kita. Antara kekurangan saya ni dari yang bayak2 kekurangan adalah lambat menyesuaikan diri. Akibatnya ramai orang yang mula2 jumpa ngan saya..yang tak kenal diri saya akan melabel budak sombong. Lambat menyesuaikan diri buat saya lambat selesa dengan persekitaran baru.. namun saya suka berubah dan ingin berubah.

Blog yang dah tak tersentuh sekian lama ni buat gaya pe’naip’an rasa janggal. Macam berputar belit mata nk baca dan cuba menangkap mesej yang cuba disampaikan. Kalu baca dengan kuat plak, tona pembacaan rasa ada yang tak kena. Pitching nk kena buat alignment. Makanya.. kenalah sentuh balik blog ni supaya janggalnya cepat2 hilang.

Entry kali ni nak sembang santai sebab entry sebelumnya dah gegar teknikal. Saya baru melangkah ke Fasa Baru dalam kehidupan saya pada tanggal 12 Rejab 1430 bersamaan 4 Julai 2009. Terima kasih buat dia yang membantu proses transisi ni. Harap2 lanjutannya akan lincir seperti sebelumnya. Insya Allah. :-P

Oh.. saya sekrang mengisi rongga2 waktu yang terluang dengan buku karya oleh Dr. HM Tuah Iskandar yang mana nama yang diberi ialah Tau Tak Apa. Buku yang jatuh didalam kategori motivasi pada hemat saya ni memberi persepsi motivasi yang bersahaja tapi boleh buat pembaca diam seketika. Mungkin cuba memahami lebih mendalam atau pun cuba mencari fakta2 untuk menyanggah tapi tak terjumpa. Betul jugak kata Dr. HM Tuah ni.  Cara penyampaiian jugak seolah2 bersembang dengan pembaca. Yelah.. bila kita bersembang ni, ada masanya kena puji, ada masanya dicalarkan hati, ada masanya kena perli, ada masanya lawak seperti. Senang ceritanya.. buku motivasi yang mencuit hati kita yang selama ni dok asek membina sebanyak mungkin istilah2 alasan atas kemalasan kita nk menjadi lebih baik..lebih bermotivasi.

Sape yang tak caya..boleh beli sendiri dan baca. Yang percaya pon sama. Tak nk beli.. boleh pinjam ngan saya. Tapi tunggulah saya abes baca dulu. Oh.. saya kat Bintulu ni. Kat Medan Jaya. Kalo nk pinjam bleh carik saya kat sini. Tak rugi baca.. Saya percaya sesuatu akan berlaku selepas baca buku ni. Cumanya kesan jangka panjang atau pendek kenalah ketuk kepala sendiri. Bak kata sorang member saya, Allah bagi motivasi kat Manusia dalam surah Ar-Rahman dok ketuk akal dan hati supaya berpikir sebanyak 31 kali.. “Nikmat Tuhanmu yang Manakah Kamu Dustakan?” Kalo tak terketuk lagi..sendiri mau ingat lah. Sila baca ayat sebelum ni dengan nada positif.. Nada kerasnya saya tujukan pada penulis blog ni.

Oh ya.. saya ada dapat emel bertanyakan perihal Si Alif tu. Saya memang rindukan dia. Tapi sayangkan jangka hayatnya tak lama. Saya tak rindukan bodynya yang mengancam mahupun suaranya yang merdu. Tapi ciri-ciri nya yang saya rindukan. Hayat tak lama. Dah kong batt. Charger pulak dah ilang. Adeh.. Jadi, tak sedap hatilah saya nak menjualnya pada orang laen. Takut kesudahan yang sama menimpa saya jua menimpa pembeli lain. Pada sape yang masih berhajat besar jugak nk memiliki si Alif tu boleh kunjungi kedai XIMAX terdekat.

Terubat hati saya bila saya tengok henpon sahabat saya yang mempunyai ciri2 yang sama. Ada waktu Solat siap ngan reminder. Pastu ada Al-Quran bukan sahaja Terjemahan ngan Tafsir. Ada bacaan ngan Display bahasa Arab yang cun lagi. Terjemahan pulak dalam bahasa Melayu wa cakap lu.. Best kan? Haaa.. tau takpe. Cuma harga dia la slack sket. Tengah berkira2 lagi. Ingat nk kena wat istikarah dulu.. nak angkat ke idak. Nama henpon kawan saya tu iPhone. Ok ke henpon tu ye? Tak cepat rosak ke?

-Fuad-

9 Comments |

Skodeng si PICORP

Wah2… lama amat tidak di hupdet blog nih. Biasak la pegi sana sini..kita ni kan makan gaji.. uhuk.. :-(

Okeh.. arini dah ada masa sket.. walau ada keje tapi mood keje plak nyaris-nyaris tak dak. Merelek kan diri barang seketika sebelum membusykan diri balik. Arini nk sembang pasal buku Adam Khoo yang bertajuk Secrets of Millionaire Investors.

secrets-of-millionaire-investors-book

Ringkasnya buku ni perihal nk melabur dalam pasaran saham ekuiti dan jugak opsyen. Haha.. Sape pengikut Azizi Ali musti skeptikal sket dgn opsyen ni. Apapun setiap investor ada pelaburan yang derang prefer. Macam Azizi Ali lebih pro pada real estate dan Adam Khoo lebih pro pada business dan saham2 tak kira ekuiti mahupon opsyen.

Okeh.. walaupon buku ni panjang lebar cerita pasal saham ni.. entry kali ni nk cerita pasal saham biasa saje atau nama betulnya saham ekuiti. Ianya ialah saham yang di jual dekat papan bursa tu yang mewakili syarikat2 besar di mesia.

Saya jugak akan gunakan contoh saham Progressive Impact Corporation Berhad dengan sysbol ticker dengan Bursa Malaysia ialah PICORP dan stock code nya ialah 7201.

Oh ya.. Adam Khoo ni mengkategorikan diri dia sebagai value investor. Maksudnya dia melabur berdasarkan fundamental sesuatu serikat.. bukannya sentiment pasaran. (tapi ada jugak dia guna teknik momentum investing yang gunakan sentiment pasaran dengan penunjuk teknikal).

Kalo kita cerita pasal technical analysis, fundamental analysis, market analysis.. memang panjang cerita plak. Apa kata kita cerita kategori yang Adam Khoo pakai sebelum dia beli saham sesuatu syarikat. Dia devide 2 group of categories yakni:

  • Penunjuk Syarikat ni Syarikat yang bagus
  • Penunjuk bila boleh beli saham syarikat ni

Ringkasnya dia akan tgk dulu syarikat ni bagus ke tidak..lepas tu dia tggu bila masa sesuai nk beli saham syarikat tu. Oret..kategori2 yang menunjukkan sesuatu syarikat itu bagus pada tafsiran Adam Khoo adalah seperti berikut.

  1. History of Consistently increasing sales, earnings & cashflow
  2. Durable competitive Advantage (Economic Moat)
  3. Future Growth Drivers
  4. Conservative Debt: Long Term-Debt < 3 Net Income
  5. Return on Equity must be above average
  6. Low CAPEX Required to maintain current operation
  7. Management is holding / buying the stock

Meh kita tengok saham PICORP. Maklumat2 pasal company ni sume boleh kita dapat kat derang punya Annual Report. Cara senang nk dapatkan repot tahunan sesuatu syarikat, boleh ambik kat website Bursa Malaysia:

www.klse.com.my

Klik dekat Listed Company >> Company Announcement

comp_ann

Pastu klik kat Annual Report.

ann_repPastu klik Plak By Company (nak carik ikut nama company) then pilih lah nama company tu. Dlm case ni Progressive Impact Corporation Berhad.

bycomalpha

Nah.. sekrang dia list annual report yang dulu2 smpi paling latest. Kat report ni lah kita akan dpt banyak maklumat penting pasal sesebuah company. So just klik pastu nk save ke computer pon boleh lah.

ann_rep1

Jom kita screen PICORP untuk semua ciri-ciri yang Adam Khoo ckp. Ciri Pertama iaitu sales bertambah.. pendapatan bertambah dan cashflow bertambah. Itu sume boleh tgk dekat bahagian income statement. Kalo PICORP ni compare tahun2 lepas mostly memang menaik.. Kira ciri pertama dah lepas.

income_picorp

Ciri kedua ialah kelebihan company ni berbanding pesaing dia. Boleh dikatakan PICORP adalah satu2nya pemain utama dalam industri alam sekitar ni. Dia takda pesaing dan kontrak atau konsesi PICORP dengan kerajaan Malaysia untuk monitor pencemaran alam di Malaysia ni  adalah selama 20 tahun. Dengan bahasa mudah, PICORP dijamin ada pendapatan selama 20 tahun. Dalam bahasa Adam Khoo, the economic moat for the company is very wide. Ciri kedua lepas.

Ciri ketiga ialah perkembangan company di masa hadapan. Info pasal ni selalunya boleh tengok kat Chairman’s Statement. Selalunya chairman akan cerita la plan2 akan dtg untuk company dia. Macam PICORP dia dah beli 60% saham satu company pengurusan sisa buangan nama PJBUMI (7163) dan anak syarikat dia di Sudan dan dapat award konsesi selama 30 tahun dengan kerajaan Sudan. Bila sesuatu company mampu beli company lain dan venture kat oversea, selalunya menunjukkan potensinya berkembang adalah tinggi. Ciri ketiga lepas.

Ciri Keempat ialah utang jangka panjang syarikat tak boleh melebihi 3 kali pendapatan tahunan. Maksudnya.. utang dia mampu dibayar sepenuhnya dengan pendptan selama 3 tahun. Cth PICORP, net income dia utk tahun 2008 adalah RM15,632,499. Jumlah utang dia plak ialah RM14,134,958. Kira tak sampai setahun dia dah mampu byr lump sump utang tu. Ciri keempat teramatlah lepas.

Ciri Kelima ialah  ROE dia mustilah lebih dari average. Adam Khoo letak ROE average ialah 15%. Jom kita kira ROE utk PICORP.

ROE     = (Net Income / Total Share Equity ) x 100%
= (RM 15,632,499 / RM 98,778,195) x 100%
= 15.8 %

Okes..ciri kelima lepas.

Ciri keenam ialah syarikat tidak memerlukan kos operasi yang tinggi. Contohnya nk maintain mesin yang besar2. Nak repair itu dan ini. PICORP adalah service company, so CAPEX dia boleh dikategorikan sebagai rendah. Ciri keenam..lepas.

Ciri terakhir ialah management team tak jual saham syarikat tu. Iyelah kan..orang yang paling tahu pasal sesuatu syarikat mustilah orang yang uruskan dia. Kalo management team pon dok jual takkan kita orang luar pon nk konfiden dengan syarikat dia. Dalam report tahunan ada dibagitau dibahagian director’s interest. Macam PICORP, hanya Hj Hassan je jual pada tahun 2008. Haji Zaid dan wife dia, Hjh Zaidah siap beli lagi. Itu tak kira pegangan keluarga Haji Zaid ngan Hjh Zaidah atas nama company Zayidal Keluarga Sdn. Bhd. yang pegang sebanyak 38.78% saham PICORP. Yang belen2 je jual kat orang lain. Memang nmpk sangat konfiden nya pihak pengurusan dengan company ni. Ciri terakhir pon lepas.

Orait..kalo sesuatu syarikat tu lepas kesemua 7 ciri-ciri ni, Adam Khoo kategorikan dia sebagai sebuah syarikat yang amat bagus dan boleh untuk dibeli sahamnya. Tapi… bleh terus beli ke?

Ble dah terbukti company tu bagus, bila plak masa sesuai nk beli. Mengikut kata Adam Khoo bilamana :

  1. Under Value: Share price < Intrinsic Value
  2. Stock price is consolidating or on an uptrend

Bila mana harga saham memenuhi 2 ciri diatas, maka dah tiba masanya untuk membeli saham syarikat yang terbukti bagus tadi. Cara nk kira Intrinsic Value ialah… uuu panjang lah nk crita. Senang cerita.. boleh download excel sheet kat website Adam Khoo..

http://www.thewaytomakemoney.com/tools.html

Saya dah buat untuk PICORP, dan hasilnya ialah nilai saham PICORP ialah RM 1.01.

intrinc_picorp

Cuba teka harga PICORP kat kaunter brapa sekarang? Hehe. Boleh tgk kat website Bursa Malaysia bahagian Market Information >> Prices >> Equities . Atau bukak jek URL kat bawah ni.

http://www.klse.com.my/website/bm/market_information/prices/index.jsp

Then taip PICORP dekat Stock Short Name dan tekan Go. Saya tengok tadi harga nya 40 sen. Saham yang bernilai RM1 dijual dengan harga 40sen. :-P

Seterusnya ialah nk kena tgk chart plak sebab nk tahu price tgh consolidating  atu tgh uptrend je baru boleh beli. Untuk PICORP chart dia yang saya capture tadi mcm kat bawah. Sekrang ni.. lepas dia jatuh aritu, sekrang tgh consolidate. Untuk lagi selamat.. tunggulah dia uptrend dulu baru lah beli. Tapi kalo ikut Adam Khoo, saham PICORP sudah buleh di beli sekrang.

picorp_chart

Fuhhh.. panjang betul cerita kali ni. Apapon saya nasihatkan.. analisis la sendiri kalo nk beli sesuatu saham. Apatah lagi time sekarang ni. Ekonomi tak berapa bagus. Tapi kata orang.. time camni lah saham tgh murah.. itu kata orang la kan. Sebelum invest tu..buat analisis baik-baik dah yakin baru labur.

Buku Secrets of Millionaire Investor ni memang best dan sgt padat dengan ilmu pelaburan. Sape yang minat pelaburan, saya sgt cadangkan mengkhatam buku ni. Dan semestinya gaya penyampaian Adam Khoo mmg tak bosan nk abeskan buku ni walaupon ada nombor pengiraan sume. Saya beli kat MPH dengan harga RM49.90.

Orait.. nk balik awal hari ni. Dah lama tak balik awal. Sehingga berjumpa lagi.. Kalo ada kaunter yang menarik, sound2 la ya.. Salam

-Fuad-

3 Comments | Tags: , , ,

Siapa Pindahkan Keju Aku

who-moved-my-cheeseLepas saja majlis graduasi saya kat UTP, saya terus kena pegi program induksi Petronas dekat Permata. Program selama 2 minggu tu objektifnya kira macam nk bagi semangat dan bersedia untuk meng’kaya’kan lagi Petronas la lebey kurang. heh ;-) Banyak sangat aktiviti masa induksi tu yang saya pon dah tak ingat. Suatu perkara yang saya masih ingat ialah ada tayangan ala-ala motivasi yang bertajuk “Who Moved My Cheese?”

Menarik jugakla sebab tayangan video ada kartun2 yang memberi motivasi pastu lepas tgk video tu, fasilitator diskas plak pengajaran2 yang didapati dari siaran video tersebut. Secara asas nya video itu mengajar kita supaya bersedia menerima perubahan.

Okeh.. bayangkan atau ingat kembali ketika anda baru je grad. Memang masa kita student kita excited nk start keje. Ye lah kan..dapat duit sendiri..boleh beli apa yang kita nk yang masa student kita bleh tgk je orang beli. Masa tu memang kita nak sangat dan nantikan sangat perubahan dalm hidup kita. Sebab kita tahu itulah perubahan yang paling best dan buat kita rasa dewasa.

Video “Who Moved My Cheese?” pada saya masa tu memang tak beri impak sangat atau boleh kata tak langsung lah. Sebabnya video tu punya walk away message “Jangan takut untuk berubah” sedangkan masa tu memang tak takut langsung malah nak sesangat untuk berubah.

Itu cerita tahun 2003, sekarang dah 6 tahun berlalu. Dah tiga company saya tukar-tukar kerja. Hidup pon more or less dah stabil. Bila hidup kita dah kita sendiri tafsirkan sebagai stabil, rasa takut untuk berubah akan mula berkubu kat jiwa. Haa..masa ni lah saya rasa video ni akan berguna.

whomovemycheese

Saya baru habiskan buku Who Moved My Cheese? karya Dr. Spencer Johnson. Kira ni version buku untuk video yang sy tengok 6 tahun lepas masa mula2 nk start keje. Buku ni bestnya dia bercerita. Kisah 4 watak utama dalam cerita tu yang bernama Sniff, Scurry, Hem dan Haw.

Keempat2 watak utama ni mempunyai satu tujuan je dalam hidup derang iaitu makan keju. Ceritanya bermula bila derang jumpa selonggok keju dan mula rasa bahagia. Malangnya bila keju tu dah habis, hidup mereka berempat dapat ditentukan dengan sikap masing2.

Sniff adalah seekor tikus yang sentisa menghidu perubahan. Apa yang berlaku, dia sentiasa melihat keadaan dan ia sedar bila perubahan itu perlu.

Scurry adalah seekor tikus yang pantas bertindak. Bila perubahan itu perlu, dia akan terus bertindak dengan pantas.

Hem pulak adalah seorang kenit yang tak mahu berubah. Dia menyalahkan semua orang jika berlaku sesuatu yang tak kena dalam hidupnya. Bila kejunya habis, dia menyalahkan ada orang yang memindahkan kejunya ke tempat lain. Dia rasa terainiya tapi tidak berbuat apa2.

Haw jugak adalah orang kenit macam Hem. Tapi Haw akhirnya sedar yang dia kena berubah untuk terus maju dalam hidup.

Buku ni memang simple tapi bermanfaat. Apa yang paling saya suka quote dalam buku ni ialah bila Haw bertanya pada diri dia sendiri

What would you do if you weren’t afraid?

Jika anda buang rasa takut anda, apa yang anda akan buat dalam hidup anda. Quote tu tu buat saya berfikir bertapa tebalnya mental block dalam hidup saya ni yang menghalang saya buat apa yang saya betul2 nk buat.

Okeh..itu saja untuk ulasan buku best kali ni. Buku ni saya beli kat MPH dengan harga RM29.90. Selamat membaca.

-Fuad-

3 Comments | Tags: